SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Tiada Auku untuk pelajar IPTA dalam Puteri Umno?Oleh : Anak Jati Melayu Saya ingin melahirkan kehairanan kenapakah para pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS) yang menyertai pergerakan politik melalui Puteri Umno tidak diambil tindakan dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sedangkan mereka yang bergiat di dalam parti pembangkang, terutamanya PAS, dikenakan tindakan tatatertib? Kita selalu mendengar Umno menggembar-gemburkan isu pelajar IPTA dan IPTS yang menyertai politik pembangkang sehingga mereka yang terlibat digantung pengajian atau dibuang universiti. Di manakah keadilan dalam kebebasan berpolitik di negara ini dengan wujudnya ‘double standard’ seperti itu? Sebagai bukti, sila rujuk akhbar Berita Harian bertarikh Jan 8, bertajuk ‘Puteri Umno Larut Selamat dilancarkan’ di mana ia jelas menyatakan bahawa Ketua Penaja bahagian tersebut merupakan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, dan Ketua Penerangannya pula merupakan pelajar kejuruteraan dari Universiti Sains Malaysia. Inilah yang dikatakan “sudah terang lagi bersuluh”, tetapi Umno dan kerajaan sekadar memejamkan mata walaupun ia jelas menyalahi Auku kerana ia menguntungkan mereka. Ini juga merupakan satu contoh dari sebahagian kecil penglibatan pelajar IPTA dan IPTS yang dipaparkan di dalam media di negara ini. Dengan berlansungnya musim pemilihan kepimpinan Puteri Umno di peringkat cawangan dan bahagian kini, ianya pasti akan turut melibatkan mahasiswi-mahasiswi yang tersebut di dalam artikel di atas. Oleh itu, adalah diharapkan agar pihak universiti janganlah hanya memantau para pelajar yang terlibat dalam parti pembangkang sahaja, tetapi pantaulah mereka yang terlibat dalam Umno sama. Pihak universiti mestilah berlaku adil untuk menguatkuasakan Auku tanpa mengambil kira sama ada pelajar terlibat dengan parti pemerintah ataupun pembangkang.
Diterbitkan oleh : |