SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun DONGENG SEORANG LAKSAMANASeorang Laksamana Angkatan Laut Malaysia telah membuat temu ramah dengan sebuah mingguan berbahasa Malaysia, kira-kira tiga minggu selepas bersara. Banyak perkara menarik yang telah disentuh dalam temu ramah itu. Tetapi satu perkara sengaja dibesar-besarkan dalam akhbar itu, dan lepas itu oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris, yang menjadi saudara kandungnya. Laksamana itu menuduh parti-parti pembangkang cuba “menghasut” supaya angkatan bersenjata di negara ini menyertai rancangan hendak menjatuhkan kerajaan, pada penghujung bulan Oktober 1999. Apa buktinya? Beliau menerima beberapa e-mel mengajak beliau menyertai rancangan ini. Laksamana tidak sebut berapa kali dia menerima e-mel seumpama ini. Beliau tidak sebut siapa sipengirim e-mel itu. Beliau hanya berkata ia datang daripada orang “reformasi” tanpa nama. Jadi, ini boleh dikategorikan sebagai surat layang. Cili Api hendak tanya: adakah menjadi kebiasaan ketua angkatan laut mempercayai surat layang? Seterusnya, adakah menjadi amalan ketua angkatan laut menuduh pihak tertentu (seperti parti-parti pembangkang ) berdasarkan hanya surat layang? Cili Api merasa pelik bin ajaib mengapa laksamana buka mulut besarnya mengenai rancangan ini tiga minggu selepas bersara dan hampir tiga tahun selepas menerima maklumat mengenainya. Mengapa tidak laporkan kepada Ketua Polis Negara dan Menteri Pertahanan? Jangan-jangan pula ada udang di sebalik batu. Cili Api mula mengenali jenis udang itu apabila akhbar-akbar sama membesarkan lagi berita apabila seorang upahan menuduh kononnya keADILan terlibat. Mengapakah dua akhbar berkenaan membesarkan hanya cerita dogeng laksamana ini saja? Bukankah terdapat dua cerita lain, yang laksamana itu timbulkan, yang tidak kurang menariknya? Pertama, beliau menuduh ada pihak yang memandang rendah angkatan laut. Kerana itu mereka tidak memberi peluang kepada seorang laksamana untuk menjadi Ketua Angkatan Bersenjata. Tetapi, laksamana ini tidak sebut siapa yang dimaksudkan. Panglima tentera daratkah? Menteri Pertahanankah? Atau PM Dr M @ Cek Detkah? Adakah beliau pernah disekat? Ceritalah betul-betul sedikit tuan laksamana! Kedua, beliau mengemukakan pandangan bahawa layanan yang diberikan kepada anggota-anggota angkatan bersenjata belum memuaskan. Gaji masih kecil dan syarat perkhidmatan kurang baik. Tetapi adakah tuan laksamana baru bersara ini pernah mengemukakan perkara ini kepada menterinya atau kepada PM? Cili Api faham mengapa akhbar pengampu tidak menimbulkan dua perkara besar ini. Tetapi, tidak faham mengapa Laksamana menyebarkan dongeng beliau.
Diterbitkan oleh : |