SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Jawapan saksi kedua dan pertama berbezaALOR SETAR, 28 Sept (Hrkh)- Keterangan yang diberikan Che Gayah Abu Bakar, saksi kedua perbicaraan kes selak kain yang juga mengaku bersama Yusnita ketika insiden selak kain, berbeza antara satu sama lain. Dalam jawapan Yusnita kepada peguam Karpal Singh, dia menyatakan, sebelum menyelak kain Abdul Razak Abas telah mengeluarkan perkataan kesat iaitu dengan berkata, "Puteri haprak, wanita haprak, barua kerajaan." Sementara Che Gayah pula memberitahu mahkamah bahawa Abdul Razak berkata, "Puteri Umno Haprak, Wanita Umno Haprak." Karpal: Dia kata itu saja tak ada yang lain, itu saja, tak ada lain? Che Gayah: Ya, itu saja, tak ada yang lain. Selain itu, jawapan Che Gayah kepada Karpal juga tersangkut-sangkut apabila diajukan soalan tentang ke mana mereka pergi selepas keluar dari balai polis pada malam hari kejadian. Karpal: Lebih kurang jam 8.45 malam pada hari kejadian, ada Che Gayah diminta ke mana-mana? Che Gayah: Saya tak ke mana-mana, balik terus ke bilik gerakan. Karpal: Ada balik ke tempat kejadian? Che Gayah: Yusnita saja yang pergi. Selepas ini Che Gayah menarik balik jawapannya, katanya, "Tarik balik, saya juga pergi bersama Yusnita."
Diterbitkan oleh : |