KomenAssalamualaikum. Saya sebenarnya rasa terkilan sedikit bila terdapat di dalam ruangan ini persoalan balas-membalas mengenai seseorang pemimpin. Kekadang bila kita melayan pertanyaan puak-puak tu.... nescaya kita akan terungkit kata-kata yang akhirnya menunjukkan kelemahan kita. Pada saya bila ada pertanyaan yang merapu dari seseorang tentang kepimpinan PAS seperti yang diputar-belitkan oleh TV tu, ada baiknya kita buangkan sahaja tanpa perlu kita minta dipersoalkan dengan lebih panjang. Bukan apa kita ni manusia biasa yang mudah terikut-ikut dengan nafsu amarah. Marilah kita jadikan wadah perjuangan ini tanpa terikut-ikut dengan gaya mereka. Marilah kita sentiasa berserah kepada Allah, bahawa kebenaran akan dibalas dengan kebaikan dan keredhaan-Nya. Ikut kira, memanglah marah dengan setiap kenyataan mereka. Tapi, insan yang beriman sentiasa sabar dengan sebarang dugaan. Marilah kita kembalikan PAS ke arah landasan perjuangan sebenar tanpa perlu terikut-ikut dengan kata-kata orang-orang yang senderung kepada kebinasaan. Marilah kita pelihara perjuangan kita ini dan usah lagi kita layan kata-kata yang tak bermanfaat itu. Jadi sekali lagi saya merayu.... kita gantikan kata-kata mereka yang tak bertamadun itu dengan penonjolan akhlak yang terbaik dengan berbicara persoalan yang terbaik. Usah lagi kita bicarakan persoalan nyanyuk, haprak dan sebagainya itu kerana kita dah memang sudah menyedari memang sifat 'orang itu' begitu. Sekian.. wassalam. "Cintakan keindahan dalam PAS"
______________________
Diterbitkan oleh : |