SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
Persoalan Hukum Berkaitan Sumbang Mahram Oleh : Zaharuddin Bin Abd Rahman Email :
zaharuddin@yahoo.com بسم الله
الرحمن
الرحيم Penulisan ini akan
memfokuskan persoalan berikut sahaja: 1. Seorg
lelaki/wanita berzina dgn mertuanya, apakah terbatal perkahwinan? 2. Seorg
lelaki/wanita berzina dgn anaknya. Apakah terbatal perkahwinan?. 3. Seorg
lelaki/wanita berzina dgn adik /abg/kakak (seibu sebapa), apakah hukumnya? 4. Hukuman2 lain
yang berkaitan dgnnya. 5. Antara sebab
berlakunya sumbang mahram. Secara umum, gejala
sumbang mahram adalah suatu penyakit yang amat buruk malah lebih buruk drpd
gejala zina biasa. Hukumannya adalah sama seperti peruntukan hukuman zina,
malah boleh ke atas pemerintahan Islam untuk menjatuhkan tambahan hukuman
takzir ke atas si pelaku demi maslahat ‘ammah dan maksud menghalang gejala ini
dari terus menular tanpa kawalan. Dalam menjawab
soalan pertama dan kedua, ulama sebenarnya berbeza pandangan dalam menentukan
hukum yang terkesan dari tindakan sumbang mahram dgn ibu mertua dan anak
kandung. Harus diketahui
sebagai pendahuluan bagi menjawab persoalan yg dikemukakan bahawa di dalam
Islam, antara sebab wanita dan lelaki dilarang untuk dikahwini oleh pasangannya
adalah kerana ‘Musaharah’ iaitu pengharaman yg wujud hasil daripada perkahwinan.
Secara ringkasnya,
apabila berlakunya pernikahan, secara automatik beberapa kumpulan berikut
menjadi haram (utk dinikahi krn telah
menjadi seperti ahli keluarganya) ke atas pasangan tersebut,mereka
terbahagi kpd 4 kumpulan iaitu: 1)
Isteri bapa & suami ibu dan ke atas. Pengharaman akan jatuh sejurus setelah ‘aqad
pernikahan disahkan. 2)
Isteri & suami anak (samada dr lelaki atau
wanita) dan ke bawah spt isteri cucu lelaki dan perempuan. Pengharaman akan
jatuh sejurus setelah ‘aqad pernikahan disahkan. 3)
Usul Isteri dan suami spt ibu, bapa dan
neneknya ke atas (samada lelaki atau wanita). Terlaksana sejurus selepas aqad
nikah. 4)
Furu’ isteri & suami spt anak isteri (yg
bukan anak suami cthnya), cucunya samada lelaki atau perempaun dan ke bawah.
Ini hanya akan terhasil dengan : # Apabila suami telah bersetubuh dgn ibu kpd anak2 tadi dgn aqad
nikah yg sohih. Maka terus thabit
pengharaman akibat persetubuhan tadi. Ia adalah syarat menurut jumhur. Pengharaman nikah
diatas terhasil dgn nikah yg shohih, bgmn pula kira nya hanya dgn penzinaan
(sumbang mahram) ?. Adakah sama dgn pengharaman yg terbentuk hasil aqad nikah
yg shohih seperti di atas? Ulama berbeza
pandangan seperti berikut : 1. MAZHAB SYAFI’E
DAN JUMHUR MALIKIAH : Tidak tersabit dgn zina pengharaman ‘musoharah’. (Lihat Rawdah at-Tolibin 7/113 ; Bidayatul
Mujtahid 2/21 ) 2. MAZHAB HANAFI,
HANBALI, Imam Sufyan At-Thawry, Imam al-‘Awza’ie, Ibn al-Qasim al-Maliki :
Jatuh atau sabit pengharaman dgn zina. Malah sekiranya ciuman dan lain2
muqaddimah zina juga, sudah cukup utk jatuh pengharaman. (Rujuk Al-Ikhtiyar at-Ta’lil 3/88 ; Kassyaf al-Qina’ 5/72 dan Bidayah
al-Mujtahid. Bgmnpun Ad-Dardir mengatakan yg lebih kuat dlm mazhab Maliki adlh
pandangan kedua ini – rujuk As-Syarh al-Shoghir 2/405) Dalil Mazhab Syafie dan Maliki : a) Diriwayatkan bhw
Rasulullah SAW di tanya oleh seorng lelaki yang telah berzina dgn seorg wanita,
kemudiannya ingin berkahwin dgn ibunya atau anaknya, lalu berkata Nabi : لا
يحرم الحرام
الحلال, إنما
يحرم ما كان
من نكاح ( أبن
ماجه عن إبن
عمر, البيهقي
عن عائشة) Mafhum : “Perkara yg
haram(zina) tidak akan mengharamkan perkara halal (nikah usul dan furu’)
sesungguhnya ia menjadi haram hanya dg nikah (shohih)” (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi, as-Suyuti mengatakan hadith ini lemah) b) Hadith : الزاني
المجلود لا
ينكح إلا مثله Mafhum : “Penzina lelaki yg direjam
tidak bernikah kecuali wanita sepertinya” ( Riwayat Ahmad & Abu Daud,
berkata Ibn Hajar, perawinya dipercayai) Nabi
telah membacakan kpd seorg lelaki yg ingin mengahwini seorg perempuan zina dgn
mengatakan firman Allah : الزانية
لا ينكحها إلا
زان أو مشرك Mafhum : “Penzina wanita
tidak harus berkahwin dgnnya kecuali penzina lelaki atau kafir musyrik” Melalui dalil ini, tidak diiktiraf nikah penzina dan seluruh hukum
yang terhasil drpd persetubuhan haram(zina). Lalu tiada terhasil pengharaman
musoharah dgn sebabnya. c) Dalil aqli , iaitu pengharaman secara musoharah adlh suatu
ni’mat, krn ia menjadikan org yg dahulunya asing sbg keluarga. Manakala zina
adlh haram dan buruk, maka tidak sah menjadikan perkara haram utk mencapai
kebaikan. Sabda Nabi SAW : المصاهرة
لحمة كلحمة
النسب Mafhum : “Musoharah satu
hubungan darah sbgmn hubungan darah dgn keturunan” ( riwayat Ahmad, at-Tobrani,
berkata al-Hafiz Nuruddin al-Haithami, perawi dari Ahamd dipercayai) Lalu mana mungkin untuk mengkelaskan hasil zina , membawa kepada
kewujudan hubungan seolah keluarga melalui musoharah. (Lihat Nizam al-Usrah Fil Islam, Dr Muhd Uqlah, cet Maktabah ar-Risalah
al-Hadithah, 1/282) Justeru dari hujah
ini mazhab pertama ini, beerti, lelaki yang berzina (sumbang mahram) dgn ibu mertuanya,
maka TIDAKLAH jatuh hukum haram NIKAH DGN ISTERINYA, Menurut Mazhab
Syafie dan Maliki, sumbang mahram dgn ibu mertua dan anak kandung tidak memberi
apa2 kesan terhdp hubungan pernikahan suami isteri serta tidaklah terfasakh
perkahwinan mrk. Dalil Mazhab Hanafi dan
Hanbali
a)
Di riwayatkan bhw seorg lelaki berkata : Wahai
Rasulullah : sesungguhnya aku telah berzina dgn seorg wanita di zaman
Jahiliyahku, apakah aku boleh bernikah dgn anak perempuannya? Maka berkata Nabi
: لا
أرى ذلك, ولا
يصح أن تنكح
أمرأة تطّلع
من إبنتها على
ما تطّلع عليه
منها ( فتح
القدير لابن
همام) Mafhum : “Aku tidak melihat
demikian boleh, tidak sah untuk engkau berkahwin dgn wanita yg telah engkau
setubuhi anaknya ..” (Disebut oleh Kamal Ibn Humam al-Hanafi dalam kitabnya Fath
al-Qadir, bgmnpun hadith ini mursal dan munqati’ katanya – Naqal drpd Al-Fiqh
al-Islami, Dr Wahbah , ms 6631) b)
Firman Allah : لا تنكحوا
ما نكح آباؤكم
من النساء.. Mafhum
: “Jgn Kamu bernikah dgn sesiapa yg telah
dinikahi oleh bapa2 kamu dari kalangan wanita..” Lafaz
nikah dipakai utk aqad nikah dan juga persetubuhan (termasuk zina). Iaitu mana2
perempuan yang telah disetubuhi samada dgn jln halal atau haram, tidak boleh
kamu kahwini anak2 nya dan ibu2nya. Justeru, zahir dari mazhab kedua ini adalah, apabila
berlaku sumbang mahram oleh lelaki dgn ibu mertuanya atau anaknya (begitu juga
perempuan, dgn bapa mertua dan anak lelakinya) jatuhlah hukum haram nikah
akibat ‘musoharah’ dgn zina, LALU DGN SEBAB ITU TERFASAKHLAH NIKAH ANTARANYA
DGN ISTERI ATAU SUAMINYA SECARA SYAR’IE. Pandangan Yang Lebih Kuat
Menurut tuan guru
kami, As-Syeikh Prof. Dr Muhd ‘Uqlah
Al-Ibrahim, pandangan kedua adalah lebih kuat dan sesuai dgn masalahat
ummat skrg. Walaupun demikian, Prof. Dr
Wahbah Az-Zuhayli mentarjihkan pandangan Mazhab Syafie. Manakala, diteliti
dari sudut kekeuatan dalil, kelihatan dalil mazhab pertama adalah lebih kukuh,
bgmnpun jika dilihat kpd maslahat dan keperluan masyarakat di Malaysia hari
ini, dengan perkembangan pesat gejala amat mungkar sumbang mahram, maka tersgt eloklah kiranya pandangan
mazhab kedua di dahulukan, agar ia mampu menjadi penghalang gejala ini dari
terus subur di bawah pemerintah Dr. Mahathir. Ia juga dapat meningkatkan
kesedaran ramai. Justeru pandangan Dr. Mashitah dalam hal ini bertepatan dgn
tarjihan kami. Bagaimapun ia masalah yg diikhtilafkan di kalangan fuqaha’ dan
bukannya masalah qat’ieyyah. RINGKASAN JWP TERHDP SOALAN DAN HUKUMAN BERKAITAN : 1. Seorg berzina dgn
mertuanya samada lelaki atau wanita, apakah terbatal perkahwinan dgn isterinya/
suaminya? = Ya , terbatal perkahwinan secara automatik.
Iaitu dgn sebab musoharah dgn zina. 2. Seorg lelaki
berzina dgn anaknya. Apakah terbatal perkahwinan dgn isterinya. = Ya, sbgmn di atas 3. Adakah hukum
‘iddah, dalam hal ini dan adakah
pasangan boleh mewarisi harta antara satu sama lain sekiranya berlaku kematian. = Tiada ‘iddah, dan tidak ada sebrg
perwarisan, krn secara automatik wanita tersebut menjadi wanita ajnabi (asing)
dalam hukum syara’. 4. Adakah boleh
dijatuhkan talaq sesudah berlaku penzinaan itu? = Tidak boleh, krn tiada sbrg iktan hubungan
suami isteri lagi. dan mrk telah tertalaq secara automatik. 5. Perlu diketahui
pemutusan hubungan ini adalah untuk selama-lamanya.? = Pengharaman kahwin yang terbentuk drpd zina
ini adalah pengharaman selama-lamanya tanpa boleh dihilangkan. Juteru, dgn zina
atau nikah shohih terhdp mana2 wanita atau lelaki, menyebabkan haramnya
hubungan nikah dgn usul dan furu’ wanita dan lelaki tersebut selama2nya. 6. Apakah lagi yg
akan terjadi dengan perzinaan ini selain tertalaq secara automatik? = Individu yang telah berkahwin (lelaki atau
perempuan) yang berzina akan dijatuhkan hukuman rejam sampai mati dgn ijma’
ulama’ dan para sahabat berdasarkan dalil yg sabit dari Hadith. Manakala , bagi
yg belum berkahwin, sebatan 100 kali. Dengan hukuman ini, maka terlepaslah mrk
yg terlibat dr azab Allah di akhirat kelak, insyaAllah, tanpanya eloklah pelaku
bertawbat sehabis2 tawbat, dan berserah kdp Allah. Sebrg hukuman ciptaan
kerajaan Malaysia tidak akan melepaskan pelaku dari hukuman Allah. HUKUMAN DI ATAS
ADALAH BAGI LELAKI ATAU WANITA BERZINA DGN ANAK KANDUNGNYA, DAN WANITA ATAU
LELAKI BERZINA DGN MERTUA MRK SAHAJA. Persoalan
Kedua : Seorg lelaki berzina dgn adik atau kakaknya (seibu sebapa) atau kakak
dgn adik dsbg, apakah hukumnya? Hukuman adalah
hukuman zina biasa, iaitu sebat 100 kali jika belum kahwin, rejam sampai mati
jika telah berkahwin. Tiada melibatkan terfasakh hubungan nikahnya dgn
isterinya (wp adik perempuan isteri) . APAKAH SEBAB BERLAKU SUMBANG MAHRAM ?
Antara nya adalah :-
Sebagai contoh sila rujuk
Akta Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah ) telah mencatatkan menyatakan
hukuman yang bertentangan dengan hukum Islam sebenar seperti: 3. Akibat kepesatan penyebaran video2 lucah smada di sekolah,
universiti dan antara rakan2. Begitu juga peranan Internet, Parabola
Televisyen, VCD, Televisyen Malaysia yang byk adegan merangsang, serta media
massa hiburan spt majalah separa lucah dsbg. Malah YB Dato’ Kamaruddin Jaffar ( Ahli Parlimen Tumpat ) pernah
mengutarakan persoalan pecahan peratusan rancangan yang diterbitkan di
Televisyen semasa persidangan Dewan Rakyat 2000 dan jawapan Kementerian begitu
mengejutkan iaitu stesyen TV samada TV1,2, TV3 dan NTV7. Semuanya mempunyai
rancangan pembinaan berunsur agama kurang daripada 8% dan NTV 7 mempunyai 0 %
rancangan agama Para pemimpin politik
yang mengetuai negara kelihatan amat sibuk menjaga ‘perut’ dan ‘kerusi empuk’
sehingga lalai dgn menerbitkan rancangan sia2 seperti tuhan samseng, memali dan
lain2 semata2 demi meraih sokongan terhdpnya. Mereka meninggalkan isu
social, agama, murtad, kewujudan judi dan arak berleluasa sbg ‘remeh’ .
Demikian menurut Dato’ Zainal Abidin Ab Kadir (Pengarah JAKIM) semasa mrk
berkunjung ke Jordan pd 3 Ogos yg lalu.
Mereka menjahili apa yang disebut Keperluan asas yang lima dalm Islam
iaitu mesti dijaga iaitu Islam, Nyawa,
Aqal, Keturunan dan Harta. Hal Lima perkara asas ini disebut secara jelas
kewajiban didahulukan dari seluruh yg lain menurut turutannya. Perkara ini
disebutkan oleh Imam Abu Hamid
al-Ghazali (505 H) dalam kitabnya ‘Al-Mustasfa’, juga oleh Imam As-Syatibi (790 H) dalam kitabnya
‘al-Muwafaqat’. As-Syatibi juga mengatakan bhw penjagaan lima perkara tersebut
thabit dgn dalil ‘mutawatir ma’nawi’.
Setelah istiqra’ ( kajian mendalam)
terhdp seluruh kulliyat dan juz’iyyat di seluruh bidang syriah. Demikianlah beberapa
untaian jawapan bagi persoalan yg ditujukan, artikel ini terbuka kpd sebrg
pembetulan, kritikan dan pertanyaan kiranya diperlukan. Apa yang benar
datangnya dari Allah SWT dan apa yg tersilap dari kelemahan diri dan gangguan
syaitan. Irbid, 12 Jamadil Akhir 1423 H
( 21 Ogos 2002 )
Diterbitkan oleh : |