Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Bagi Peluang Kepada Peniaga Islam

Oleh : azam

Di sini ingin saya menyampaikan hasrat yang berbuku di hati. Ini bukannya kenyataan yang bersifat perkauman tetapi sesuatu yang nyata. Barang elektrik seperti televisyen, peti ais, mesin basuh, mesin jahit komputer dan lain-lain lagi sudah merupakan satu keperluan untuk setiap isi keluarga dan khusus juga setiap sini rumah tangga muslim di Kuala Terengganu.

Sudah di ketahui bahawa lebih 90% penduduk di Kuala Terengganu merupakan penduduk melayu muslim, tetapi adakah saudari dan saudara semua nampak barangan ini dijual oleh penduduk melayu muslim ?. Saya sendiri membelanjakan beratus-ratus malah beribu ringgit untuk membeli barangan elektrik sedemikian untuk keperluan rumah. Tetapi apa yang saya amat dan amat-amat kesali adalah tidak ada langsung dikalangan peniaga-peniaga muslim yang ingin membuka perniagaan sedemikian. Malahan tidak ada langsung peniaga melayu muslim yang berani untuk bersaing dengan peniaga bukan melayu di bandar Kuala Terengganu.

Naluri saya sebagai seorang melayu jika boleh ingin juga saya berbakti kepada bangsa seagama saya sendiri. Jika boleh saya tidak mahu membazir kan duit perbelanjaan tersebut jatuh ketangan orang lain. Sebagai sorang islam adalah tanggungjawab saya membantu umat seagama. tetapi apakan daya, tidak ada peniaga islam yang ingin membuka pernigaan barangan tersebut.

Jika boleh saya cadangan kepada webmaster agar membukak satu ruangan alamat kedai-kedai islam yang tidak mempunyai daya saing dengan peniaga bukan asing seperti kedai menjual kenderan, barangan elektrik dan pusat servis yang terdapat di seluruh bandar-bandar Terengganu ( tetapi bukan kedai makan dan kedai kain ) sebagai rujukan kita semua.

Saya harap pihak kerajaan PAS memainkan peranan yang lebih lagi secara serius untuk meningkatkan mutu ekonomi dikalangan penduduk Terengganu dan menjadikan perniagaan merupakan budaya hidup penduduk Terengganu khasnya.

Tanah itu penting jugak tapi kalau dah semua dibahagi kepada penduduk lama kelamaan habis lah dia. Agaknya kalau tak ada lagi tanah untuk dibahagikan kepada penduduk Terengganu ni tak ada lah penyokong pas selepas ni.






______________________
Terbitan : 14 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com