Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

LAPORAN POLIS PEMUDA keADILan

07 SEPTEMBER 2002 / SABTU
12 TENGAHARI
BALAI POLIS DANG WANGI (JLN CAMBLE)
KUALA LUMPUR.

Kami, Pemuda keADILan Malaysia ingin membuat satu laporan polis terhadap Nordin Ahmad yang telah membuat kenyataan Akhbar Berita Harian , Selasa, 3 September 2002 yang mengakui ada cubaan menghasut tentera menyertai gerakan reformasi untuk menggulingkan kerajaan. Beliau juga menyatakan bahawa beliau sendiri mendengar perbincangan berhubung rancangan untuk menggulingkan kerajaan ketika bersama empat bekas komando dalam sebuah kereta di Melaka.

Sekiranya laporan ini benar Nordin telah melakukan satu kesalahan jenayah sebagai seorang individu atau warganegara Malaysia yang cuba menyembunyikan maklumat secara sengaja mengenai sesuatu kesalahan jenayah yang mana beliau boleh didakwa dibawah seksyen 118 Kanun Keseksaan. Perbuatan beliau menunggu selama dua tahun untuk memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa adalah mencurigakan dan seterusnya mendedahkan negara kepada bahaya.

Walaubagaimanapun, sekiranya kenyataan Nordin itu didapati tidak berasas, Pemuda keADILan berpendapat kenyataan tersebut adalah kenyataan fitnah jenayah dan secara jelas beliau telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

Jesteru itu, Pemuda keADILan mendesak pihak polis mengambil tindakan ke atas Nordin dan seterusnya mendakwa beliau di mahkamah diatas kesalahan-kesalahan yang telah dinyatakan di atas. Pihak polis juga diharapkan jangan menggunakan kenyataan Nordin untuk memfitnah pihak lain.

Sekian laporan kami.

Saya yang membuat laporan bagi pihak

Pemuda keADILan Malaysia.

BADRUL HISHAM SHAHARIN
No. k/p : xxxxxx-xx-xxxx
07 September 2002
12 tengahari.






______________________
Terbitan : 14 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com