Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Operasi Menuntut Syahid di Palestine

Intro..

Operasi mununtut syahid "amaliah Istisyhadiah" adalah merupakan suatu perkara baru yang hangat dibincangkan di mana-mana media massa mahupu agensi dan pertubuhan-pertubuhan tertentu. Sesetengah pandangan menyatakan ianya adalah suatu perkara yang sia-sia tanpa mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Sesetengah individu kadangkala mengeluarkan kenyataan kepada sidang umum dalam menghukum mereka yang melakukan operasi ini tanpa merujuk kepada mana mana nas yang berkaitan dalam kitab-kitab feqh mahupun kajian-kajian yang dilakukan oleh para ulama semasa. Dengan itu lahirlah suara-suara sumbang dan menyatakan pendapat dalam khalayak umum dan menghukum amalan ini sebagai "mati katak".(merujuk kepada ucapan seorang wakil JAKIM kepada pelajar- pelajar Al Azhar di Mesir).

Di sana wujudnya juga istilah-istilah yang disalah tafsirkan berhubung keganasan dan terrorisme 'irhab," dan menyandarkan perbuatan ini kepada apa yang dilakukan oleh syuhada Palestine yang berjuang menjaga kedaulatan negara mereka daripada dijajah oleh rejim Yahudi yang dikepalai oleh Amerika di bawah gerakan Zionisme Antarabangsa. Berikutan salah tafsiran inilah kadang kala pemimpin di kalangan umat Islam sendiri menuding jari kepada amalan suci ini dan menyifatkannya sebagai keganasan. Inilah suatu kesilapan dalam menyatakan pandangan yang dilakukan oleh sesetengah pimpinan yang menjaga agensi mahupun pertubuhan Islam.

Justeru, artikel ini ingin menjelaskan kembali kepada pandangan yang kurang sopan dengan menyatakan mereka yang syahid di pelestin sebagai mati katak adalah suatu yang tidak kena pada tempatnya. Kepada mereka yang menyatakan sedemikian haruslah menjelaskan kembali bahawa amalan ini adalah masyru' disisi ugama Islam dan bukanlah merupakan suatu keganasan. Janganlah disebabkan kepentingan kita terikat dengan mana pertubuhan kita sanggup menggadaikan prinsip dan menyalahkan saudara-saudara seaqidah kita di Palestine dan menyifatkankannya sebagai terrorist.

Berikut adalah huraian yang ingin saya nyatakan daripada pengkajian yang dibuat oleh kebanyakan ulama berhubung dengan amalan ini dalam beberapa perkara. Di antaranya ialah:

1- Pengertian Amaliah Istisyhadiah (Operasi Syahid)

2- Pandangan ulama yang menjelaskan keharusan melakukan amaliah ini

3-Dalil-dalil yang menunjukkan pensyariatan amaliah istisyhadiah sebagaimana yang dijelaskan oleh kebanyakan ulama:

4- Operasi syahid yang melibatkan pembunuhan orang awam dan harta benda.

5- Penjelasan Serangan Terhadap Golongan Madaniyyin Dalam Negara Kafir Harbi

Huraian 1

Pengertian "Amaliah Istisyhadiah" (Operasi Syahid)

Beberapa penta'rifan yang dinyatakan ulama dalam menjelaskan mengenai mafhum amalan ini adalah seperti berikut:

Fuqaha di kalangan mazhab Hanafiyyah menjelaskan bahawa seseorang yang dibunuh oleh golongan Musyrik atau pun yang terbunuh di dalam peperangan dengan mempunyai tanda-tanda yang jelas sama ada secara zahir atau batin seperti keluarnya darah dari matanya ataupun anggota lain yang seumpamanya.

Fuqaha al Syafieah menjelaskan bahawa seseorang yang terbunuh dengan sebab memerangi golongan Kuffar secara berhadapan dan bukannya secara membelakangi musuh dengan niat yang ikhlas kepada Allah s.w.t.

Fuqaha di kalangan mazhab Hanabilah menyatakan bahawa ianya adalah individu yang terbunuh di dalam peperangan dengan golongan Kuffar, lelaki ataupun wanita, baligh ataupun sebaliknya, sama ada dibunuh oleh Kuffar ataupun dengan pedangnya sendiri ataupun terjatuh daripada tunggangannya ataupun didapati meninggal tanpa terdapat kesan-kesan pada anggota badannya, tetapi mempunyai niat yang ikhlas untuk berperang.

Menilai kepada beberapa pandangan yang dinyatakan oleh para fuqaha di antara mazhab, bolehlah kita manyatakan bahawa kebanyakan ulama secara umumnya tidak meletakkan hukum syahid hanya kepada orang yang terbunuh disebabkan perlakuan musuh, tetapi dengan sebab seseorang Islam itu bertindak memerangi musuh dengan niat yang ikhlas kepada Allah s.w.t dalam meninggikan kalimah Allah dan perundangannya di muka bumi ini.

p/s Artikel ini akan bersambung pada keluaran seterusnya disebabkan kesibukan penulis dalam beberapa perkara.

Penulis adalah penuntut tahun akhir di Universiti Al Azhar, Tanta dalam Fakulti Syariah Undang-undang ( Islamiah).

elFarazi Tantawie
elfarazie@yahoo.ca






______________________
Terbitan : 28 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com