Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Utusan/UMNO tak dapat terima kenyataan salah mereka

baru baru ini Apabila Datuk Harussani, Mufti Perak menulis kepada ahkbar Harakah mengenai isu samseng dengan menegur datuk Nik Aziz serta media untukl tidak mempebesar-besarkan isu ini, beliau diserang oleh datuk dasuki Ahmad, setiausaha politik Dr. Mahathir sebagai tidak memihak kerajaan. beliau dituduh begitu semata-mata kerana menasihatkan pihak media tidak mempebesar-besarkan isu samseng seperti yang pihak BN/UMNO mahu untuk menyerang PAS. Didalam utusan 27/09/2002 juga, Astora jabat juga menyerang beliau kerana datuk harussani tidak "menyebelahi kerajaan" didalam isu Samseng ini dan meminta media masa tidak membesar-besarkan nya. padahal didalam surat tersebut, beliau mengatakan datuk Nik Aziz adalah salah didalam isu Samseng ini.

Apakah mufti wajib "menyebelahi kerajaan" walaupun tindakan kerajaan tidak betul, bukan menyebelahi kebenaran dan apa yang ada didalam Alquran dan sunnah nabi...? Disini jelas bagi pihak Dasuki Ahmad dan Astora Jabat, mufti adalah ulama yang tugasnya adalah hanya membenarkan apa saja tindakan kerajaan sebagai benar dan mengikut Islam walaupun ianya bertentangan atau menyalahi ajaran Alquran dan sunnah nabi. Mungkin Astora dan Dasuki tidak menerima kenyataan bahawa tindakan mereka adalah salah dan tidak dapat menerima teguran dari seorang mufti. Ini adalah satu lagi bukti bahawa BN/UMNO mahu rakyat mengatakan bahawa mereka adalah sentiasa benar sahaja, tanpa melakukan sebarang sesalahan/kesilapan (maksum), sementara pembangkang pula adalah sentiasa salah sehinggakan mereka yang ingin berada ditengah untuk mendamaikan akan dituduh menyebelahi pembangkang...

Saya kagum dengan sikap Harakah yang menyiarkan surat Datuk harussani walaupun ianya adalah akhbar parti untuk ahli PAS sahaja, bukan akhbar arus perdana untuk semua orang seperti Utusan Malaysia. walaupun surat Datuk Harussani didalam Harakah tersebut mengatakkan Datuk Nik Aziz sebagai salah didalam isu Samseng ini, tetapi Harakah tidak menyerang beliau, malah menghormati pandangan beliau dengan menyiarkan surat tersebut.

Anak perelih






______________________
Terbitan : 28 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com