SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun APA MELAYU PULAU PINANG TERPINGGIR (MISKIN)?
APA MELAYU PULAU PINANG TERPINGGIR (MISKIN)? Memang mendatangkan kejutan dan kehairanan kepada kita apabila dihidangkan dengan berita ini. Sekaligus mengesahkan tanggapan TG Haji Hadi betapa, laporan akhbar Utusan sebagai lekeh. Memang begitu juga fahamnya orang awam yang sudahpun memboikot pembelian akhbar yang telah dilacur untuk kepentingan Umno. Memang akhbar arus perdana sejak dari ‘mogok Utusan’ tahun 1960 sudah tidak lagi membawa aspirasi rakyat dan menghidangkan berita dalam erti kata yang sebenarnya. Mereka sering menyembunyikan berita dan mengubahsuai laporan untuk memenuhi kehendak nafsu penguasa dalam Umno!! Akhbar yang disundalkan Umno itu sering sahaja memaparkan berita yang tersasar, berunsur fitnah mahupun rekacipta yang bertujuan menganiaya dan memalukan seseorang. Tak berapa lama selepas Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangan PAS dalam Pilihanraya Umum dahulu, akhbar terus galak memainkan betapa orang Melayu ramai yang miskin dan terpinggir di kedua-dua buah negeri tersebut. Maka galaklah para pemimpin Umno dan beberapa kerat insan tolol yang punya ijazah berjela menghurai dan mengiyakan masalah sosial itu untuk kepentingan politik. Takdirnya, dalam masa yang sama TV¾ menyiarkan siri rencana tajaan LG Elektrik yang bertajuk TITIAN HARAPAN yang telah menelanjangkan betapa orang susah dan miskin ini tersebar luas tanpa mengira parti mana yang memerintah sehinggakan negeri kaya seperti Selangor juga turut dihuni orang yang melarat hidupnya. Lalu terpadam dan gagallah usaha jahat media TV dalam memanipulasikan kisah kemiskinan warga Melayu untuk kepentingan politik UmnoBn kerana ia umpama menepuk najis dalam dulang dan meludah ke langit!!! Semasa memberi komen tentang kemiskinan di negeri Pantai Timur itu, pemimpin Umno Pulau Pinang turut serta berkorus dalam memperlekehkan kerajaan PAS. Barangkali Allah sengaja takdirkan, mereka sebenarnya telah meludah batang hidung mereka sendiri. Bukankah sebelumnya negeri Penyu dan Serambi Mekah itu ditadbir oleh UmnoBn?? Jika pun nak ditudingkan kesalahan kerajaan, makanya kerajaan UmnoBnlah yang harus dipersalahkan jika mengambilkira umur pemerintahan dan kewangan yang disalahgunakan. Apakah selepas itu akhbar membuat berita susulan memohon maaf atas kekeliruan laporan? Tidak sama sekali, kerana itulah sikap angkuh para pemimpin Umno yang menguasai akhbar berkenaan. Dalam kes terkini lagi sensasi di Pulau Pinang seperti yang disiar akhbar, siapa pula yang nak disalahkan dan dikambing-hitamkan? Apakah pendedahan itu ikhlas bagi mencari jalan penyelesaian yang jitu dan tepat? Atau apakah ianya sebagai satu lagi isu tambahan bagi melarikan tumpuan rakyat tentang masalah ekonomi Negara yang tenat apabila Belanjawan tahun 2003 adalah merupakan Belanjawan defisit buat kali ketiga berturut-turut. Apakah benar tentang desas-desus yang mengatakan berbagai isu panas dimainkan serentak bagi menyediakan umpan untuk memasukkan pemimpin parti pembangkang dan NGO ke Kemunting di bawah ISA, sekaligus memastikan kemenangan UmnoBn selesa secara Demokrasi PM berdarah Keling? Umum mengetahui betapa masyarakat Ilmuan keturunan Tionghua menentang keras akan pemaksaan Regim Mahathir bagi melaksanakan penggunaan Bahasa Inggeris bagi subjek Sains dan Matematik di sekolah-sekolah. Malah sudah terdengar penentangan yang jelas dari kalangan pemimpin komponen BN sendiri antaranya ialah pemimpin Tertinggi parti Gerakan. Sebenarnya orang Melayu juga menentang keras akan paksaan sebegitu. Kerajaan yang sering megah dengan Retorik Melayunya itu bukanlah sekumpulan pemimpin yang berwawasan dan pintar sebenarnya. Mereka hanya unggul dalam memperkayakan peribadi, anak-pinak dan kroni. Untuk rakyat berbagai alasan dan hujah akan diberi dalam menampung kegagalan mereka. Lebih dahsyat apabila Despot Tua itu tidak pernah kekeringan ‘mangsa’ untuk menutupi kelemahan dan kegagalan dirinya sendiri. Dalam masyarakat Tionghua mereka amat menyanjungi Ilmuan apatah lagi yang berkaitan dengan kebudayaan dan Bahasa Ibunda mereka. Selama ini anak-anak mereka telah diajar dengan cemerlang dalam Bahasa tersebut. Apabila mereka bertukar ke aliran sekolah Kebangsaan mereka mampu menggondol keputusan yang cemerlang. Suqiu yang merupakan tonggak utama masyarakat Ilmuan kaum itu telah menyatakan secara terbuka menentang dasar paksaan itu dengan disokong gabungan-gabungan persatuan di bawahnya. Ini memberi isyarat yang jelas kepada kepimpinan parti kaum Tionghua supaya tidak tersilap langkah. Mereka tentu masih ingat bagaimana Lunas telah dirampas Barisan Alternatif apabila timbul isu Suqiu dan Sekolah Wawasan. Apakah kemelut ini merupakan takdir Allah bagi menyedarkan masyarakat Tionghua betapa Barisan Nasional bukanlah suatu wadah politik yang ikhlas dan baik untuk negara ini? Reaksi negatif oleh parti gabungan sebegini bukanlah suatu yang diharapkan Mahathir ketika Umno sudah cukup tenat dengan peralihan sokongan orang Melayu kepada gabungan BA yang diketuai PAS. Mahathir telah terperangkap dengan keyakinan lamanya bahawa Orang Melayu hangat-hangat taik ayam dan mudah lupa!! Masalah peminggiran orang Melayu Pulau Pinang bukanlah suatu masalah yang baru. Ia telah berjalan lama dan tersusun. Anehnya ia berlaku di bawah pemerintahan BN dengan Umno bersekongkol di dalamnya. Malah banyak kejadian menghalau orang Melayu demi pembangunan telah dijalankan dengan pemimpin Umno menjadi baruanya. Antara yang terkenal ialah Dr Helmi Yahaya dan Dr Ibrahim Saad. Musibat-musibat ini tidak menggunakan kedudukan politik mereka untuk memperkasakan orang Melayu. Jauh sekali bagi memperjuangkan nasib anak bangsa serta memartabatkan mereka. Memang pemimpin Umno hanya bersandiwara sambil membina kekayaan peribadi. Bukankah mereka terkenal dengan gelaran ‘Mr 10 Percent’?? Dalam cerita ‘kitar semula’ yang berlaku sekarang, kepimpinan Umno lebih bertujuan untuk menekan pemimpin Gerakan dalam isu Bahasa Inggeris dalam persekolahan. Mereka cuba jadikan parti Gerakan bertanggungjawab dalam meyebabkan pembangunan Melayu Pulau Pinang terbantut dan terpinggir. Sekali imbas seolah-olah benar tohmahan itu. Jika pun ianya benar, pemimpin Umnolah pihak yang sepatutnya ditudingkan kesalahan itu. Tanpa keizinan Umno, biar apapun alasannya tidak mungkin parti Gerakan menjadi sebegitu berani dan biadap terhadap bangsa yang memberi mereka tuah dan ruang rezeki selama ini. Jika kita memerhati dari sudut yang lain, Umno melalui akhbar lacurnya seolah-olah cuba memainkan emosi orang Melayu. Mereka seolah-olah menempelak orang Melayu betapa kaum Cina sudah naik tocang dan besar kepala apabila berkuasa dan majoriti kedudukannya sehinggakan menganiayai orang Melayu. Umno cuba menangguk di air keruh dengan mengadu-domba emosi orang Melayu terhadap kaum Tionghua. Umno amat berharap orang Melayu kebali ke pangkuannya bagi dijadikan modal menakut-nakutkan parti komponen lain seperti pengamalannya selama ini. Ia cuba memancing sentimen orang Melayu dengan cerita nasib mereka akan terbela apabila kembali menyokong Umno. Percayalah, itu hanya kelentongan belaka. Sepertimana Mahathir, pemimpin lainnya juga hanya sebok untuk agenda peribadi dalam memperkayakan diri dan anak bini. Cubaan melalui isu itu akan mati sebelum berkembang apabila kita memandang ke Terengganu dan Kelantan bilamana kerajaan Pusat UmnoBn sendiri menganiayai kepimpinan negeri yang dibentuk oleh orang Melayu yang juga dipilih oleh majoriti Melayu. Jadi bukan setakat Gerakan yang menganiaya orang Melayu, lebih zalim apabila pemimpin Umno yang sering mendabik dada sebagai benteng orang Melayu adalah Penderhaka dan pengkhianat bangsa yang sebenarnya!!! Mari kita lihat semula beberapa kejadian yang berlaku di negeri Pulau Mutiara itu. Jika dahulu pembangunan pesat ditumpukan di kawasan Pulau dengan menghilang dan menghapuskan saki-baki perkampungan Melayu, kini ia merebak ke bahagian Seberang Perai pula. Dahulunya kawasan inilah yang masih banyak dikuasai oleh orang Melayu. Keadaan sudah jauh berubah, pembangunan yang sering diasak dan didodoi dalam boria sedikit masa dahulu sebenarnya adalah pendekatan ala-Israel terhadap Palestin. Perhatikan bahawa pemimpin Umno adalah musibat yang bergerak rakus di belakangnya. Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah secara paksa mengambil tanah sawah orang Melayu di kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Bandar Alaf Baru PERDA berhampiran Bukit Mertajam. Tanah yang dibayar dengan harga yang tidak seberapa itu, kemudiannya diserah kepada seorang pemimpin Umno keturunan mamak, Kadiarq Sheikh Fadzir untuk dibangunkan melalui Syarikat Aseana. Pembangunan Bandar Baru itu telah diserahkan kepada Syarikat pegangan adiknya pula, Aziz Sheikh Fadzir yang kini menjadi Timbalan Ketua Pemuda Umno Malaysia hasil lobi wang yang cukup lumayan. Inilah dia si musang yang dengan berbaju Melayu menggoyangkan pagar Dewan Perniagaan Cina semasa isu Suqiu dahulu.(Perjuangannya habis di situ!!) Dalam proses membangunkan Bandar Baru itu, keluarga Kadiarq melaksanakan ala-Mafia apabila tidak membayar bil-bil syarikat anak Melayu yang digunakan perkhidmatannya. Malah sehingga hari ini, Syarikat Aseana masih berhutang hampir RM 50 juta dengan PERDA dengan niat menghanguskannya. Lebih mengharukan apabila dalam proses pembinaan PERDA diikat dengan ‘akujanji’ membeli mana-mana unit yang tidak dapat dijual kepada pembeli. Dalam erti kata lain Syarikat milik keluarga Kadiarq ini tidak mahu mengambil risiko untung rugi perniagaan. Rasanya golongan istimewa Down Syndrome pun boleh menjadi usahawan berjaya jika mengikut kaedah lanun dalam Umno ini!! Keadaan ini terjadi semasa Dr Ibrahim Saat memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Apabila Dr Helmi Yahya mengambilalih jawatan itu, orang Melayu ‘Penang’ merasa seolah-olah nasib mereka akan terbela sepertimana Melayu Kedah rasai apabila Sanusi Joned naik menggantikan Osman Aroff. Kuih tidak akan berubah bentuknya jika datang dari acuan yang sama. Begitu jugalah dengan nasib Melayu Penang tadi. Semasa zaman Dr Helmi ini, lagi lah dahsyat sehinggakan sanggup menyelewengkan tanah wakaf seperti di Lebuh Acheh yang dimajukan sebagai kondominium. Sanggup pemimpin ini menggula-gulakan waris si mati dengan wang RM 600 000, sedangkan mereka telah bersekongkol dalam memakan harta yang haram. Kita juga diberitahu bagaimana Pegawai tertinggi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang MPPP yang telah menolak pembinaan kompleks perniagaan ala-Pekan Rabu untuk dimajukan bagi kegiatan ekonomi orang Melayu. Cuba kita lihat siapakah yang mengungguli di MPPP jika bukan Dr Helmi Yahya!! Kelompok pemimpin sebeginilah juga yang membatat dalam MT Umno yang beberapa hari lalu mengugut TG Nik Aziz supaya bertaubat dalam isu ciptaan Mahathir si tuhan Umno itu. Soalnya SIAPAkah mereka untuk bersikap kurang ajar sebegitu? Bukankah sebahagian besarnya adalah manusia muflis moral dengan Iman yang meragukan serta mengungguli carta Selebriti Mangkuk Tandas?? Akhbar memainkan cerita yang meloyakan apabila mengatakan betapa Melayu yang malang adalah Melayu Penang berbanding dengan Melayu di negeri-negeri lain. Minda dan ingatan kita cuba dicatur dan diputar lagi untuk sekian kalinya. Adalah lebih baik berhenti dari terus mereka-reka cerita. Baru sangat kita dihidangkan bagaimana pemimpin Umno telah berserakah dengan kuasa yang diamanahkan. Ia berlaku di seluruh Negara sebenarnya. Kedah terkenal dengan peristiwa ‘kolam udang Kerpan’ dan Empangan Beris. Melaka dengan rampasan tanah tradisi di Pengkalan Kundor. Negeri Sembilan dengan isu Tanah Felda Labu Johnson (LBJ). Johor dengan isu pasir yang dijual kepada Singapura dan kisah air minuman. Begitu juga halnya di Sarawak dan Sabah. Kesemua kejadian itu didalangi oleh pemimpin setempat yang sering bekerjasama dengan musibat dari pusat UmnoBn dengan menjadikan orang Melayu kerugian secara umumnya. Seorang Professor Ekonomi USM, Dr Amir Husin Baharuddin telah dengan berterus-terang menyalahkan kepimpinan Umno peringkat negeri sebagai orang yang bertanggungjawab dalam soal ini. Kita mengangkat tabik untuknya kerana ia tidak berselindung dan takut untuk mengatakan yang sebenarnya. Pandangannya berjejak di bumi nyata berbanding tulisan Prof Dr Ahmad Atory sebelum ini. Memang betul bahawa pemimpin tempatan Umno hanya mementingkan diri, kedudukan dan tidak memperjuangkan nasib orang Melayu. Merekalah yang menjadi duri dalam daging bagi kemajuan bangsa Melayu dan mereka jugalah pengkhianat bangsa yang boleh dibeli dengan wang. Selama ini mereka juga yang menjadi ejen bagi ‘menghalau’ kedudukan orang Melayu dari bertapak di Pulau Pinang. Walau pun Dr Amir ada mencadangkan langkah-langkah bagi menyelamatkan sepsis Melayu Penang dari kepupusan, kita percaya ia akan dipandang sepi oleh pemimpin Umno samada peringkat negeri mahupun nasional. Memang sepanjang masa pemimpin Umno akan mencuit rakannya dalam BN bagi mewujudkan suasana ketidak-harmonian yang merupakan elemen ‘Pecah dan perintah’ pengamalan Inggeris dahulu. Namun cuitannya ketika ini mampu menikam diri kerana mereka mencipta musuh baru dengan kaum Tionghua dalam politik sedangkan kesedaran kaum itu terhadap kejujuran Barisan Alternatif saban hari semakin meningkat. Kelantan dan Terengganu banyak memberi kesedaran betapa PAS bukanlah parti yang seperti digambarkan oleh Umno. Tidak juga mereka yang selama ini bertanggungjawab meminggirkan orang Melayu. Yang bersalah adalah kepimpinan Umno. MEMANG UMNO DAN KEPIMPINANNYA YANG BERSALAH!!
Dr Nologareng
Diterbitkan oleh : |