Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Sembang-sembang fasal bajet 2003 (2)

I

Oleh : babeljet

Bajet Badut Madet

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga Cetakan Ketujuh (2002):

Belanjawan:

1. perhitungan banyaknya wang yang akan diterima (sebagai pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan dan perbelanjaan.

2. peruntukan wang untuk sesuatu keperluan atau untuk sesuatu jangka waktu.

Apa yang tak kenanya dengan istilah 'belanjawan'? Mengikut makhluk perosak bahasa (bangsa dan agama) yang membentangkan Belanjawan 2003, penggunaan 'bajet' lebih tepat kerana merangkumi 'bagaimana nak dapat duit dan bagaimana nak belanja duit'. Bukankah istilah 'belanjawan' turut membawa maksud yang sama.

Istilah 'bajet' tidak terdapat dalam Kamus Dewan edisi terbaru ini dan dicadangkan agar pihak Dewan Bahasa & Pustaka tidak perlu bersusah-payah memasukkan perkataan berkenaan dalam edisi yang akan datang.

Agak-agaknya sebab bunyi 'bajet' hampir sama dengan 'madet'.

II

Is Mahathir really a smart PM??

Analisis Bajet 2003 dan kesan Perbandingan dgn yg terahulu

BUKTI MAHATHIR ‘ZERO’ DLM ILMU PENTADBIRAN EKONOMI

1. Rakyat Sarawak cukup marah kerana mereka senasib dengan rakyat Terengganu yang kerugian puluhan bilion ringgit kerana Mahathir arahkan Mokhtar MB melabur dalam projek Perwaja. Eric Cheah yang berpakat dgn Madey mensonglap RM10 biliun. Itu apa ceritanya?

2. Selain projek Bakun, perusahaan First Silicon – yang telah menelan dana kerajaan Sarawak sebanyak RM6 biliun – sekarang hanya mempunyai 15 pekerja, dibanding 150 setahun lalu. Rakyat Sarawak makin bercawatlah nampaknya..! Tetap tinggal dlm Rumah Panjang dalam hutan ulu Sg. Rejang……

3. Ratusan bilion ringgit telah dibazir untuk menyelamatkan Bank Bumiputera beberapa kali, sebelum dijual dengan harga murah untuk digabungkan dengan Bank of Commerce (hadiah percuma kpd Daim Zainuddin). Dia dah cabut bermastautin di Israel. Renong dah jadi milik kumpulan pimpinan UMNO. Diorang makan lauk, kita hidup kuah lerrrrrrr..!

4. Petronas di arah Mahadey membiayai pembinaan Daya Bumi, KLCC dan Putrajaya (RM45 bn). Org Melayu di Kelantan masih GERHANA..! Camtu lah kehandalan pemimpin Umno merangka Bujet sejak Merdeka..!

5. Petronas dipaksa membiayai Litaran F1 dan pasukan (Sauber) F1, dan mengambilalih Konsortium Perkapalan (milik Mirzan anak Mahathir dahulu) serta Proton. Nak kaya MESTI belajar songlap dari Umno..!

Hari ini si Nyanyok tua hangkoi dah nak mampos ni MERAPU LAGI…… Dengarlah menteri BN masuk bakul angkat bakul sendiri……..!! Muak dengar komen setiap sama jerrr…! !

III

Budjet 2003 Masih Lagi Budjet Golf Course

Apa nak buat selagi UMNO memerintah macam tu lah

Duluuuuu ekonomi negara kita bergantung kepada comparative advantages yang mana segala sumber alam adalah penyumbang utama kepada kekukuhan ekonomi negara iaitu timah, getah,kelapa sawit, minyak

Sikalaaang ekonomi negara kita semestinya telah dipertingkatkan dengan faktor kedua tanpa melupakan comparative advantages yang ada iaitu competitives advantages yang mana penyumbang utama adalah knowledge (saintis, engineers,and other professional fields tapi tentukan tiada pengangguran berlaku tapi graduan kan dah menganggur, high skill workers, ICT dan segala hasil sumber alam telah berjaya di 'add value' kepada produk lain melalui innovation...many many inovation tapi Malaysia competitive advantages membangun sangat lembab. Tengok sajalah Korea Selatan contohnya SAMSUNG dah buat cellular phones.Dulu Korea Selatan ni no where compare to Malaysia terbantut pulak tu sebab peperangan dengan Korea Utara berdasarkan comparative advantages.

Jadi Budjet sekarang ni lebih kepada budjet Golf Course sebab lebih banyak padang golf daripada Sains and Technology Research Centers.

IV

Oleh : Anonymous

BELANJAWAN HAPRAK DARI MAHADIR.

Selain bonus utk kakitangan kerajaan -minima RM1,200 atau 1 bulan gaji,yg lain tak ada apa yg melegakan rakyat bawahan.Tetapi yg bakal menerima durian runtuh ialah para kroni Umno di peringkat cawangan,bahagian dan pusat yg mana mereka( kontektor Bumiputera)dijanjikan jumlah kontrek yg lebih besar.

Dalam belanjawan BA,di cadangkan 'sin tax' akan di naikan tetapi belanjawan BN tidak berbuat demikian,bermakna ini juga merupakan satu habuan istemewa kepada tokey judi,arak dan rokok.Dalam keadaan ekonomi yg lemah,pendapatan rakyat yg tidak menentu selalunya ramai diantara mereka yg beralih mencuba nasib kepada no.ekor dan loteri ini bermakna pendapatan tokey-tokey judi ini akan meningkat.Tokey-tokey kelab malam,karaoka,coffee house juga akan bertambah mewah bila cukai rokok dan minuman keras kekal,kerana ramai yg boleh mengunjungi tempat perniagaan mereka.

Sebenarnya Belanjawan 2003 yg dibentangakn oleh Mahadir tidak memberi apa-apa harapan baru kepada rakyat bawahan,yg untung hanyalah para peniaga dan pemodal.






______________________
Terbitan : 29 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com