Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kelebihan Isu Allah ‘Samseng’

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan ilmu agama yang tidak seberapa ini saya merasakan tidak layak untuk memberi sebarang ulasan. Namun, izinkan saya memberikan ulasan daripada sudut kesan isu ini terhadap kehidupan rakyak Malaysia hari ini.

Kesan yang amat ketara ialah pertambahan peminat kelas-kelas tazkirah agama. Kalau sebelum ini kedatangan di kelas-kelas tazkirah agama di surau-surau, masjid, tempat kerja atau mana jua yang menganjurkan kelas yang sedemikan agak lenggang. Tetapi, semenjak dua menjak isu ini dijana oleh media, minat orang ramai untuk mengetahui kisah sebenar tuhan ‘samseng’ telah meningkat. Kedatangan jemaah meningkat. Marilah kita berdoa agar kedatangan ini akan terus meningkat dan berkekalan.

Bijak pandai agama, ustaz dan ustazah menerima persoalan ini bertalu-talu. Kalau yang dah pandai tu terus jawab kepada point. Kepada yang kurang pandai, membuat rujukan dan akan berbalik kepada kebenaran.

Bukan itu sahaja, malahan persoalan yang sama diajukan kepada ramai ustaz dengan tujuan untuk menilai dari berbagai sudut. Tidak perlu kita persoalkan ustaz umno, atau ustaz pas. Yang benar tetap benar. Ustaz umno memang tidak ada bahan untuk memutar belitkan kebenaran ini.

Satu kisah di surau X, di mana ustaz yang mengajar cuba menyokong pemerintah. Seorang jemaah telah menyindir keterangan ustaz tersebut secara terbuka dan bersahaja. Namun sindiran tersebut berisikan ilmu siap dengan contoh sekali. Terpaksalah ustaz ini mengakui contoh yang diberi. Walaupun cara menegur ustaz ini secara terbuka dianggap kurang hormat kepada pengajar ilmu, saya serahkan kepada ilmuan agama untuk membuat penilaian dan mengambil pengajaran.

Fenomena seperti ini menggambarkan bahawa rakyat sudah memahami satu perkara bahawa berita yang disampaikan oleh pihak media kerajaan TIDAK semestinya benar. Rakyat sudah bijak untuk melihat sesuatu isu daripada media alternatif sebagai perbandingan dan kajian ilmu.

Berbekalkan keyakinan Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui, saya yakin bahawa semua proses ini akan membawa kepada kebenaran yang nyata. Tahniah buat TG Nik Aziz kerana mendapat ‘rezeki’ dan durian runtuh dalam kesempitan untuk menyebarkan agama dalam ruang lingkup yang amat sempit ini.

Dalam kesempitan, rintangan, tekanan dan halangan yang dikenakan oleh pemerintah kepada alim agama untuk menyampaikan kebenaran, telah terbuka satu ruang untuk rakyat Malaysia mengenali, memahami dan menghayati berbagai istilah, cabang ilmu dan berbagai lagi yang tak pernah didengar sebelum ini. Benda lama yang baru didengar seperti ini akan menimbulkan minat untuk mendalaminya lagi.

Inilah dia bukti bahawa perancangan Allah itu mengatasi perancangan kaum munafik. Mengatasi perancangan kaum musyrik. Dan mengatasi perancangan kaum umno.

Untuk pembaca dari kaum umno, marilah kita sama-sama menghayati perjalanan hidup kita ini. Di mana kita. Di mana pemimpin kita.

Sekian.

A_u






______________________
Terbitan : 3 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com