BOIKOT TV3: PEMBAWA FITNAH NO. 1Kebelakangan ini, BULETIN UTAMA (BU) TV3, setiap hari dengan angkuhnya mendakwa mendapat sambutan hangat penonton. Liputan propaganda fitnahnya sewaktu kempen pilihanraya Pendang dan Anak Bukit, mendakwa mencapai 2-3 juta penonton setiap malam. Fitnah-fitnah ini telah menjadikan TV3 semakin angkuh dan sudah pasti akan melakukan siri fitnah yang lebih dahsyat lagi menjelang pilihanraya nanti. Tapi TV3 lupa dengam kekuasaan Allah Taala yang mengatasi segalanya dan lupa kepada kuasa rakyat yang akan melakukan serangan balas kepada TV3. Sekelip mata TV3 boleh lingkup. Kehadiran Dato' Chamil Wariya sebagai ketua pengarang berita TV, menjadikan BU semakin melampau dan menerapkan idea-idea menuju ke arah politik sempit. Kebebasan media telah hilang, seterusnya merugikan masyarakat yang cintakan keadailan dan demokrasi. Parti pembangkang seperti PAS dan Barisan Alternatif diperlekehkan terus, manakala Mahadhir dan UMNO dijulang setinggi-tingginya. Kami rakyat Malaysia ingin memberi amaran kepada TV3... Jangan perkecilkan kuasa rakyat. Sewaktu kegawatan ekonomi, TV3 sudah hampir muflis dengan hutangnya melebihi RM 300 juta sehingga tahun lepas. Saham TV3 di BSKL, sekarang hanya berharga 37 sen berbanding RM 6.00 tahun 1997 dahulu. Saham TV3 sekarang diletakkan di bawah papan PN4, iaitu saham yang terlalu tenat dan hampir muflis. Saham ini bertanda merah di BSKL dan broker saham akan memberi amaran kepada pelabur sebelum membelinya. Pelabur akan menghadapi risiko akan digantung atau dihentikan urusniaga tanpa sebarang notis lagi. Suruhanjaya Securiti (SC) menetapkan sehingga hujung tahun ini, supaya TV3 menyelesaikan segala hutangnya atau, menghadapi tindakan muflis. Di dalam keadaan yang tenat ini, TV3 terpaksa mengambil pendekatan mengampu kerajaan Barisan Nasional, supaya sahamnya diselamatkan daripada terus lingkup. Dalam nyawa yang tinggal nyawa-nyawa ikan ini, TV3 mengharapkan kalau-kalau ada kroni Mahadhir yang sanggup membantu TV3 menyelesaikan hutangnya. Kami rakyat Malaysia memberi amaran sekali lagi kepada TV3... Pertama, seluruh rakyat Malaysia hendaklah memboikot/ memulaukan penaja iklan utama di BU TV3. Mana-mana syarikat yang menaja iklan di BU adalah dianggap sebagai rangkaian penaja fitnah yang perlu dihukum oleh rakyat. 1. BUMIPUTRA COMERCE : adalah penaja terbesar yang membayar puluhan ribu ringgit setiap hari kepada TV3. Penaja fitnah ini tidak boleh dimaafkan lagi. - Kakitangan kerajaan atau swasta yang menerima gaji melalui bank ini hendaklah menukarkan kepada akaun lain. - Pelajar universiti yang menerima pinjaman/ biasaiswa melalui bank ini, hendaklah beralih kepada bank lain. - Jangan berurusan dengan bank ini seperti menyimpan wang, pembelian rumah, kereta atau kad kredit. 2. MAXIS : Sebagai penaja fitnah kedua terbesar di TV3. - Rakyat diminta beralih kepada rangkaian telefon mudah alih lain yang setaraf dengannya seperti Celcom atau TM Touch atau setidak-tidaknya Digi atau Time Cell. 3. BARANGAN lain yang diiklankan di BU seperti alat penjagaan diri DOVE dan POUND hendaklah diboikot sama. Dalam tempoh 3 bulan sahaja, maka TV3 boleh muflis dan sedar dengan perbuatannya memfitnah selama ini. Begitu juga dengan Bumiputra Comerce dan Maxis supaya menarik balik iklan mereka di BU TV3, kalau tidak mereka juga akan lingkup. BOIKOT TV3...BOIKOT BUMIPUTRA COMERCE...BOIKOT MAXIS Untuk menjayakan kempen ini, sila cetak risalah ini dan edarkan, sila emailkan kepada kenalan anda, sila SMS perkataan BOIKOT TV3, BUMICOMERCE DAN MAXIS. Selamat lingkup dan muflis semua sekali.
______________________
Diterbitkan oleh : |