SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Korporat Melayu Jatuh Siri 2Oleh : itor Artikel 'Korporat Melayu Jatuh' memberi impak yang amat mendalam kepada pihak pihak atasan KUB Malaysia. Kebenaran serta fakta di dalam artikel tersebut walaupun tidak 100% tepat tapi tiada siapa yang dapat menafikan fakta tersurat di dalam artikel tersebut. Tiba-tiba sahaja sebaik sahaja artikel ini keluar juruaudit PriceWaterhouse menghantar 15 orang untuk menyiasat di KUB atas arahan yang belum dikenalpasti. Yang lebih mengkagumkan ianya menjadi bahan bacaan yang ke 6 popular di laman TranungKite pada bulan berkenaan. Ianya bukan isu melibatkan kepentingan UMNO tapi para pelabur yang berjumlah lebih 173 ribu orang. Atas kesedaran serta sambutan yang mengalakkan itu juga maka penulis rasa terpanggil untuk menulis lagi berkenaan dengan saat genting Kejatuhan Empayar Korporat Melayu yang diterajui oleh orang kuat UMNO yang merasakan diri mereka bijak, tidak mengaku kelemahan diri serta betapa agenda politik (UMNO) untuk diri sendiri memberi kesan kepada agenda membangunkan Syarikat. Kesan daripada artikel itu juga diadakan sessi khas di Hotel Singgahsana di antara pengarah-pengarah KUB dengan para pengurus-pengurus kumpulan KUB. Yang menariknya salah seorang pengarah KUB Datuk Md Noor Azam (bekas Setiausaha Politik PM) menitiskan airmata dah nak ikut macam PM juga nak berlakon yang dia sendiri pun tak tahu duit KUB sekarang dah habis (peliknya). Seorang lagi pengarah Datuk Syed Amin (Yang dipertua DPMWP) pulak menyalahkan pihak pengurusan yang tidak cekap mengendalikan syarikat maka KUB pada peringkat Kumpulan mengalami kerugian dalam sessi berkenaan. Lebih RM600 juta (ejaannya lebih Ringgit Malaysia Enam Ratus Juta) tunai ( duit dari penjualan 30% pemilikan KUB di dalam UMBC kepada RHB) hampir habis dibelanjakan dalam masa 2 tahun dibelanjakan dengan borosnya. Mahathir cukup marah kerana beliau juga terlibat dalam membankrapkan BCB (dulu Bank Bumiputra) semasa meluluskan pinjaman RM300 juta kepada Hassan Harun. Dalam terkial-kial mencari sesuatu aset agar dapat di pertontonkan ke mana duit ini di belanjakan maka di beli A&W (makanan segera yang tidak laku lagi) serta dilaburkan ke dalam beberapa anak syarikat seperti syarikat pengiklanan elektronik (tunggu masa aje kot nak lingkup) syarikat LPG (Summit Petroluem) dan sebuah syarikat pembungkusan baja (UCI). Beli Syarikat tugas pengarah lepas itu kalau rugi pengurus yang salah sedangkan kenapa tidak dikaji terlebih dahulu syarikat sebelum dibeli tentang daya majunya. Dalam kes syarikat LPG (Summit) Syed Amin dengar khabarnya ada 'side deal' RM3 juta. Syed Amin bukan peduli daya maju syarikat berkenaan tapi berapa yang dia dapat dalam 'deal' membeli Syarikat berkenaan. Lepas itu apa pengarah hendak peduli kalau tidak takkan berapa duit yang ada lagi di KUB pun pihak pengarah tidak tahu. Berapakah 'side deal' yang Hassan Harun dapat ketika ura-ura penjualan Agrotech (Syarikat Perladangan KUB). Persoalan 'side deal' inilah menjadikan ada anak syarikat yang lebih diberi perhatian daripada yang lain sebagai contoh Bina Alam Bersatu (55% milik KUB) dengan KUB Development (100% milik KUB) yang mana kedua-duanya adalah pemaju hartanah. Bina Alam inginkan projek atas tiket KUB (status bumiputera konon) kerana sebagai pemaju dia berhak melantik kontraktor dalam masa yang sama kontraktor ini adalah dari kalangan orang Bina Alam sendiri juga. Kenapa UNITAR (Universiti Tun Abdul Razak) penyumbang terbesar kerugian terkumpul KUB tidak di pertikaikan atau disebut dalam pertemuan di Singgahsana. Ini adalah kerana kejayaan menubuhkan UNITAR adalah satu mercu kejayaan peribadi bagi Datuk Hassan yang pada mula kariernya menubuhkan Maktab Adabi sebuah kolej swasta di Kelantan. Punyalah kemaruk nak jadi Presiden di Unitar masa tu sampaikan sanggup beli Honorary PHD (Ijazah Kedoktoran Kehormat) dari sebuah Universiti di UK. Kononnya jadi Universiti maya yang pertama di dunia tanpa ada perlu bangunan atau kampus yang besarlah tapi akhirnya terpaksa membeli bangunan RM32juta di Kelana Jaya. Hendak ditutup malu pulak dengan Najib yang secara terang menyindir semasa menandatangani perjanjian persefahaman antara ITTAR (Institut Teknologi Tun Abdul Razak) dan USM di Hotel Singgahsana yang mana kandungan ucapannya merasakan seolah-olah satu kesilapan membenarkan KUB mengunakan nama ayahnya yang pada kebetulan Najib menjawat jawatan Menteri Pendidikan sering kali dipergunakan membantu ITTAR (sebelum wujud UNITAR). Sebagai memenuhi aspirasi Universiti Maya hampir keseluruhan kandungan pembelajaran perlu di simpan dalam bentuk agar dapat diaksess melalui internet. Kos demi kos diperlukan dalam mewujudkan prasarana yang memungkinkan semuanya diaksess maka tertubuhnya anak Syarikat United Multi Media untuk merealisasikan ini semua. Bayaran yang tinggi terpaksa ditanggung sebab mereka dalam dunia Multi Media bukan murah gajinya. Bayangkan 60 orang kakitangan diperlukan khusus untuk menyediakan 'courseware' sahaja untuk UNITAR yang mana tiap seorang bukan sedikit bayarannya. Itu belum lagi kakitangan, pensyarah, peralatan seperti komputer serta lain kos yang perlu di tanggung dengan beberapa kerat pelajar sahaja yang mendaftar di UNITAR. Boss anak Syarikat diberikan kebebasan tanpa pemantauan yang teliti. Wang dibelanjakan bagai tanpa ada had. Pengurusan kanan dibeli kereta mewah serta kemudahan yang berlebihan. Maka diwujudkan KUBMag (KUB management guide) tapi adakah semuanya di patuhi sedangkan yang draf KUBMag itu sendiri melanggar peraturan yang dia sendiri draf. Cuba diperhatikan belanja tiket perjalanan (dari US) seorang CEO mencecah ratusan ribu ringgit itu belum lagi kemudahan yang lain. Hampir RM3 juta ringgit di habiskan untuk belanja pembangunan tanah di Kg Baru serta mengaji Mat Salleh RM40 ribu sebulan sebagai Jururunding yang akhirnya akan dibina restoren A&W serta stesyen minyak. Segala perancangan serta cadangan yang menelan berjuta-juta ringgit habis dengan cadangan yang baru yang dengar khabarnya juga akan dihentikan sebaik sahaja baru hendak dimulakan. Hassan Harun seorang berlatarbelakangkan pendidikan amat gemar memaparkan senarai barisan kakitangan berkelayakan Master, Degree serta lain-lain. Prestasi serta kepimpinan sering diketepikan maka terjadilah Syarikat yang mengalami kerugian RM12 juta seperti KUBTis dibawah pimpinan orang yang di banggakan oleh Hassan Harun. Apa jadi dengan RM1 juta yang diberi oleh Ting Peck King pada KUBTrus (dahulunya Shoppe De Kub) dan apa dah jadi pada 'downline' KUBTrus (syarikat jualan langsung) yang dengar khabarnya diubah-ubah kepada kenalan tertentu setelah orang kuat Hassan Harun mengambilalih pengurusan baru. Lebih tenat lagi KUB Realty yang bossnya kini di siasat dalaman setelah lebih 5 tahun menerajuinya telah membina sebuah banglo bernilai lebih RM1 juta. Komisyen tu biasalah tapi mana lojiknya kalau nak buat satu pintu dan beberapa anak tangga di KUB.com kosnya mencecah RM16 ribu. Beliau juga pandai-pandai sedang merundingkan penjualan tanah KUB di Padang Matsirat Langkawi kepada EMKAY Group. Agenda politik untuk kepentingan diri sendiri juga menjadikan agenda memajukan Syarikat kurang diberi perhatian. Cuba tanya Hassan Harun berapa juta ringggit di habiskan untuk kempen menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Wang tunai agak sukar dijadikan bukti tapi yang pasti seluruh tenaga kerja serta kemudahan yand ada di KUB dikerah semasa kempen untuk MKT baginya. Dua buah bilek Suite di Hotel Singgahsana dijadikan bilek gerakan khas lengkap dengan kakitangan serta komputer untuk memantau setiap individu perwakilan yang akan mengundi ke MKT. Pemandu syarikat dan anak-anak syarikat dikerah mengunakan kenderaan syarikat meraikan semua perwakilan yang dikenal pasti untuk diraikan. Sedar tak sedar barisan Ahli MKT UMNO yang menang bukannya dilantik dari akar umbi tapi siapa yang punya kedudukan dan wang seperti Hassan Harun yang dia kalah di Bahagiannya sendiri di Kubang Kerian tapi menang di MKT. Di bangunan KUB.com sendiri ditubuhkan cawangan UMNO yang kononnya nak menarik lebih ramai intelektual melayu menyertai UMNO. Atas arahan Hassan Harun Lebih RM1 juta di belanjakan untuk membiayai kos mencetak buku edisi Khas KELANTAN sempena pilihanraya umum 1999 yang antara kandungannya mencerca serta menidakkan kepimpinan kerajaan negeri Hassan Harun sendiri. Penerbit buku berkenaan kini jadi Pengurus Besar Perhubungan Korporat di KUB yang kerjanya tidak lain dari mengekor Hassan ke hulu ke hilir pasal hal politik tanpa menyumbang apa-apa sebagai jawatan yang sepatutnya di KUB. Siri kepincangan kroni dan korporat milik UMNO oleh orang UMNO sendiri ini akan disambung.
.................
Diterbitkan oleh : |