Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tuan Hantu Yang Tidak Mengaku Hantu-Hantunya

Zaman dulu-dulu dalam sebuah negeri yang jauh terdapat seorang yang memelihara hantu-hantu.

Seperti jiran-jirannya dia adalah seorang petani yang kerjanya bercucuk tanam. Tetapi tuan hantu ini amat dengki kepada jiran-jirannya yang menghasilkan tanaman-tanaman yang lebih bermutu dari tanamannya maka. Akibat dari itu tidak ada sesiapa yang mahu membeli darinya

Oleh itu tuan hantu telah memerintahkan hantu-hantunya untuk memusnahkan tanaman jiran-jirannya. Maka dengan ketiadaan hasil jirannya-jirannya itu, hasil tanaman tuan hantu itu dapat dijual sehingga habis.

Keadaan sedemikian berlarutan beberapa tahun sehingga pada satu malam jiran-jirannya telah berjaga malam dan mengepung kebun-kebun mereka.

Maka terkejut besarlah hantu-hantu itu dan habislah lari kesemuanya dikejar oleh petani-petani tersebut. Tetapi terdapat juga yang ditangkap mereka.

Oleh itu pada tahun itu sekali lagi hasil tanaman tuan hantu itu tidak laku kerana mutunya lebih rendah dan terdapat saingan dari petani-petani lain.

Maka teramatlah marah akan tuan hantu itu dan dia terus pergi berjumpa dengan Tok Penghulu.

Tetapi di rumah Tok Penghulu telah menunggu petani-petani lain dan hantu-hantu yang ditangkap.

Tuan hantupun terus mengamuk dan menuduh hantu-hantu itu milik petani-petani itu. Maka bingunglah hantu-hantu itu apabila tuannya enggan mengaku mereka miliknya.

Beginilah keadaan manusia apabila telah melakukan kesalahan menuduh orang lain yang melakukannya.

Ben Kwaleigh
Ampang Indah






______________________
Terbitan : 11 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com