Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

SAMPAI BILA POLIS NAK BERMAHARAJALELA

JAMIL BIN ISMAIL REFOMIS JK
CHERAS KUALA LUMPUR

SDR /SDRI PEMBACA ASSALAMUALAIKUM

Apabila kita berkata polis , bermacam perasaan yang akan timbul , setelah menjadi kesekian lamanya bila perkataan Polis keluar ada yang takut , ingin tahu , bertanya . inji kerana apa , kerana sekian lamanya kita di serapkan mesti takut kepada polis, tak kira kita bersalah atau tidak , tugas polis yang sebenarnya menjaga keaamanan dan kemakmuran , bukan tugas mereka menakutkan rakyat , perasaan takut kerana berbagai-bagai perkara , kepada yang melakukan kesalahan sudah semestinya perasaan takut timbul , tetapi kepada yang tidak melakukan kesalahan perasaan takut itu timbul kerana dah menjadi lumrah polis di malaysia suka mencari kesalahan orang , takut ditangkap , disaman , dan juga takut wang dalam kocek kosong , kepada orang cina mereka memang tak perlu risau , keluarkan saja not rm 50 sattle , ini bukan tuduhan tetapi budak sekolah pun dah tahu. tak payah lah menepis lagi , saya suka berkawan dengan orang cina memang dari kecil lagi , sebab itu wakaupun saya tak sekolah cina saya boleh sedikit-sedikit berbahasa cina , yang kuat merasuah dan mengajar polis menerima rasuah adalah cina, kadang-kadang sebelum kita memandu kereta atau menunggang motosikal kita telah memastikan semuanya lengkat , tetapi apabila melalui sekatan jalan raya pasti ada yang tidak kena terutamanya penunggang motosikal lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang motosikalnya canggih , tetapi hanya kepada penunggang motosikal berkuasa rendah sahaja , kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi seperti HONDA GOLDWING , HARLY DAVISON , BMW DLL pihak polis tak akan berani menahanya kerana kebanyakan orang-orang yang membeli motosikal ini adalah anak-anak raja, anak menteri , tokoh koperat yang rapat dengan mahahaprak atau anak-anak nya , atau juga pengampu-pengampu dan pencacai-pencacai umno puaka. kadang-kadang kesian juga kepada penunggang-penunggang motosikal kecil terutamanya kepada yang berkerja sebagai dispatch , dahla gaji kecil kalau road block ada sahaja yang tak kena , kalau biar disaman ratusan ringgit , kalau bawar rasuah alamatnya shortlah bulan tersebut. alasanya macam-macamlah seperti lampu tak dipasang pada siang harilah , plate tak ikut peraturanlah , bunyi bising lah tetapi bila yang pakai harly davison bunyi macam nak pecah gegendang telinga polis buat tak dengar.itu semua perangai polis traffik.dan polis-polis daerah.

Kalau polis biasa pula suka menahan perkerja-pekerja asing , saya juga bercampur dengan banyak pekerja-pekerja asing seperti bangladesh dan indonesia , bermacam-macam cerita yang saya dengan , pekerja asing tahu kalau ditangkap maka duduk di penjara dahulu baru di hantar balik. apa nak buat , dimana nak mengadu melainkan ikut sajalah , datang dari jauh cari rezeki di bumi ALLAH S.W.T , ada simpanan sikit bila polis tahan jawapnya habislah duit simpanan tersebut , malah ada yang kalau tak ada semasa ditahan , alamat diambil atau pasport dipegang , malam hari selepas berkerja polis-polis tersebut akan datang collect di rumah , malah ada yang tiap-tiap bulan dah menjadi kewajipan terpaksa membayar macam sewa rumah pula, terutamanyan mereka-mereka yang tidak mempunyai permit. bukan saya setuju pendatang yang tak mempunyai permit tinggal dinegara kita ini tetapi jika mereka tak ada permit tangkap dan hantar pulang itu sahaja , jangan dok memeras mereka . yang selalu kena pekerja bangladesh dan indonesia . pasal kalau tanya saya antara polis dan pekerja bangladesh atau indonesia cakap siapa yang saya percaya , jawapanya saya katakan pendatang-pendatang ini, kenapa saya lihat kebanyakan pendatang-pendatang ini bersembahyang dan tahu hal-hal agama , mereka tahu dosa dan pahala , mereka tak tahu selok-belok menipu untuk hidup . bermacam-macam kes yang kita dengar tentang polis , polis merompak , polis makan rasuah , polis memeras , polis membunuh , kalau seseorang itu ditangkap ,bagaimanakah cara polis nak membuat seseorang itu mengakau melainkan menyiksa tahanan tersebut , menurut cerita-cerita dan saya sendiri pernah lihat tak perlulah saya ceritakan di mana antara cara mereka polis-polis menyiksa tahanan untuk mendapatkan jawapan ialah TAPAK KAKI DIPUKUL DENGAN TALI PINGGANG , PERUT DI PUKUL DENGAN BERLAPIKKAN BUKU TELEFON AGAR TIDAK KELIHATAN BENGKAK , KUKU DITARIK DENGAN PLAYAR , DISURUH BERDIRI SATU KAKI BERJAM-JAM , DISURUH BERTELANJANG BERJAM-JAM , KETUK KETAMPI BERATUS KALI ,DIJANJIKAN SESUATU PERKARA YANG TIDAK AKAN DIKOTAKAN , DIPAKSA , PUMPING DLL ,YANG SAYA MUNGKIN TAK TAHU. sebab itu orang takut ditahan di lokap . kalau tidak kita fikir macamana polis malaysia boleh mendapatkan jawapan sesuatu kes dengan senang .

Kalau polis-polis besar pula makannya lagi besar , mereka-mereka ini berkawan-dengan taukeh-taukeh besar , tempat-tempat mereka pergi selalunya kelab-kelab , karaoke besar , , saya pernah membongkar seorang yang berpangkat asp dari bukit aman yang tinggal di jalan haji salleh kelang , berapa sangat gaji asp sehinggakan boleh mempunyai rumah teres dua tingkat yang dah di upgrade atu ditokok tambah , motosikal berkuasa tinggi dan yang lebih memeranjat lagi mempunyai hampir ( 6 ) biji kereta . wow kalau macam ni tentu ramai yang nak jadi polis .kalau tak kerana rasuah mana beliau dapat. kalau mereka dapat mengampu-mengampu pemimpin-pemimpin umno puaka lagi mereka besar kepala , apa sahaja yang pemimpin umno puaka buat semuanya betul .kerana apa meraka tahu antara mereka dan pemimpin-pemimpin umno sama sahaja semuanya nya kaki rasuah , mereka peduli apa tentang undang-undang lagi, yang penting mereka dan keluarga mereka dapat makan duit haram cukuplah , asalkan di dunia ini mereka dapat kemewahan cukuplah , lihat contoh bekas bapak barua negara HANNIF OMAR kerana menerima gaji hampir 40 juta setahun dari genting berhad sebuah syarikat perjudian sanggup mengeluarkan kenyataan yang beliau tak pernah menjumpai ayat-ayat dalam alquran yang mengatakan judi itu haram . bekas ketua polis negara , bekas orang menguatkuasa undang-undang negara malaysia sekarang menjadi pengerusi sebuah syarikat perjudian terbesar di malaysia. inilah dia malaysia boleh ,

kalau ada laporan polis terhadap mana-mana pemimpin pembangkang bergitu cekap mereka berkerja , tak sampai sehari dah boleh mendakwa orang tersebut walaupun tiada bukti-bukti kukuh , kita lihatlah sdr ezam dan rakan-rakan , pemimpin-pemimpin DAP , pemimpin-pemimpin PAS , pemimpin-pemimpin keADILan , dan juga kes ustaz buyamin sekejap sahaja kes-kes tersebut boleh dibawa ke mahkamah , kalau laporan terhadap pemimpin-pemimpin barisan DACING BAGDAD TERUTAMANYA PEMIMPIN UMNO PUAKA walaupun berserta dengan bukti-bukti kukuh alamatnya laporan tersebut kedalam tong sampahlah jawapnya , lihatlah laporan polis SDR EZAM terhadap SI ANJING RAHIM TAMBY CHIK DAN BETINA JALANG RAFIDAH AZIZ yang kena tangkap bukan nya orang yang di lapur tetapi menjadi sebaliknya orang yang melapur ditangkap. sebab itu undang-undang dimalaysia dipanggil ( LAW OF THE JUNGLE ) . mereka tak belajar kejadian-kejadian yang terjadi di negara yang pernah melakukan apa yang pemimpin umno puaka lakukan sekarang . mereka ingat mereka lebih berkuasa dari ALLAH S.W.T , mereka fikir dengan pakaian seragam mereka dan pistol mereka , mereka boleh melakukan apa sahaja , sedarlah sedikit gaji kamu semua polis-polis ooi rakyat yang bayar . baju yang kamu pakai tu hasil dari titik peluh rakyat , kerja kamu apa berjalan kesana kemari dengan kereta peronda dan motosikal hak rakyat , duduk di office menaip , terima laporan , kehulu kehilir merayap , kalau macam ini lebih baik tak ada polis , suruh tentera sahaja yang menjaga keaamanan , tambah ambil gaji-gaji polis-polis tambah dalam gaji anggota tentera suruh mereka meronda ,kalau angota-angota FRU pula hanya membazirkan wang rakyat , dinegara ini mana ada perusuh-perusuh macam di taiwan , kerja mereka hanya bawa blantan dan perisai sahaja , kalau ada apa lagak sahaja yang lebih , dengan penyokong REFORMASI yang memang bukan jenis melanggar undang-undang mereka berani la mengamuk , dengan pekerja indonesia di nilai kecut telor macam pondan , dah la gaji polis lebih besar dari gaji tentera kerja pula senang , gaji tentera kecil tetapi terpaksa masok hutan , bertemankan ular , harimau , nyamuk , dll . saya memang dari keturunana polis , arwah bapa saya seorang pegawai polis yang mkati dalam bertugas , abang saudara saya bekas ketua polis sebuah negeri , abang saya seorang ketua polis daerah , tetapi sekarang kalau nak suruh saya hormat pada polis sorry la , lebih baik hormat tersebut saya berikan kepada anggota-anggota tentera bawahan yang berpanas-berhujan didalam hutan menjaga keamanan negara tercinta . kalau ditakdirkan negara malaysia ini bertukar pemerintahan patutnya polis-polis yang pernah melanggar undang-undang negara disebat 100 rotan seorang , baru mereka akan sedar lain kali tugas mereka menegakan undang-undang jadi tegakan undang-undang , undang -undang tak kira siapa , pangkat dan kedudukan , walaupaun angota polis bawahan mempunyai kuasa menegakan undang-undang , dan mempunyai kuasa menangkap siapa sahaja yang melakukan tak kira siapa walaupun ketua sendiri , bukanya takut periuk nasi hilang , takut dibuang kerja , takut di hantar ke pendalaman , takut tak naik pangkat , biar pangkat tak naik di dunia ini tetapi mempunyai pangkat yang tinggi di akhirat nanti , insyaallah ,SAYA SERTAKAN BEBERAPA RANGKAP PANTUN UNTUK POLIS

AKAR NIBUNG MERESAP
AKAR MATI DALAM PERAHU
TERBAKAR KAMPUNG KELIHATAN ASAP
TERBAKAR HATI SIAPA YANG TAHU

TUDUNG PERIUK SI TUDUNG SAJI
TUDUNG DI LETAK DI ATAS PARA
PERBUATAN RAHIM NOOR AMATLAH KEJI
BIAR DIA RASA DUA BULAN PENJARA

BUAT BAIK BERPADA-PADA
BUAT JAHAT JANGAN SEKALI
MASA BERKUASA MENABIK DADA
PABILA JATUH PENGSAN DUA KALI

RAMAI RAKYAT BERDEMONSTRASI
BERJALAN KAKI BERPIJAK TUMIT
KALAU SUNGGUH AMALAN DEMOKRASI
MENGAPA CERAMAH TAK DI BERI PERMIT

LAIN DULU LAIN SEKARANG
KAIN BATIK BUATAN TANGAN
PAKAI KAIN DISURUH TELANJANG
KETIKA DISOAL DALAM TAHANAN

MATI SEMUT KERANA GULA
MATI KATAK KERANA PAYA
LU GILA KA GUA GILA
BELASAH TAHANAN TAK BERDAYA

BURUNG GAGAK BURUNG PEKAKA
TERBANG BERMALAM DI TANJUNG JARA
CUBA JAWAB DAN CUBA TEKA
NAMA BEKAS KPN YANG DIPENJARA

Akhir kata yang baik moga dari ALLAH S.W.T jua hendaknya , yang tidak bai mungkin dari saya secara tidak sengaja .

SAYA YANG BENAR

JAMIL BIN ISMAIL REFOMIS JK
CHERAS KUALA LUMPUR







______________________
Terbitan : 21 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com