SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Bahasa mana...Kita harus mengeathui bahawa banyak anak-anak Menteri dan orang-orang kaya telah mendapat pelajaran mereka bukan di sekolah kerajaan tetapi disekolah-sekolah persendirian dan/atau di luar negara. Kadang-kadang apabila mereka bercakap tentang "dasar pelajaran" - ini adalah untuk rakyat biasa sahaja bukan untuk anak-anak mereka. jangan kita pula hanya mendengar kta-kata ahli politik sahaja.. Persoalannya adalah manakah bahasa yang paling terbaik untuk anak-anak kita khususnya untuk masa depan mereka.. Jika anak kita mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara - Bahasa Inggeris adalah penting. Jika di universiti tempatan pun, buku-buku rujukkan pun kebanyakkan dalam Bahasa Inggeris. Jika anak kita mahu melanjutkan pelajaran ke Taiwan, Hong Kong dan/atau Cina, maka Bahasa Cina (atau secara khusus Bahasa Mandarin) adalah lebih sesuai. Jika anak kita mahu masuk dalam arena perniagaan atau pekerjaan - bahasa dunia adalah penting. Bahasa-bahasa yang digunakan oleh ramai orang pada masa ini adalah Bahasa Inggeris (Eropah, US, Kanada), Bahasa Cina (untuk Cina, Taiwan, Malaysia), Bahasa Melayu(atau Bahasa Indonesia) yang digunakan di Indonesia dan juga Brunei, dan Bahasa Urdu (yang di gunakan di India, Pakistan dan Bangladesh) dan Bahasa Arab (yang digunakan dibenua Arab).. Malaysia adalah negara yang mempunyai berbilang kaum - maka penekanan harus diberikan untuk kesemua Bahasa - Inggeris, Cina, Urdu, Arab >>>Ini adalah untuk masa depan - khususnya kerana proses globalisasi dijalankan. Bahasa Melayu - pasti semua orang Malaysia akan belajar daripada rumah dan juga daripada alam sekitar, Bahasa Inggeris pun sama termasuk juga TV dan panggung wayang. Penekanan harus di buat untuk semua Bahasa - apa yang harus dipentingkan adalah masa depan anak-anak kita - Mereka yang fasih dalam lebih banyak bahasa akan lebih berfaedah kerana belian akan dapat berinteraksi dengan lebih ramai orang di dunia ini. Seorang yang hanya fasih dalam Bahasa Malaysia ( atau Bahasa Cina atau Bahasa Tamil atau Bahasa Inggeris) akan menjadi mangsa persaigan dari segi pelajaran dan juga ekonomi... Bahasa Malaysia harus diberi penekanan - tetapi fikirkan kepentingan semua. Jangan lupa bahawa mereka yang kini mendebatkan isu Bahasa ini adalah mereka yang mampu memberi anak-anak mereka pelajaran dsalam Bahasa-Bahasa lain juga.. Apa subjek - apa Bahasa - ini adalah isu remeh temeh >>> Ada banyak isu-isu yang lebih penting yang harus menarik perhatian kita. Isu pengagihan harta negara secara rata dan saksama adalah isu yang lebih penting
Diterbitkan oleh : |