SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Mengulas artikal Islam, Imperialisme dan Perjuanganasskm wbt....saya petik beberapa baris artikel sebagai rujukan...tak berniat nak menunjuk pandai tapi rasa saya artikel ini lebih banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan...wallahhualam.... "Sebagai reaksi kepada krisis-krisis seperti ini, Islamisme telah bangkit sebagai kuasa untuk menentang imperialisme, biarpun kemungkinan FIS merampas kuasa di Maghribi mahupun kejayaan PAS di beberapa negeri di Malaysia" - setahu saya PAS telah berkuasa sebelum lagi tragedi 9112001 "Dalam usaha mengkaji mana-mana ideologi sebagai agama, ia adalah penting untuk memahami bahawa walaupun pertubuhan-pertubuhan dan idea-idea keagamaan memainkan peranan dalam sejarah, ini tidak berlaku secara asing daripada realiti materialis. Dalam erti kata lain, agama mesti difahami dari perspektif materialis yang memahami kelas dan perkembangan kapitalisme serta imperialisme." - Islam bukan ideologi, Islam is the way of Life. Ideologi ialah seperti yang tuan sebut kapitalisme,imperialisme, komunis yang lahir dari hasil pemikiran manusia yang di "jadikan" olih Allah swt. Karl Marx, Susan George atau Freiderich Engels adalah berbangsa kafir mereka bukan ulamak yang berugama Islam. Islam adalah agama yang di turunkan olih Allah swt melalui perantaraan nabi-nabi dan rasul. Apa besarnya pemikiran atau pendapat mereka terhadap Islam???kenapa perlu mereka dikagumi??? "Dalam erti kata lain, agama mesti difahami dari perspektif materialis yang memahami kelas dan perkembangan kapitalisme serta imperialisme." - Saya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan artikel ini!!! seperti kenyataan diatas. Knapa agama mesti di fahami mengikut klas serta ideologi manusia ciptaan Allah swt???Dimanakah akidah kita jika kita menyoal apa yang telah di tetapkan olih Allah swt???Di mana syahadah kita bila kita mempertikaikan agama kita dengan menyamakan ideologi dengan agama kita??? Saya tak ingin nak memanjangkan lagi perdebatan ini kerana dari artikel tuan ini jelas tuan telah banyak menkaji namun saya meluahkan apa yang saya tahu sahaja. Maaf jika "thinking level" saya tak sama dengan penulis namun saya rasa ada hikmah di sebalik pemberian dari Allah swt itu. Janganlah kita "ternoda" atau terasa kekurangan sekiranya kita kagum dengan hasil penulisan ini, kerana ini semua adalah salah satu cara lagi untuk mengelirukan pemikiran kita. Tak perlu kita berhujah panjang sekiranya kita yakin dengan apa yang kita ada. Penulis artikel ini juga mengemukakan hujah yang tidak berlandaskan sunnah dan Al-Quran, jadi artikel seperti ini tidak harus mendapat perhatian. wassalam
Diterbitkan oleh : |