Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Isu Samseng : Siapa menghakimi hakim ?

ALLAH, TUHAN, GOD

Dr. AQ~ISU SAMSENG:SIAPA MENGHAKIMKAN HAKIM ?

 

PERTANYAAN  KEPADA  MEREKA YANG  BERKENAAN. 

      Ilmu saya mengenai Islam masih cetik. Namun demikian, mengenai nama Allah iaitu sifat, simbol, atribut  atau sesuatu berasal daripadaNya itu berjumlah 3,000.  1,000 diketahui oleh para malaikat ; 1,000 oleh para nabi ; 300 terdapat dalam Zabur ; 300 terdapat dalam Zabur, 300 dalam Taurat dan 99 dalam Al-Quran. Satu nama terlindung. Ia sebagai rahsia yang diberikan Allah kepada orang yang muqarrabin, sentiasa hampir dengan Allah. 

Sekarang TV 1, suara kerajaan, menyiarkan “klip” ucapan Dato Nik Abdul Aziz dan “smash” dan hentakan pendapat daripada beberapa orang terkenal pada setiap kali waktu  warta berita.  Tiada langsung pendapat ramai yang menyebelahi Datuk Nik Aziz disiarkan. Jika benar begitu, maka kasihan juga kepada Dato’ Nik Abdul  Aziz di”pukul” begitu teruk. Macam gaya DSA kena tumbuk sahaja. Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Adil.

  Justeru itu, izinkan saya sebagai seorang yang beragama Islam dan mempunyai hak bertanya mengemukakan beberapa soalan di bawah ini.  

   Saya minta TV 1, Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Datuk  Zainudin (Zam) bin Mydin, Tan Sri Datuk Abdul Hamid bin Othman, Datuk Abdul Hamid bin Zainal Abidin, Mufti Perlis, Mufti Perak, Dr Ismail bin Ibrahim, Datuk Dasuki, beberapa  imam kecil, imam besar, beberapa pensyarah, Tan Seri Harun bin Hashim, Datuk Paduka Rafidah binti Abdul Aziz, Astora Jebat, wartawan pelapor, termasuk penulis, para terpelajar Islam,  dan mereka yang telah dan sedang bercadang membuat ulasan :

  1. Apakah tuan semua sudah membaca dengan teliti keseluruhan teks ucapan Nik  Abdul Aziz ?
  2. Bagaimana ayat bahawa yang ‘Allah lebih samseng daripada makhluk yang samseng’ dikaitkan dengan terjemahan secara langsung ? Apakah unsur “kesombongan” atau “takabbur”, Maha Memaksa, Maha Penghina (al khafidz)  tiada hubungan dengan perkataan samseng ? dan dengan  keperihalan keadaan (contextual situation) teks ? dan pendengar yang hadir dalam majlis berkenaan ? 
    1. Sedalam mana ilmu balaghah  yang mengandungi mantik atau logik dari berbagai segi ilmu bahasa (liguistik) iaitu makna, segi makna dalam makna (meaning of meaning) yang dikatakan khusus terdapat dalam  bahasa Arab) syntax ayat, tekanan suara, intonasi ayat dan lain digunakan dalam membuat penghakiman bahawa Nik Abdul Aziz itu salah [sesat, menyeleweng, songsang] tauhidnya ?
    2. Bagaimana pula dengan contextual situation atau ‘keperihalan keadaan’ pengajaran agama selama puluhan tahun yang berkaitan dengan linguistik, fikah, tasawuf dan tauhid ?
    3. Pembaca ingin tahu latar belakang setiap orang yang mengambil bahagian dalam isu ini tentang pendidikan, dan terutama mengenai tauhid dan tasawuf serta rujukan guru dan kitab yang dipakai. Salasilah pengajian masing-masing mengenai tasawuf dan tauhid adalah penting kerana banyak aliran terdapat dalam masyarakat sekarang. Sebab ada kolej dan universiti yang memberikan kursus  Islam dengan orientasi pensyarah sebagai penyelia tesis yang diragukan dasar falsafahnya.
    4. Apakah Dato Nik Abdul Aziz dan mereka yang terlibat dalam memberi ulasan selari itu terlibat dalam kefahaman aliran “fahman bebas/tidak bermazhab”, Mutazillah, Jabariah, Qadariah, Wahabiah, Syiah, Asyaariah dan ahli Sunnah-wal-Jumaah, berbagai tariqah dan berbagai fahaman politik yang  berideologi ? 
    5. Jika begitu apakah tuan-tuan mengaitkan dengan ilmu tauhid dan tidak dengan “kepentingan politik” peribadi masing-masing ?.

       

3.      Dari segi tasawuf, terutama bagi ayat Al-Quran berbentuk mutasyabihat yang saya peturun sebahagian daripada nya ?

 

 [NOTA : TAFSIRAN ADALAH DIMABIL DARIPADA BEBERAPA TERJEMAHAN AL-QURAN. Sila lihat terjemahan/tafsiran yang disahkan dan terknal. Jika tersilap ambilan harap perbetulkan dan mohon maaf ]       

  

 3.1~  Ke mana kamu berhadap di sanalah zat Allah. ~Surah  Al Baqarah

                     : 115

 3.2~ Maka (sebenarnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka, tetapi Allah-lah                 

        yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu 

  melempar, akan tetapi Allah-lah yang melempar (musuh). Dan Dia hendak

  mencuba orang-orang yang beriman dengan cubaan yang baik daripada-Nya. 

 Sesungguhnya Allah Maha Mendengar  lagi Maha Mengetahui. ~Surah Al-Anfal : 17      

 

 3.3~ Orang-orang kafir itu membuat tipu daya,dan Allah pun membuat tipu daya,

           dan Allah sebaik-baik membuat tipu daya. ~Surah Ali ‘Imran : 54

 

 3.4~ Bermula Allah itu beserta kamu di mana-man kamu berada ~Surah Al Hadid  : 4         

          

 3.5~ Bermula kami terlebih hampir kepada hamba itu daripada urat merih ~Surah Qaf : 16

 3.6~ Aku Allah Tiada Tuhan Yang Lain Melainkan Aku  ~Surah Tha Ha : 14

 3.7~ Bermula Tuhan yang Rahman itu di atas Arash ~Surah Tha Ha : 05

 TAJALLI                   

 4.~ Berkaitan dengan asma Allah itu ada beberapa sifat atau atribut yang berkaitan dengan mati, membunuh.  Apakah boleh kita sebut bahawa Allah itu pembunuh iaitu ia membunuh dengan Hukum-Nya : sebab musabab dalam hukum alam dan hukum masyarakat. Allahyarham Mazlan mati dipotong 17 kerat adalah dengan kehendak-Nya.  Lihat 3.2 di atas.

5. ~Begitu juga berkaitan dengan 3.1 di atas : Apakah jika kita  pandang kaabah, pandang, langit sebagai “wajah” Allah boleh tetapi tidak  pada babi dan segala yang jijik ?  Apakah kita jadi orang berilmu yang sesat  kalau benda-benda tersebut adalah wajah Allah ?  TAJALLI yang bagaimana yang difahamkan oleh pembaca ? Sebab saya dikabarkan oleh seorang ahli tassawuf bahawa ramai orang tidak faham hakikat makna TAJALLI  yang  sebenar. 

6~Dalam hal “Al-Mutakabbir dan Al -Jabbar” apakah terjemahan yang sebenarnya. Yang diperkataan adalah unsur : “memandang sesuatu cara kehinaan, dan memandang kebesaran dan keagungan itu hanya bagi diri-Nya sahaja’’.  Unsur kesombongan yang terlihat pada makhluk terutama manusia adalah tercela. Kesombongan Allah itu berlainan ; kesombongan itu adalah hak Allah. Dalam sebuah hadis Qudsi yang dipetik oleh penyusun (terjemahan) buku “Rahsia 99 Nama Allah”  dan juga penulisan oleh Siti Shamsiah binti Haji Md. Supi, pegawai penyelidik IKIM, menulis tentang Sifat Sombong dan Takabbur. Hadis berkenaan dikemukakan untuk renungan dan iktibar pembaca :

 “Allah Ta’ala berfirman : Kesombongan adalah selendangku dan kebesaran adalah sarungKU. Maka barang siapa menyamaiKU salah satu keduanya, maka pasti Ku lemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak Kupedulikan lagi”.

      Siti Shamsiah mengemukakan pendapat imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa punca kesombongan manusia itu tercetus daripada tujuh faktor  : 1)  ilmu pengetahuan ; 2) amalan dan peribadatan ; 3) keturunan ; 4) keindahan dan kelebihan pada bentuk fizikal ; 5)  harta kekayaan ; 6) kekuatan fizikal dan ; 7) kuasa atau pengaruh. 

     Apakah  tiada satu pun faktor daripada tujuh itu yang menyusuk masuk dalam hati kecil “pengkritik”, penyerang Nik Abdul Aziz ?

    Apakah  UNSUR  [BUKAN TERJEMAHAN] Al Jabbar dan Al-Muktabbir  tidak ada persamaan lansung dalam unsur samseng ?

   Sebab semua unsur adalah terbit dari asalnya.  Apakah boleh diterjemahkan dengan tepat  bahawa Al-Mutakabbir itu sebagai Maha Sombong ?

   Apakah boleh atau tidak disebut bahawa kalau”kau sombong maka Allah lebih sombong daripada kau” ?

  Apakah pandangan tuan dan puan yang berkenaan ?

   Saya ingin belajar daripada pertelingkahan, perselisihan dan serangan yang hebat ini. Semoga ramai pula yang dapat hidayah daripada nama Allah yang tertera dan yang tersembunyi.

4.1     Apakah kita boleh mengambil pengertian hanya satu demi satu iaitu  ia  bercerai makna dengan sifat dan makna yang lain ?  

4.2   Menurut seorang  bekas profesor saya dalam satu kuliah mengatakan bahawa terjemahan keesaan Allah dengan bahasa Inggeris  “unity” tidak tepat. Allah itu bukan unity tetapi “unicity”.  Apakah benar ambilan fahaman saya tersebut ?   Maka itulah “agak” saya bahawa kelengkapan nama Allah daripada 2,999, satu yang tersembunyi untuk “unicity” bagi Allah. Semua di dalam satu dan satu melengkapi semua.  Wallah- u-alam.

Maaf  a)  harap memakai Dr. tidak berunsur sombong ;

           b)  saya cuba jadi gelas yang kosong mengisi air yang bersih.  

 

Dr. AQ~  September, 2002.

   






______________________
Terbitan : 2 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com