SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun AWAS ! AXL ROSE PENULIS SIPUT BABI (SB) @ PENULIS UPAHAN UMNOAWAS ! AXL ROSE PENULIS SIPUT BABI (SB) @ PENULIS UPAHAN UMNO penangblackrose@hotmail.com ( HATI-HATI DENGAN ALAMAT EMAIL INI ) Saya nak jawablah segala tuduhan yang saudara lemparkan kepada Ustaz Shamsuri. Sebelum tu saya nak tanya saudara, saudara ni Siput Babi ke ( SB ) atau ahli UMNO yang ditugaskan khas untuk menabur fitnah kepada orang lain. Sebab kalau saudara ahli PAS , Tok Guru Nik Aziz tak pernah suruh kita maki orang tanpa usul periksa.Kalau saudara ni dari parti lain, tak tahulah.Walaupun dia tu orang UMNO kita disuruh supaya berdoa semoga Allah membuka pintu hatinya supaya menyokong perjuangan Islam.Itu akhlak pejuang Islam. Saudara pernah ke baca sejarah PAS ? Kalau belum saudara bacalah dulu. Dahulu ahli PAS sekitar 5% dikalangan orang melayu.Sekarang ni ahli PAS bertambah kerana orang-orang UMNO sudah sedar tentang perjuangan yang dibawa oleh Parti Pas dan B.A itu sendiri.Mungkin termasuk saudara ni bekas ahli UMNO.Jadi kalau nak memfitnah orang tak tentu punca ni bukan kerja pejuang PAS . Saya tak pernah bersua muka dengan Ustaz Shamsuri ni.Tapi saya beli setiap koleksi kaset kuliah beliau.Sepanjang saya mengikuti kuliah beliau (yang berulang-ulang saya pasang dalam kereta) Ustaz Shamsuri menekankan bab pemerintahan Islam, masalah keruntuhan akhlak remaja, arak, jual-beli, aurat , rumahtangga dan macam-macam lagi yang berlaku perkara maksiat yang berlaku dalam negara kita hasil dari pemerintahan sekular ini.Adakah kerana beliau tak sebut “ Kita mesti Sokong PAS ” saudara nak tuduh beliau orang UMNO. Kepala otak saudara tu jangan jadi tak cerdik.Berapa ramai orang UMNO yang mengaji dengan beliau telah sedar dan bersama menyokong PAS. Saudara kena faham situasi sekarang ni ,puak-puak UMNO telah menyekat ustaz-ustaz yang memberi kuliah politik telah di black list. Baca kitab satu perenggan tapi huraiannya lari daripada tajuk kitab.Itu yang silapnya.Kalau kita tak tumpu pada kitab bila orang UMNO nak faham tentang Islam.Dalam masjid dan surau bukan hanya ada ahli PAS sahaja, ahli UMNO pun ada.Kalau kita bagi kuliah lima minit lepas tu dok hentam UMNO dalam masjid tentulah puak-puak ni melenting dan akan cabut jika ustaz tersebut datang bagi kuliah lagi.Sebab itu zaman sekarang ni peranan masjid dan surau penting bagi menyampaikan dakwah. Bukan macam zaman Nabi, Nabi berpolitik dalam masjid. Zaman kita ni kalau dok cerita politik dalam masjid, puak-puak UMNO ni akan cabut sebab puak-puak ni punya kepala otak dah digam yang mana kalau cerita politik tu mesti ustaz PAS.Jadi mesej dakwah tak akan sampai pada puak-puak ni.Sebab itu Ustaz Shamsuri mengambil pendekatan tidak mahu menonjolkan diri beliau supaya beliau dapat menyampaikan dakwah kepada puak-puak UMNO ni. Ini juga yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Nabi yang mana separuh daripada sahabat-sahabat pergi berperang dan separuh lagi mengajarkan ilmu. Ini juga dah dikira berjuang untuk Islam. Tak semestinya pergi pilihanraya dah kira berjuang untuk Islam. Mungkin saudara tak pernah baca sirah atau hadis Nabi kot. Pasal ape sebelum peristiwa Anwar Ibrahim Ustaz Ismail Kamus, Dr. Haron Din,Dr. Hasan Ali yang sering kali berforum di TV dan belum cenderung lagi dalam perjuangan PAS ( tapi dah isi borang PAS ) ,saudara tak kate pun mereka orang UMNO.Mereka cuba untuk berdakwah kepada masyarakat tanpa mengistiharkan mereka ahli PAS.Seperti itu jugalah Ustaz Shamsuri. Saya telah mendapat tahu yang Ustaz Shamsuri adalah ahli PAS seumur hidup.Seperti mana Allahyarham ayahnya yang juga ahli PAS. Kalau saudara kata dah lima tahun saudara mengaji dengan beliau, saya pun hairan kenapa kepala otak saudara ni boleh jadi benak lagi.Mungkin waktu kuliah saudara tidur kot atau dok kat luar hisab rokok ataupun saudara ditugaskan untuk mencatit segala percakapan ustaz Shamsuri dalam kuliah.Kalau saudara nak tuduh beliau sokong UMNO kerana nampak beliau di pentas UMNO di Indera Kayangan, saudara dengar ke ape yang beliau kata.Adakah beliau sebut mari sokong UMNO di Indera Kayangan tu.Saya boleh kirim kepada saudara keset ceramah beliau di Indera Kayangan.Tidak ada satupun ucapan beliau yang menyentuh soal UMNO.Yang beliau ucapkan ialah perkara yang berkaitan dengan Al-Quran dan Hadis Nabi. Dan kenapa beliau boleh berada disana adalah kerana beliau dipaksa dan diperdaya.Beliau telah pun membuat pengakuan beliau dalam kaset beliau yang bertajuk ‘ TAK ADE KERJA ’. Macammana beliau boleh mewah? Untuk pengetahuan saudara, royalti yang beliau terima daripada penjualan kaset beliau sebanyak RM 4000.00 sebulan.Bukan kerana orang UMNO bagi dia duit.Ini yang diceritakan oleh syarikat rakaman kaset beliau iaitu MUAZ. Sauadara boleh tanye pada MUAZ.Ini membuktikan saudara ni penabur fitnah. Takkan saudara tak tahu jumlah orang yang mendengar kuliah beliau di masjid.Takkan sebab beliau nampak mewah saudara nak hasad dengki.Dr. Hasan Ali pun mewah, kenapa saudar tak cakap dia dapat duit dari UMNO. Saya nasihatkan saudara supaya toksah la dok tabur fitnah pada orang sebelum menyelidikinya terlebih dahulu.Dalam quran pun Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : ‘ Apabila telah datang orang fasik membawa khabar berita maka hendaklah kamu selidiknya dahulu ’. Adakah saudara ingin tergolong sebagai orang fasik.Sekiranya betul Ustaz Shamsuri menyimpang dari ape yang diajarnya, kita sebagai orang Islam tidak berhak untuk menabur fitnah padanya.Saudara perlu tahu berita yang telah saudara sebarkan telah dibaca oleh semua rakyat Malaysia dalam negeri atau luar negeri.Sekiranya tuduhan saudara tidak benar maka saudara perlu memohon maaf pada Ustaz Shamsuri bagi pihak seluruh rakyat Malaysia yang telah pun baca artikel saudara dan telah menyangka buruk pada Ustaz Shamsuri. Kepada yang telah mengambil tindakan membuang kitab dan kaset Ustaz Shamsuri itu adalah satu tindakan yang bodoh dan tak tahulah ape yang dipelajari dari pada Ustaz Shamsuri tu pun saya tak tahu.Sebab kalau nak beli kitab Bahrul Mazi tu bukannya murah. Tergamak orang yang mengaji dengan Ustaz Shamsuri ni boleh buang kitab. Maknanya tidak ada satupun ilmu yang masuk dalam otak orang-orang tersebut.
CONG KUAN
Diterbitkan oleh : |