Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

UMNO MEMANG PANDAI NAK BUAT DUIT !

Beberapa hari yang lepas MB Selangor, Dato' Seri Mohd. Khir Toyo, telah mengumumkan penyelarasan pasar-pasar malam di seluruh negeri Selangor.

Maka dicadangkanlah pakaian dan payung diseragamkan bagi semua peniaga-peniaga pasar malam. Kononnya untuk meningkatkan imej pasar-pasar malam.

Sekali imbas cadangan ini nampak baik. Tetapi apabila diperhatikan pasar-pasar malam di negeri Selangor, bukan pakaian peniaga atau payung yang menimbulkan masaalah. Peniaga-peniaga sudahpun berpakaian kemas.

Tetapi kalaupun ada masaalah bukannya kepada pengunjung tetapi kepada penduduk setempat. Kebersihaan selepas pasar malam diadakan yang menjadi masalah utama. Juga kedudukan pasar-pasar malam juga menimbulkan masalah.

Walaupun kerajaan negeri tidak akan mengaku tetapi kebanyakan pasar-pasar malam dianjurkan oleh UMNO Cawangan atau pimpinan UMNO di peringkat Cawangan. Mereka selalunya berselindung di sebalik persatuan-persatuan penduduk atau persatuan-persatuan lain. Kadang-kala persatuan-persatuan penduduk ini tidak wujud atau tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Tetapi pihak berkuasa tempatan tetap meluluskan permohonan untuk mengadakan pasar-pasar malam.

Akibat dari pendapatan yang dapat dipungut dari peniaga-peniaga maka ramailah yang hendak menganjurkan pasar-pasar malam. Akhirnya di tempat yang tidak begitu sesuai dari segi kesebokan lalulintas atau tempat yang kurang luas pun dianjurkan juga.

Tentang kebesihan selepas pasar-pasar malam, janganlah disalahkan para peniaga. Mereka sudahpun membayar "cukai" kepada penganjur. Maka adalah menjadi salah menganjur jika gagal membersihkan sesuatu tempat setelah sesebuah pasar malam. Terdapat banyak kes di mana pembersihan dilakukan dengan tidak sempurna. Maka meranalah penduduk tempatan.

Oleh itu cadangan Khir Toyo tempoh hari tidaklah relevan di dalam usaha untuk meningkatkan imej pasar malam. Tetapi mungkin ramai kroni-kroni yang akan berebut untuk mendapatkan kontrak payung atau pakaian seragam.

Untung sebuah payung mungkin lebih kurang RM 30. Sementara peralatan lain lebih kurang RM 20. Maka jumlahnya RM 50 setiap peniaga. Jika di satu pasar malam terdapat 30 orang peniaga maka RM 1,500 akan diperolehi. Di satu kawasan pula ada 10 pasar malam maka lebih kurang RM 15,000 bagi setiap kawasan. Tetapi mungkin 30% dari peniaga-peniaga ini adalah peniaga yang sama maka jumlah akan diperolehi adalah RM 10,000. Oleh itu bagi seluruh negeri Selangor jika 10 kawasan menguatkuasakan undang-undang ini maka untung bersih bagi kroni adalah RM 100,000.

RM 100,000 mungkin tidak banyak berbadingkan dengan wang Tabung Haji yang lesap tetapi bertapa pandainya UMNO mendapatkan duit untuk kroni-kroninya. Akhirnya yang tersepit adalah peniaga-peniaga !

ISKANDAR A. SAMAD
AMPANG JAYA
13 SEPTEMBER 2002

( Dari laman web PAS Kawasan Ampang Jaya http://pas2000.tripod.com/info )






______________________
Terbitan : 14 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com