Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Mengapa sanggup memalsukan hadis nabi

Oleh : Abdullah ngah

Seorang ustaz lulusan BA Akademik Islam Universiti Malaya menyatakan kepada penulis bahawa Astora Jabat seorang yang tidak tahu tentang Agama Islam.sebab itu tergamak melakukan apa sahaja perkataan melalui tulisannya yang kadang-kadang sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

Penulis menolak andaian itu kerana pada pandangan penulis bahawa Astora Jabat nama sebenarnya Hassan Abdul Rahman merupakan seorang yang jahil dan sangat memahami tentang Islam.

Ustaz tadi kurang setuju dengan andaian penulis, lantas berkata:” kalau astora Jabat memahami tentang Islam mengapa boleh mengatakan Rasulullah pernah suruh menolak hudud, sedangkan hukum hudud diwajibkan keatas pemerintah untuk dilaksanakannya.

Berdasarkan andaian ustaz itu, dapatlah penulis buat kesimpulan bahawa ia terlupa dengan sebuah hadis yang Rasulullah sebut bahawa “umat Islam akan berpecah kepada 73 puak”.

Hadith ini hadith sahih dan menjadi reality bahawa di Malaysia ini wujud puak-puak Islam. Mereka mendakwa mereka juga Islam miskipun amalannya bertentangan dengan ajaran Islam. Avul Kalam, Presiden baru India juga mengakui beragama Islam. Mengapa beliau mengakui masih Islam. Mungkin beliau anak seorang Islam, masih boleh membaca Al-Quran dan bersembahyang dua kali sahaja sehari semalam, sedangkan Rasulullah bersembahyang lima kali sehari semalam.

Sesungguhnya 73 Puak umat Islam yang sudah, sedang dan akan berpecah itu tidak dapat dinafikan oleh sesiapa, kerana di Malaysia sahaja sudah wujud banyak puak mengaku Islam, termasuk puak umno, puak PAS, puak keadilan, puak berjasa, puak Hamin, Puak ABIM, puak Jim, puak Arqam, puak Tabligh puak PRM, puak Kassim Ahmad, puak syed Akhbar Ali puak Dr Farish Noor dan sebagainya.

Puak-puak ini mengakui mereka umat Islam, akan tetapi Rasulullah sendiri pernah mengatakan “Cuma satu sahaja puak yang diterima iaitu puak yang benar-benar mengikut jalannya”.

Sebab itu penulis tidak hairan dengan tulisan Astora Jabat didalam ruangan Debat Agama Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia setiap jummat yang kadang-kadang mempamerkan niat jahat terhadap ajaran Islam yang syumul.

Astora Jabat berhak bercakap apa sahaja asalkan dapat memenuhi kehendak bosnya, lebih-lebih lagi bosnya jelas terdiri daripada puak yang enggan mendaulatkan Islam diatas bumi Allah ini.

Penulis pernah dimaklumkan oleh seorang ustaz pencen lulusan BA agama Universiti Kebangsaan Malaysia bahawa beliau (astora) sanggup melakukan sesuatu demi memenuhi kehendak bosnya, sehingga tergamak mengatakan Rasulullah suruh tolak hudud dengan menggunakan hujjah Dr Yussof Qardhawi yang telah diselewengkan dan disalah tafsirkan.

Tergamak beliau mendustakan umat Islam di Malaysia ini dengan mengatakan Rasulullah pernah menyuruh menolak hudud. sedangkan hadis itu tidak bermakna demikian.

Apakah hukumnya orang yang mendusta dan mencuba memaslukan hadis nabi dengan mengatakan Rasulullah pernah menyuruh menolak hudud.

Penulis belum lupa bahawa sangat mudah untuk seseorang Islam boleh menjadi murtad. Mereka boleh jadi murtad dengan sebab iktikad (kepercayaan) antaranya:

a) Bahawa mereka tidak mengakui bahawa Allah Taala ialah Tuhan yang berhak disembah.

b) Bahawa mereka tidak mengakui atau ragu-ragu nabi Muhammad itu adalah utusan Allah atau mengingkari salah seorang Rasul-rasul yang terdahulu dari Nabi Muhammad SAW.

c) Bahawa mereka tidak mengakui al-Quran itu diturunkan kepada nabi Muhamad SAW dengan perantara malaikat Jibril.

d) Bahawa mereka tidak percayai dan meragui hukum-hukum Allah yang disebut didalam AlQuran dan hadith Rasulullah SAW.

e) Bahawa mereka tidak mengakui bahawa adanya malaikat-malaikat dan segala urusan yang diserahkan oleh Allah kepada malaikat-malaikat itu.

f) Bahawa mereka tidak mengakui dan ragu-ragu bahawa hari kiamat itu akan datang dan yang berkaitan dengan hari kiamat seperti syurga dan neraka.

g) Bahawa mereka tidak mempercayai qadha dan qadar iaitu buruk dan baik semuanya ditentukan dan datang daripada Allah SBT berlaka.

h) bahawa mereka tidak mengakui atau ragu-ragu menerima ijmak sahabat-sahabat nabi SAW dalam perkara agama.

i) Bahawa mereka telah menghalalkan perkara yang telah diharamkan Allah dengan dalil qat’ie seperti menghalalkan zina, minum arak, makan riba dan sebagainya.

j) Bahawa mereka mengharamkan perkara-perkara yang telah dihalalkan Allah dengan dalil-dalil qat’ie semua jualbeli berkahwin.

k) Bahawa mereka mengingkari perkara-perkara yang telah diketahui oleh semua orang Islam suatu perkara yang telah ditentukan dan ditetapkan dalam agama, seperti mengingkari waktu sembahyang atau bilangan rakaatnya.

l) Bahawa mereka tidak mengakui kewajipan yang telah disabitkan dengan dalil-dalil qat’ie seperti sembahyang lima waku sehari semalam, puasa sebulan ramadhan, zakat,haji an sebgainya.

Murtad disebabkan perbuatan-perbuatan antaranya ialah

a) Sujud menyembah berhala

b) Sujud menyembah matahari dan bulan

c) Sujud kepada makhluk-makhluk lain, seperti sujud kepada manusia, haiwan, kayu dan batu.

d) Membuangkan al quran atau hadith nabi saw kedalam najis atau memijak-mijaknya.

Murtad disebabkan perkataan-perkataan ialah

a) mengatakan Allah Taala ada sekutunya dan berbilangbilang, atau mengatakan Allah tidak berkuasa apa atas alam ini.

b) Mengatakan syariat Islam yang diturunkan Allah bukan untuk menagatur perhubungan diatanra individu dengan masyarakat dan negara.

c) Mengatakan hokum-hukum Islam tidak wajib dilaksanakan pada masa sekarang kerana tidak sesuai dengan keadaan hidup masyarakat hari ini.

d) Mengatakan sesetengah hukum Islam tidak sesuai lagi digunapakai pada hari ini, hanya sesuai pada masa silam.

e) Mengatakan tafsir ayat-ayat al quran yang dibuat oleh ulama ulama tafsir yang dahulu tidak tidak sesuai lagi digunakan sebagai dasar hokum hari ini, dan menganjurkan ulama-ulama hari ini membuat tafsiran mengikut keadaan dan suasana kehidupan ummah dan kedudukan negara masa kini.

f) Mengatakan bahawa qadha dan qadar (takdir dan ketentuan Allah) bukan dating dari Allah, malah adalah datang dari makhlok itu sendiri atau dari kekuatan alam.

g) Mengatakan bahawa Allah Taala adalah salah satu dari tiga Tuhan, iaitu Isa, Mariam dan Roh Al Qudus. Dalam nas Al-Quran jelas mengatakan bahawa orang-orang yang mengatakan Allah Taala itu salah satu dari tiga Than adalah kafir sepertimana Firman Allah yang bermaksud: “Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata; bahawanya Allah ialah salah satu dari tiga Tuhan, pada hal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang maha Esa” (surah Al- Maidah 73)

Kita juga kena ingat bahawa seseorang yang sah menjadi murtad ialah: mereka itu baligh dan tidak jadi murtad jika mereka itu kanak-kanak. Mereka juga mesti berakal dan tidak jadi murtad jika orang itu seorang yang gila. Mereka boleh jadi murtad dengan kemahuannya sendiri, tidak jadi murtad jika mereka itu dipaksa.

Penulis tidak tahu apa pula kata Astora terhadap tulisan, kerana dari dahulu lagi sehingga akhir-akhir berusaha untuk menggagalkan perlaksanaan hukum hudud. Terbaru beliau telah mengemukakan pandangan Dr. Fathi Osman yang mengatakan bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan zaman sains dan Teknologi dan ianya sesuai dilaksanakan dizaman Nabi.

Penulis tidak tahu mengeapa Astora terlalu cenderung membincangkan hudud dari sudut yang sangat terhad, malah tergamak memalsukan hadis nabi dengan mengatakan nabi Mohammad pernah menyuruh menolak hudud, sedangkan kedudukan sebenarnya tidak demikian.Mengapa beliau sanggaup berbuat demikian sedangkan dia sendiri mengetahui implikasinya apabila berkata selain daripada apa yang pernah dikatakan oleh Rasulullah.

Sekian.






______________________
Terbitan : 14 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com