SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Kredibiliti Dr. Ismail Ibrahim??
Kredibiliti Dr. Ismail Ibrahim sebagai pengerusi
Majlis Fatwa Kebangsaan memang dipertikaikan setiap
kali dia bercakap. Sikapnya begitu bias sejak isu
Memali dan kini isu 'samseng' pula. Bolehkah pelakon
video debat olok-olok ini dipercayai? Mengapa beliau
boleh membabitkan diri bersama orang-orang UMNO di
dalam rakaman video tersebut? Apa agenda beliau yang
sebenarnya? Mengapa tergamak beliau menyembunyikan
ilmunya dan membiarkan kejahatan pemerintah? Adakah
beliau setaraf dengan pengampu bertaraf rendah seperti
Astora Jabat? Kita tahu Dr. Ismail Ibrahim terpaksa
menjaga periuk nasinya namun perlulah berpada-pada
jangan sampai orang menyamakan tarafnya seperti
Astora. Sekurang-kurangnya hormatilah taraf beliau
sebagai Pengerusi Majlis Fatwa, kerana itu sajalah
yang tinggal untuk umat Islam negara ini kerana yang
lainnya sudah habis dicabul oleh pemerintah. Beliau
yang kini diberi tugas menulis di dalam Mingguan
Malaysia sebelah menyebelah dengan ruangan Pendusta
Agama Astora Jabat kini seperti terlupa dirinya adalah
Pengerusi Majlis Fatwa. Apa dia ingat jawatannya
sebagai Pengerusi Majlis Fatwa itu sama seperti
Setiausaha Politik kepada Presiden UMNO? Seingat kita
beliaulah Pengerusi Majlis Fatwa yang pertama menjadi
penasihat politik kepada UMNO. Buktinya ialah lakonan
beliau dalam debat olok-olok tajaan UMNO itu sendiri.
Diterbitkan oleh : |