Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Jom Jihad

--------------------------------------------------------------------------------
hamba Allah wrote: Jihad di dalam al-Qur'an dan Sunnah Oleh SHEIKH ABDULLAH BIN MUHAMMAD HUMAID Imam Masjidil Haram Makkah al-Mukarramah
---------------------------------------------------------

Diterbitkan oleh:

Maktaba Dar-us-Salam Penerbit dan Pengedar P. 0. Box 21441, Riyadh 11475 Tel. 4033962? Fax: 4021659 Kerajaan Arab Saudi

---------------------------------------------------------

Nota Penerbit

Selepas pengakuan bahawa Tuhan itu Maha Esa dan Muhammad itu Pesuruh Allah, dengan iman yang teguh dan benar, seseorang itu perlu mengerjakan ibadah yang diwajibkan dalam Islam. Antaranya adalah mengerjakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan mengerjakan Haji di Makkah. Selain daripada ibadah ini, seorang muslim diwajibkan untuk meninggalkan perbuatan jahat dan berbuat baik, supaya dia dapat mencapai kejayaan di akhirat (kehidupan selepas mati) dan dunia.

Tetapi, merujuk kepada ganjaran pahala dan rahmat, ada satu amal yang besar ganjarannya jika dibandingkan dengan semua ibadah dan perbuatan baik-dan itu adalah Jihad!

Jihad dinyatakan sebagai yang terbaik, yang seseorang boleh menyertainya dengan sukarela. Ia lebih utama dari sunat sembahyang, puasa, Zakat, Umrah dan Haji seperti yang dinyatakan dalam al-Qur'an dan Hadis Rasullullah SAW. Kebaikan Jihad adalah besar dan merangkumi semua aspek, manakala kesannya adalah tersebar jauh dan luas merujuk kepada Islam dan orang Muslim. Untuk seorang muslim pula, Jihad termasuk semua aspek ibadah dan iman-maka dijanjikan ganjaran terbesar dan rahmat; dan untuk negara Islam, Jihad menyediakan semua jenis kejayaan dari segi kemakmuran dan maruah, kemenangan dan kemuliaan-maka membawa kepada keajaiban.

Dalam artikel ini, Sheikh 'Abdullah bin Muhammad bin Humaid, bekas Ketua Qadi Arab Saudi, mempersembahkan Jihad dalam al-Qur'an and Sunnah. Belum pernah artikel seperti ini dilihat, menggambarkan Jihad menurut maknanya yang sebenar-sungguh menyentuh hati dan perasaan! Semoga Allah merahmati beliau sepanjang zaman.

Dr. Muhammad Muhsin Khan, penterjemah al-Qur'an dan Sahih Al? Bukhari ke bahasa Inggeris, telah menterjemahkan artikel ini daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris dengan semua maksud dan perasaannya. Semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik daripada ganjaran-Nya.

Kami menerbitkan artikel ini dan mensyorkan semua Muslim untuk tidak sahaja membacanya sendiri tetapi untuk menyampaikannya kepada semua saudara se-Islam yang dikenali.

Semoga Allah melimpahkan Rahmat-Nya kepada kita semua-Ameen !

Abdul Malik Mujahid Pengurus Besar

---------------------------------------------------------

JIHAD DI DALAM AL-QUR'AN DAN SUNNAH

---------------------------------------------------------

Segala pujian kepada Allah SWT yang telah mewajibkan Al-Jihad (berperang di Jalan Allah):

1. Dengan hati (niat atau perasaan),

2. Dengan lidah (ucapan, dll., di Jalan Allah)

3. Dengan tangan (senjata, dll.)

Allah telah memberi ganjaran kepada sesiapa yang melaksanakannya dengan mahligai di dalam Taman (Syurga).

Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan (manusia/ ideologi komunis/ demokrasi) yang layak disembah melainkan Allah (SWT) sahaja dan Dia tiada sekutu (dengan-Nya/ agama-Nya/ sistem pepemerintahan khilafah-Nya). Saya juga bersaksi bahawa Muhammad SAW adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, yang telah dihantar oleh Allah sebagai rahmat bagi seluruh 'Alameen (manusia dan jin); yang telah diarahkan oleh Allah (SWT) untuk memerangi Al? Mushrikun[l] (dan siapa yang menyekutukan Allah). Baginda berperang di Jalan Allah dengan semua kuasa dan upaya-semoga Kesejahteraan dan Rahmat Allah di atasnya, kepada pengikut-pengikutnya dan sahabat-sahabatnya yang beriman (mempercayainya), dan memuliakan serta menolongnya dan mengikut jalan yang lurus (al-Qur'an) dan As-Sunnahnya (cara yang sah, arahan, perbuatan ibadah, perkataan Rasul-Nya, dll.) yang telah diwahyukan kepadanya... Kepada sesiapa yang berhijrah dan berperang di Jalan Allah dengan harta dan nyawa mereka, merekalah tuan dan penakluk yang agung.

[1l Al-Mushrikun (polytheist, penyembah berhala, pendosa, dan engkar kepada Allah yang Maha Esa dan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul-Nya).

Telah diketahui dengan jelas bagaimana Rasullullah SAW berperang dengan Al? Mushrikun (dan sesiapa yang menyekutukan Allah SWT) kerana Allah, yang Maha Mulia, Maha Agung mengutusnya dan memuliakannya dengan pangkat kenabian sehinggalah Allah mematikan baginda dan memilih untuknya yang berada di sisi-Nya (Syurga dan segala yang baik).

Rasullullah SAW selalu melawat kaumnya di perhimpunan mereka semasa musim Haji dan Umrah dan hari lainnya. Baginda pergi ke pasar, membacakan al-Qur'an, mengajak mereka kepada Allah, yang Maha Mulia, yang Maha Agung. Baginda berkata, "Siapakah yang akan memberikan saya perlindungan, dan siapakah yang akan menyokong saya menyampaikan Ayat-ayat dari Tuhanku (Allah) maka untuknya Syurga." Tetapi baginda tidak menjumpai seorang pun yang menyokongnya dan memberi perlindungan kepadanya.

Baginda membawa kebenaran Islam dan mengajak manusia kepada menyembah Allah Ta'ala?(agama Islam) dan meneruskan pelawaan ini selama 13 tahun walaupun merbahaya dan dicederakan (yang dialaminya), dan baginda memaafkan orang-orang yang tidak mengetahui... supaya Bukti dari Allah diketahui oleh mereka (orang-orang kafir) dan Janji-Nya dipenuhi terhadap mereka (orang kafir) seperti dalam firman-Nya:

"Dan Kami tidak mengazab mereka sebelum Kami mengutus Pemberi Ingatan (untuk memberi ingatan)". (V. 17:105).

Mereka terus dengan kedegilan mereka, dan mereka tidak mengambil iktibar daripada bukti yang nyata. Kaum Quraish terus menindas dan menyakiti semua orang yang mengikut baginda (Muhammad SAW) dari puaknya sendiri, menyiksa mereka untuk menjauhkan mereka daripada agama mereka (Islam), sehinggakan mereka diusir daripada tanahair mereka sendiri, sebahagian melarikan diri ke Habsyah (Ethiopia), sebahagian ke Al? Madina (Al? Munawwara) dan sebahagian kekal sabar (di Makkah) walaupun penyiksaan yang mereka alami; dengan dipenjara, dibiarkan kelaparan dan kehausan, dan disiksa (dengan teruk).. sehinggakan sesetengah daripada mereka tidak boleh duduk dengan tegak kesan daripada penyiksaan itu.

Mereka telah mengikat tali pada leher Bilal (semoga Allah merahmatinya) dan memberi hujung tali itu kepada tangan budak-budak nakal untuk bermain dan menyeretnya melalui lorong-lorong di Makkah... Dan apa yang berlaku terhadap keluarga Yasir adalah siksaan yang tidak boleh ditahan oleh manusia biasa.

Orang-orang Quraish turut menyakiti Rasullullah SAW, mereka mengepung baginda di Ash-Shi'b, pernah sekali 'Uqbah bin Abi Mu'ait cuba mencekiknya dan terus melilit pakaian Rasullullah SAW ke lehernya sehingga mata Rasulullah SAW terbeliak, dan Abu? Bakr RA menerkam 'Uqbah dan membebaskannya dan berkata, "Adakah anda akan membunuh seorang lelaki kerana dia berkata: Tuhanku adalah Allah Ta'ala?"

Abu Jahl turut mencuba membunuh Rasullullah SAW tatkala baginda sedang sujud di Al? Masjid? al? Haram, dia membawa batu besar untuk menghempaskannya ke kepala Rasullullah SAW. Tetapi dia (Abu Jahl) telah lari ketakutan dengan berkata: "Aku telah dihalang (mendekati) dari Muhammad SAW oleh seekor unta jantan yang mencuba untuk menelan aku."

Dan apabila Allah, yang Maha Pengasih, berkehendak untuk menyebarkan agama-Nya (Islam) dan memenuhi janji-Nya dan memberi kemenangan kepada Rasul-Nya, yang Maha Besar telah memerintahkan baginda berhijrah ke Al? Madina. Jadi baginda telah berhijrah dan Allah telah menyokongnya dengan kemenangan-Nya dan hamba-Nya, orang-orang yang beriman-unit tentera Islam yang terdiri daripada pelbagai kaum (berkulit hitam, putih dan merah). Mereka berjuang dengan sedaya upaya untuknya, dan menyukai cinta baginda melebihi ayah (mereka), anak dan isteri.

Muhammad SAW, adalah lebih dekat lagi dengan mereka (orang-orang yang beriman) daripada diri mereka sendiri. Orang Arab (kafir) dan Yahudi telah membentuk barisan yang bersatu terhadap mereka (Muhammad SAW dan pengikutnya) dan telah berusaha memusuhi, menghalang dan memerangi mereka... dan juga menyerbu mereka dari setiap arah. Kemudian, pada masa itu, Allah telah membenarkan mereka (Muhammad SAW dan pengikutnya) untuk berperang (Jihad) tetapi Dia tidak menjadikannya suatu kewajiban. Dia berfirman:

"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Berkuasa memberi kemenangan."

"(Iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: "Tuhan kami adalah Allah". (V. 22:39,40).

Ayat di atas menyatakan dengan jelas bahawa Dia (Allah) Maha Berkuasa memberi kemenangan kepada hamba-Nya (Mukmin) tanpa berperang, tetapi Allah mahu dari hamba-Nya kepatuhan dengan sedaya upaya. Seperti dalam firman-Nya:

"Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka pancunglah leher-leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berhenti. Demikianlah, [kamu diarahkan oleh Allah untuk terus memerangi orang-orang kafir sehinggalah mereka masuk Islam (diselamatkan daripada siksaan neraka) atau kekal kafir tetapi berada dalam perlindungan kamu (orang beriman)] jika Allah menghendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka (tanpa kamu) tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang mati pada Jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka."

"Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka."

"Dan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah diwariskan-Nya kepada mereka (mereka lebih kenal rumah di Syurga dari rumah sendiri di dunia)." (V. 47:4,5,6).

Kemudian Dia telah mewajibkan "perang" (Jihad) terhadap semua yang memerangi kamu (Muslim); tidak terhadap mereka yang tidak memerangi kamu. Jadi Allah berfirman:

"Dan berperanglah di Jalan Allah terhadap orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." (V. 2:19O).

Kemudian Allah SWT mewahyukan dalam Surah Taubah (Bara 'a) arahan untuk membuang segala perjanjian dan diperintahkan kepada kaum muslimin untuk memerangi golongan Mushrikun dan juga ahli kitab (Nasrani dan Yahudi) sekiranya mereka tidak mahu masuk Islam, sehinggalah mereka membayar Jizyah (cukai yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang tidak masuk Islam dan berada di dalam perlindungan kerajaan Islam) dengan rasa rela hati dan rendah diri (seperti dalam ayat 9:29). Allah berfirman:

"Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada Hari Kemudian dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yagn benar (agama Islam), (iaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk". (V. 9:29)

Jadi mereka (Muslim) tidak dibenarkan untuk meninggalkan "peperangan" terhadap mereka (penyembah berhala, Yahudi dan Nasrani) dan berbaik-baik dengan mereka serta menangguhkan permusuhan dengan mereka dalam jangka masa yang lama pada ketika mereka (Muslim) dalam keadaan yang kuat dan berupaya untuk memerangi mereka (orang bukan Islam yang tidak tunduk kepada kerajaan Islam).

Seperti yang sudah dijelaskan, pada mulanya "perang" tidak dibenarkan, kemudian dibenarkan dan selepas itu ia telah diwajibkan- (I) terhadap mereka yang memulakan "perang" terhadap orang Islam... (2) dan terhadap mereka yang menyembah selain daripada Allah... dinyatakan dalam Surah Al? Baqarah (II), Al? lmran (III) and At-Taubah (IX)... dan Surah yang lain (Bab dalam al-Qur'an). Allah (SWT) telah menjadikan "perang" (Jihad) wajib kepada orang Muslim dan memberi keutamaan kepada subjek ini-perihal Jihad dalam semua Surah (Bab dalam al-Qur'an) yagn telah diturunkan (di Al? Madina) seperti dalam firman-Nya:

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan (sihat, muda dan kaya) atau berat (sakit, tua dan miskin), dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di Jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui". (V. 9:41)

Dan Dia berfirman:

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah suatu kebencian bagi kamu. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah yang Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". (V. 2:216)

"Peperangan" walaupun secara semulajadi tidak disukai oleh manusia kerana kemungkinan, untuk dibunuh, atau ditawan sebagai orang tawanan, atau tercedera, dengan penggunaan kekayaan, kerosakan industri, kemusnahan negara, perasaan takut dan kecut dalam jiwa dan (kemungkinan) diusir daripada tanahair sendiri, Allah telah menyediakan ganjaran baik yang besar yang tidak boleh dibayangkan oleh manusia.

'Ikrima (seorang ulama') berkata: Pada mulanya orang Muslim tidak menyukainya (Jihad), tetapi kemudian mereka menyukainya dan berkata: "Kami dengar dan kami taat". Dan ini disebabkan patuh kepada perintah perang bermakna kesusahan, tetapi sekiranya ganjarannya diketahui ia bermakna membandingkan kesusahan dengan ganjarannya.

Ayat-ayat dalam al-Qur'an dan As-Sunnah (perbuatan Rasullullah SAW, perintahnya dll.) telah menggalakkan dengan bersungguh-sungguh untuk Jihad dan menjelaskan dengan terang ganjarannya, dan memuji sesiapa yang melaksanakan Jihad (berperang pada Jalan Allah) dan menerangkan kepada mereka pelbagai kemuliaan yang akan mereka terima daripada Tuhan mereka (Allah SWT). Ini kerana mereka-Mujahidin adalah tentera Allah. Allah (SWT) akan mengukuhkan agama-Nya (Islam), dengan mereka (Mujahidin). Dia akan memusnahkan kekuatan musuh-Nya, dan dengan mereka Dia akan melindungi Islam dan menjaganya dengan selamat.

Dan merekalah (Mujahidin), yang berperang dengan musuh-musuh Allah supaya manusia menyembah-Nya (Maha Esa Diri-Nya dan tidak benda lain) dan Kalimah Allah (SWT) (Cth. Tiada siapa yang layak disembah melainkan Allah (SWT) dan agama-Nya adalah Islam) menjadi lebih tinggi daripada agama atau ideologi ciptaan manusia yang lain (komunis, demokrasi, kapitalis, sosialis dll.). Allah menjadikan mereka (Mujahidin) sebagai rakan kongsi bersama-sama dengan semua yang menjaga agama Islam dengan senjata, dan amal-amal baik yang dikerjakan walaupun ketika sedang tidur di rumah.

Dan Penguasa makhluk (Allah) telah meletakkan sesiapa yang berusaha untuk melaksanakan sesuatu sama tarafnya dengan pelaksananya, dari segi ganjaran-Nya (untuk amal baik) dan siksaan-Nya (untuk amal jahat). Maka orang yang mengajak kepada perkara baik dan orang yang mengajak kepada perkara jahat kedua-dua mereka akan mendapat pembalasan (baik atau jahat) sama dengan pembalasan si pembuat amal itu.

Dan mencukupilah firman Allah dalam hal ini:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?" (V. 61: 10)

Selepas ayat ini diturunkan jiwa orang-orang beriman telah dipenuhi dengan keinginan terhadap perniagaan yang menguntungkan dengan Allah (SWT), Tuhan kepada 'Alameen (manusia, jin dan semua yang wujud), yang Maha Mengetahui, yang Maha Bijaksana yang telah menunjukkan jalan yang benar. Allah (SWT) berfirman:

"(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di Jalan Allah dengan harta dan jiwamu..." (V. 61:11 )

Allah (SWT) berfirman seterusnya:

"Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya." (V. 61:11 )

i. e. Jihad (berperang di Jalan Allah) itu lebih baik bagi kamu daripada tinggal (duduk di rumah).

Berkenaan dengan ganjaran-Nya Allah berfirman:

"Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn-Itulah keberuntungan yang besar." (V. 61:12).

Jadi seperti mereka (jiwa manusia) berkata (berkenaan dengan ayat di atas): "Ini adalah untuk kami di Akhirat dan tiadalah untuk kami dunia ini." Kemudian Allah SWT berfirman:

"Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman" (V. 61:13)

Subhana-Allah (Sungguh menakjubkan)! Sungguh menarik ayat ini (Kalimah Allah) dan bagaimana ia memberi kesan kepada hati manusia. Sungguh besar tarikan untuk mereka dan bagaimana ia menunjuk jalan kepada Tuhan mereka (Allah SWT). Sungguh menyenangkan untuk setiap hati yang menyintai kebaikan. Sungguh besar kepuasan dan hidup bergembira apabila kita dapat memahami maksudnya. Kami memohon kepada Allah Ta'ala untuk merahmati kita dengan Rahmat-Nya.

Dan Allah berfirman:

"Apakah (orang-orang) yang memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan menguruskan Al? Masjid? al? Haram (di Makkah), kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian serta berjihad di Jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah: dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim." (V. 9:19).

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di Jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah: dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." (V. 9:20)

"Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhaan dan Syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal," (V. 9:21)

"Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar." (V. 9:22)

Dalam firman Allah (SWT) yang Maha Besar, Maha Suci Allah daripada apa yang manusia sekutukan, memberitahu bahawa orang-orang yang menjaga Al? Masjidal? Haram [(di Makkah dan sembahyang di situ bersamaan dengan 100,000 sembahyang di tempat lain!) dan menjaga masjid bermakna membuat I'tikaf di dalamnya, Tawaf mengelilingi Ka'bah, dan Sembahyang di dalamnya, dll.] yang dinyatakan di dalam ayat di atas-dan mereka yang memberi minum jemaah Haji adalah tidak sama dengan mereka yang Jihad di Jalan Allah. Allah (SWT) memberitahu bahawa orang yang beriman yang berperang di Jalan Allah adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dan merekalah yang akan mencapai kejayaan.

Dan merekalah yang telah menerima khabar gembira dengan: (I) Rahmat-Nya, (2) Keredhaan-Nya, (3) dan Taman (Syurga).

Maka Allah menafikan kesamaan di antara Mujahidin (mereka yang berperang di Jalan Allah) dan orang-orang yang menjaga Al? Masjidal? Haram (di Makkah) bersama dengan pelbagai ibadah, walaupun Dia memuji orang-orang ini yang menjaga masjid dalam firman-Nya:

"Masjid-masjid Allah hanyalah dijaga oleh mereka yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Kemudian, mengerjakan Iqamat? as? Solat, memberi Zakat dan tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah. Mudah-mudahan mereka akan berada di jalan yang lurus." (V. 9:18).

Jadi merekalah yang dipanggil oleh Allah (SWT) "penjaga masjid"-Dan walaupun selepas dipuji, tetap mereka yang berjihad lebih tinggi darjatnya daripada mereka (penjaga masjid) di hadapan Allah (SWT).

Allah (SWT) berfirman:

" Tidak dapat disamakan orang yang beriman yang tinggal (tidak dapat berjuang) kecuali yang uzur (oleh kecederaan, atau buta, atau tempang, dll.), dengan mereka yang berjuang untuk menegakkan agama Allah dengan harta dan jiwa mereka. Allah (SWT) telah melebihkan mereka yang berjihad dan berperang dengan harta dan jiwa mereka atas mereka yang duduk (di rumah kerana uzur) itu satu darjat, dan masing-masing Allah menjanjikan kebaikan, tetapi Allah melebihkan pejuang daripada yang tidak berjuang dengan tiada uzur, beberapa pahala yang besar." (V. 4:95)

"Dan beberapa darjat-darjat, dan Pengampunan-Nya dan Rahmat-Nya, dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang." (V. 4:96).

Allah (yang Maha Kuat) menafikan kesamaan di antara orang yang beriman yang duduk (di rumah) dan tidak menyertai Jihad-dan para Mujahidin (yang berperang di Jalan Allah),-Kemudian Dia menyebut keutamaan para Mujahidin di atas mereka (orang yang beriman) yang duduk (di rumah kerana uzur) dengan satu darjat dan kemudian menyebut keutamaan mereka (Mujahidin) di atas mereka (orang beriman yang duduk tanpa uzur) dengan beberapa darjat-darjat (dalam suatu hadis 100 darjat). Ibn Zaid (seorang ulama' Islam) berkata: Darjat-darjat yang Allah (SWT) lebihkan terhadap para Mujahidin di atas mereka yang duduk (di rumah tanpa uzur) ada 7 dan dinyatakan dalam firman-Nya:

"... Kerana mereka tidak merasai kehausan, atau keletihan, mahupun kelaparan di Jalan Allah (SWT), mahupun mengambil langkah yang menaikkan kemarahan orang kafir dan mencederakan musuh-musuh, tetapi ditulis kepada mereka sebagai amal kebaikan. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Muhsinun." (V. 9: 120).

Ini adalah 5-kemudian Allah berfirman:

"Mahupun mereka membelanjakan sesuatu (di Jalan Allah)-kecil atau besar, atau menuruni lembah, tetapi dituliskan sebagai amal kebaikan... (V. 9:121).

Jadi ini adalah 2 dan jumlahnya menjadi 7.

Ibn Qaiyyam selepas menyatakan kenyataan Ibn Zaid berkata: Benar sekali! Sesungguhnya darjat-darjat ini dinyatakan dalam Sahih Al-Bukhari:

Diriwayatkan oleh Abu Huraira (RA), Rasullullah (SAW) bersabda,

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (SAW), mengerjakan Iqamat? as? Solat dan berpuasa (dalam bulan Ramadan), maka ia akan menjadi satu janji terhadap Allah untuk memasukkannya ke Syurga samada dia berperang di Jalan Allah atau duduk di tempat dia dilahirkan." Orang-orang berkata, "Ya Rasullullah SAW! Bolehkah kami memberitakan khabar gembira ini kepada orang ramai?" Baginda (SAW) bersabda, "Syurga ada seratus darjat yang telah disediakan oleh Allah kepada para Mujahidin yang berperang di Jalan-Nya, dan jarak di antara dua darjat seperti langit dan bumi. Jadi, apabila kamu meminta Allah (sesuatu), mintalah untuk Al? Firdaus iaitu di tengah (terbaik) dan bahagian tertinggi di Syurga." [Periwayat lain menambah, "Saya rasa Rasullullah (SAW) turut berkata, 'Di atasnya (i. e. Al? Firdaus) adalah Singgahsana yang Maha Pemurah (Allah), dan daripadanya berpunca sungai-sungai Syurga."] (Hadith No. 48, Vol. 4).

Ibn Qaiyyam berkata berkenaan firman Allah (swt):

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman jiwa dan harta mereka bahawa mereka akan diberi syurga, maka mereka berperang di Jalan Allah, dan mereka membunuh dan terbunuh. Sebagai janji Allah yang sebenar-benar dalam Taurat dan Injil dan Qur'an. Dan siapakah yang lebih benar janjinya dari Allah? Maka terimalah khabar baik atas jualan yang kamu jualkan itu, dan itulah keuntungan yang besar." (V. 9:111).

Jadi Allah (SWT) telah meletakkan Syurga pada harga jiwa dan harta orang-orang yang beriman, jika mereka mengorbankan nyawa dan harta mereka di Jalan Allah, maka mereka layak untuk mendapat hadiah (Syurga) dengan jualan yang mereka buat dengan-Nya. Dia menjamin mereka dengan beberapa jaminan-Nya:

(1) Allah memberitahu mereka (orang-orang beriman) dengan perkataan "SESUNGGUHNYA/SEBENAR-BENARNYA."

(2) Dalam keadaan janji yang telah berlaku sebelum ini, telah disahkan dan akan terus kekal seperti itu.

(3) Lebih menyakinkan lagi, Dia telah berjanji untuk menunaikan janji-Nya kerana Dia sendiri yang menawarkan-Nya kepada orang-orang beriman.

(4) Dia menyatakan bahawa Dia berjanji akan memberikan hadiah (Syurga) dan tidak sekali-kali memungkiri-Nya, atau akan mengabaikan-Nya.

(5) Ia datang dalam ayat wajib dan memberitahu hamba-Nya bahawa wajib bagi-Nya (untuk menunaikan janji).

(6) Dia mengesahkan lagi bahawa wajib bagi-Nya untuk menunaikan janji-Nya.

(7) Dia memberitahu bahawa ini (janji ini) diturunkan dalam kitab terbaik yang diturunkan dari langit (Taurat, Injil, dan al-Qur'an).

(8) Dia memberitahu mereka (orang-orang beriman) dalam perkataan pertanyaan dan penafian bahawa tiada SESIAPA yang lebih BENAR janjinya daripada Allah.

(9) Maha Suci Allah, dan yang Maha Besar memerintahkan mereka untuk bergembira dengan khabar baik berkenaan jualan ini dan memberi khabar gembira ini kepada semua orang yang menyertai jualan ini dan kekal tetap bersamanya [mereka tidak menerima alternatif lain atau melakukan sebarang perkara yang membatalkannya (jualan itu)].

(10) Dia memberitahu mereka ia adalah sebenar-benar berita yang pasti bahawa ada kejayaan yang terbesar dalam jualan yang mereka telah sertai. Dan jualan di sini bermaksud bahawa mereka membeli dengan harga (nyawa dan harta) sebagai tukaran dengan Syurga.

Dan firman-Nya:

"Jualan yang telah kamu buat". (V. 9:111)

i. e. harga yang telah kamu tukarkan dengan janji-Nya, maka Allah, yang Maha Mulia menyatakan jenis orang yang layak mendapatnya (janji-Nya) dan bukan orang yang lain (yang dinyatakan dalam firman-Nya):

"(Orang beriman yang Allah telah beli) adalah orang yang bertaubat dengan Allah (dari menyekutukan-Nya dan kemunafikan, dll.), yang menyembah-Nya, yang memuji-muji-Nya, yang mengerjakan puasa (atau keluar berjihad di Jalan Allah), yang tunduk [dalam Solat (sembahyang)], yang sujud [dalam Solat], yang mengajak (orang ramai) kepada AI? Ma'ruf (i. e. Allah Maha Esa dan yang diwajibkan dalam Islam) dan mencegah (orang ranai) daripada Al? Munkar (i. e. kufur, menyekutukan Allah dan perkara yang dilarang dalam Islam) dan yang tidak melampaui batas yang ditetapkan Allah (membuat amal baik yang disuruh dan meninggalkan amal jahat yang dilarang Allah)."

"Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman." (V. 9:112)

Dan cukuplah kecemerlangan ini-(untuk seorang Mujahid yang bakal diterima) penghormatan dan darjat yang tinggi- bersama perkara lain yang Allah (SWT) jelaskan dalan al-Qur'an: penjelasan ganjaran para Mujahidin, keadaan mereka yang mengagumkan, tersentuh hati dan perasaan mereka, keperluan untuk mengorbankan diri untuk mengajak manusia kepada Islam, untuk meletakkan dalam jiwa kekuatan dan keberanian dan menggalakkan mereka untuk maju ke hadapan dan menjadi teguh dan kukuh, dan Allah (SWT) akan mengurniakan kemenangan dan menyokong mereka dengan malaikat, seperti yang dibuktikan dalam firman Allah:

"Ingatlah ketika kamu (Muhammad SAW) berkata kepada orang-orang beriman, "Adakah tidak mencukupi untuk kamu bahawa Tuhanmu menolong dengan tiga ribu malaikat yang dihantar turun?" Benar, jika kamu bersabar dan rendah diri dan musuh kamu menyerbu kamu; Tuhanmu akan menolong dengan lima ribu malaikat yang mempunyai tanda (supaya mudah dibezakan dengan manusia). Allah menolongmu adalah untuk memberikan khabar baik bagi kamu dan menenangkan hati kamu, dan tiadalah kemenangan melainkan dari Allah yang Maha Kuat, lagi Maha Bijaksana." (V. 3:124,125,126).

"Maka janganlah menjadi lemah hati (terhadap musuhmu), atau sedih dan kamu akan menang jika kamu benar-benar orang yang beriman. Sekiranya kecederaan (dan pembunuhan) menimpa kamu, pastilah kecederaan yang serupa (dan pembunuhan) telah menimpa yang lain (orang kafir). Dan begitulah peredaran hari (baik dan tidak baik). Kami berikan kepada manusia mengikut giliran, supaya Allah dapat menguji orang yang beriman, dan supaya Dia dapat mengambil shuhadaa' dari kalangan kamu. Dan Allah tidak menyukai golongan Zalimun (menyekutukan Allah dan penjahat). Dan supaya Allah dapat menguji (atau membersihkan) orang beriman (dari dosa) dan membinasakan orang yang kafir. Adakah kamu menyangka akan masuk Syurga sebelum Allah menguji mereka yang berperang (di Jalan-Nya) dan (juga) menguji mereka yang bersabar?" (V. 3:139-142).

Dan Allah memberitahu khabar mereka yang terbunuh di Jalan-Nya. Mereka hidup dan mereka bersama Tuhan mereka dan mendapat rezeki dan muka mereka bersinar dengan khabar gembira. Allah berfirman:

"Janganlah kamu menyangka bahawa mereka yang terbunuh di Jalan Allah itu mati; Tidak! Bahkan mereka hidup di sisi Tuhan mereka dan mendapat rezeki."

"Mereka bergembira dengan apa yang telah Allah kurniakan dari Kurnia-Nya, bergembira untuk mereka yang belum lagi menyertai mereka, tetapi masih tertinggal di belakang (belum shaheed) bahawa tiada ketakutan akan datang, dan tiadalah mereka bersedih."

"Mereka bergembira dalam Rahmat-Nya dan Kurnia-Nya dari Allah bahawa sekali-kali Allah tidak akan mensia-siakan ganjaran orang yang beriman."

"Iaitu orang yang menjawab (panggilan) Allah dan Rasul-Nya (Muhammad SAW) selepas tercedera; dan mereka yang membuat amal baik dan takutkan Allah, tersedia ganjaran yang besar. (V. 3:169?172)

Dan Dia berfirman:

"Mereka yang beriman, berperang di Jalan Allah, dan mereka yang tidak beriman, berperang kerana Taghut (Syaitan etc.). Maka berperanglah kamu semua melawan kawan-kawan syaitan; memang sentiasa lemah tipu daya syaitan itu." (V. 4:76).

"Maka berperanglah (Wahai Muhammad SAW), di Jalan Allah, kamu tidak dibebani (bertanggungjawab) kecuali untuk diri sendiri, dan kobarkan semangat orang beriman (untuk mengikutmu), mudah-mudahan Allah akan mengekang kekuatan orang-orang kafir itu. Dan Allah itu Maha Kuat dan sangat keras Azab-Nya." (V. 4:84).

Dan Dia (Allah SWT) berfirman:

"Kepada sesiapa (orang beriman) yang menjual kehidupan dunia untuk kehidupan akhirat, maka berperanglah kamu di Jalan Allah; dan sesiapa yang berperang di Jalan Allah dan terbunuh atau mendapat kemenangan, Kami akan mengurniakan dia ganjaran yang besar." (V. 4:74).

Dan banyak lagi-terdapat ayat yang serupa (di dalam al-Qur'an) -selepas ini.

Berfikirlah dalam-dalam, saudaraku dalam Islam, bagaimana Allah (SWT) menggalakkan jiwa untuk meninggikan Kalimah-Nya dan melindungi yang lemah, dan menyelamatkan orang yang ditindas. Juga berfikirlah secara mendalam bagaimana Jihad itu berkait rapat dengan Solat (sembahyang) dan Saum (puasa). Adalah jelas bahawa Jihad itu serupa dengan kedua-dua mereka, dan ketiga-tiganya (Jihad, Solat dan Saum) adalah diwajibkan (oleh Allah) untuk orang yang beriman. Lihatlah bagaimana Allah menggalakkan lelaki yang pengecut untuk mencampakkan diri mereka ke medan perang, untuk menghadapi mati dengan hati yang rela dan berlari ke arahnya (Jihad) dengan penuh semangat dan kesedaran bahawa kematian itu suatu hari nanti pasti akan datang dan sekiranya mereka mati sebagai Mujahidin mereka akan dibayar ganti rugi untuk hidup mereka di dunia dengan ganti rugi yang sungguh besar dan mereka tidak akan dizalimi sedikit pun.

Jihad adalah amal yang utama dan tiada ganjaran atau rahmat yang menyamainya, dan disebabkan ini, ia adalah yang terbaik untuk seseorang menyertainya. Semua ulama' Islam zaman berzaman bersetuju bahawa Jihad itu lebih utama dari Haji and 'Umrah dan lebih utama dari Solat (sembahyang) dan Saum (puasa) sunat seperti yang dinyatakan dalam al-Qur'an dan Sunnah Rasullullah. Sungguh jelas bahawa kebaikan Jihad adalah ekstensif dan komprehensif, ia (Jihad) termasuk semua ibadah yang tersembunyi dan terbuka, dan termasuk kecintaan (yang besar) terhadap Allah (SWT) dan menunjukkan keikhlasan seseorang kepada-Nya dan kepercayaan kepada-Nya, dan menunjukkan penyerahan harta dan nyawa kepada Dia- ia (Jihad) menunjukkan kesabaran, ketaatan dan kesetiaan kepada Islam, ingatan (Zikir) kepada Allah dan pelbagai amal baik dan ibadah yang terkandung dalam Jihad dan tidak ada dalam ibadah lain.

Untuk mendapat darjat-darjat ini kita sepatutnya berlumba-lumba untuk berjihad. Adalah disahkan dalam dua buku hadis sahih. Diriwayatkan oleh Abu Huraira RA: Saya mendengar dari Rasullullah SAW bersabda,

"Demi Allah yang nyawaku berada di Tangan-Nya! Sekiranya disebabkan oleh segolongan kamu yang tidak suka ditinggalkan di belakang aku, dan yang tidak dapat aku bekalkan perbekalan, sudah pasti aku akan mengikuti setiap Sariyah (unit tentera) keluar berjihad di Jalan Allah. Demi Allah yang nyawaku berada di Tangan-Nya! Aku suka agar terbunuh di Jalan Allah dan kembali hidup dan terbunuh di Jalan Allah dan kembali hidup dan terbunuh di Jalan Allah dan kembali hidup dan terbunuh di Jalan Allah." (Sahih Al? Bukhari, Jilid 4, Hadith No. 54).

Maka Nabi SAW, dengan cara hidupnya, keteguhan imannya, keberaniannya, kesabarannya telah benar-benar menggalakkan para Mujahidin berperang di Jalan Allah.

Baginda SAW memberitahu ganjaran Jihad yang akan didapati dan yang ditangguhkan, dan bagaimana pelbagai kejahatan Allah SWT hindarkan dengannya; dan sungguh kemuliaan, kekuasaan, kehormatan dan darjat yang tinggi diperolehi dengannya (Jihad) dan baginda telah meletakkannya tertinggi di dalam Islam. Rasullullah SAW bersabda:

"Syurga ada seratus darjat dan setiap darjat jauhnya seluas langit dan bumi, dan darjat ini Allah sediakan untuk Mujahidin yang berperang di Jalan-Nya." [disebut dalam dua buku hadis sahih (Al-Bukhari dan Muslim)]. [Lihat Sahih Al? Bukhari, Jilid 4, Hadis No. 48].

Diriwayatkan dalam buku Sahih Al? Bukhari, Rasullullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang kakinya terkena debu di Jalan Allah tidak akan disentuh api neraka." (Jilid 4, Hadis No. 66).

Juga diriwayatkan dalam dua buku hadis (Al? Bukhari dan Muslim):

"Seorang lelaki berkata: "Ya Rasullullah! Tunjukkan kepada saya amal perbuatan yang menyamai Jihad di Jalan Allah?" Jawab Nabi SAW: "Kamu tidak dapat melakukannya." Lelaki itu berkata: "Beritahulah saya." Rasullullah SAW bersabda: "Dapatkah kamu jika pejuang itu keluar untuk berjihad lalu kamu masuk masjid berdiri sembahyang tidak berhenti dan berpuasa tidak makan sehingga pejuang itu kembali dari medan pertempuran?" Jawab orang itu: Tidak." "Itulah (ibadah) yang menyamai Jihad."

Serupa juga Rasullullah SAW bersabda:

1) Nyawa para shuhadaa' berada dalam burung hijau yang menetap di syurga di mana mereka sukai. (bukan di alam barzakh (kubur) sementara menunggu Hari Kiamat).

2) Semua dosa dan kesalahan diampunkan.

3) Dia boleh memberi syafaat dengan izin Allah SWT 70 orang ahli keluarganya (yang kalau tidak masuk neraka).

4) Dia terselamat daripada kedahsyatan Hari Kebangkitan.

5) Dia tidak merasa kesakitan dan kesusahan kematian.

6) Dia tidak akan takut kepada Hari Perhimpunan (Padang Mahsyar) pada Hari Kebangkitan.

7) Dia tidak akan merasa kesakitan "mati" itu melainkan seperti dicubit sahaja.

Dan lihatlah bagaimana kesakitan dan kesusahan yang tersedia untuk orang yang mati di atas katil- dan seorang yang berdiri (sembahyang) atau tidur dalam Jihad itu lebih baik dari puasa atau sembahyang tidak dalam Jihad- dan sesiapa yanag bertugas sebagai pengawal atau pengiring di Jalan Allah, matanya tidak akan menyaksikan api neraka dan sehari dalam Jihad di Jalan Allah itu lebih baik dari kekayaan dunia dan seisinya walaupun semuanya disedekahkan pada perkara baik.

Sekiranya kita sudah faham hakikat ini, maka inilah Allah (SWT) telah memperkatakan tentang mereka yang tidak ikut Rasullullah SAW ketika Perang Tabuk-mereka yang bergayut pada kesenangan dunia-mereka yang melengah-lengahkan daripada maju ke hadapan (untuk Perang Tabuk)- Seperti dalam firman-Nya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah jika dikatakan kepada kamu : "berperanglah di Jalan Allah", kamu menekan badan-badan kamu ke bumi (akibat takut mati dan cinta dunia)? Apakah kamu suka penghidupan dunia (lebih) daripada akhirat? Padahal penghidupan dunia itu berbanding akhirat, tidak lain melainkan sedikit." (V. 9:38)

Allah SWT tidak bersetuju dengan mereka yang meninggalkan Jihad (i. e. tidak pergi berjihad) dan menyatakan terdapat kemunafikan dan penyakit dalam hati mereka, dan mengancam akan mengazab mereka semua yang meninggalkan Jihad dan duduk di rumah (tanpa uzur) dengan azab yang pedih. Dia (Allah SWT) menuduh mereka dengan ciri-ciri yang buruk, membangkang mereka kerana sikap pengecut dan mengatakan terhadap mereka (kelemahan dan meninggalkan Jihad) dalam firman-Nya:

"Kalau kamu tidak pergi berperang, Dia akan mengazab kamu dengan azab yang pedih, dan menggantikan kamu dengan kaum lain, dan sedikit pun kamu tidak boleh membahayakan Dia pun, kerana Allah adalah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu." (V. 9:39)

Dan terdapat banyak ayat dalam Surah At-Taubah :40-57, 81-83, dan 86-93 selepas ayat ini (yang mengancam negara Islam yang meninggalkan Jihad).

Dan kamu tidak akan menjumpai suatu pertubuhan masa lalu atau sekarang, agama atau ideologi tentang (Jihad dan ketenteraan) (memerintahkan) seluruh negara untuk maju ke depan dan menggunakan keseluruhan tenaga rakyat ke dalam perkhidmatan ketenteraan yang aktif seoleh-oleh suatu barisan untuk Jihad di Jalan Allah dan menjadikan Kalimah Allah tinggi (i. e. Tiada sesiapa/ tuhan/ ideologi/ komunis/ demokrasi/ kapitalis/ sosialis yang layak disembah melainkan Allah), seperti yang kamu akan jumpa dalam agama Islam dan pengajarannya.

Al-Qur'an dan As-Sunnah (perbuatan Nabi Muhammad SAW) telah menjelaskan (penjelasan yang menakjubkan) untuk setiap dan semua perbuatan melibatkan Jihad. Al-Quran telah mengedarkan perbezaan perbuatan dan bilangan yang banyak untuk ditanggungjawabkan kepada unit yang istimewa, pengedaran yang tepat dan lebih cemerlang dari semua organisasi moden dan pengajaran ketenteraannya. Padahal organisasi moden dan pengajaran ketenteraannya hanyalah sedikit (setitis) daripada undang-undang ketenteraan dalam al-Qur'an dan As? Sunnah.

Ayat-ayat al-Qur'an dan As? Sunnah Rasullullah SAW dibanjiri dengan makna yang tinggi ini, memanggil dengan patah-patah perkataan yang menarik dan begitu jelas sekali.

Semua Muslim diperintahkan untuk mengambil segala langkah yang perlu untuk menghadapi musuh-musuh Allah dan menyediakan terhadap mereka segala kuasa yang ada- kerana inilah langkah pertama untuk Jihad (berperang) dan langkah yang terbaik untuk mempertahankan diri. Menyediakan diri (untuk Jihad termasuk pelbagai persiapan dan senjata [peluru berpandu, meriam, kapal terbang (tentera udara), kapal laut (tentera laut dan latihan ketenteraan dalam penggunaan senjata ini]) termasuk dalam perkataan "kuasa" (i. e darat, laut dan udara). Dan untuk menjaga ketumbukan tentera yang tetap mahupun yang ditempatkan adalah sama dengan menjaga ketumbukan tentera yang bergerak. Dan menjaga tentera dalam keadaan aman mahupun waktu perang.

Asas kepada undang-undang ketenteraan adalah: ketaataan dan disiplin tentera. Allah SWT telah mengumpulkan asas-asas ini dan Ayat-ayat di dalam Kitab-Nya (al-Qur'an).

Untuk ketaatan, Allah SWT berfirman:

" Dan orang-orang yang beriman berkata: "Mengapakah tiada diturunkan satu surah (untuk kami)?" Tetapi apabila diturunkan satu surah yang tegas dan disebut padanya (wajib) perang, engkau lihat orang-orang yang dalam hati-hati mereka ada penyakit (kemunafikan dll) lantaran takut akan mati. Maka lebih baik bagi mereka (untuk patuh kepada Allah). Ketaatan (kepada Allah) dan perkataan yang baik (lebih baik bagi mereka)." (V. 47:20-21)

Dan untuk disiplin ketenteraan: Allah SWT berfirman dalam Surah As-Saff (Barisan):

"Sesungguhnya! Allah menyukai mereka yang berperang di Jalan-Nya dalan barisan seolah-olah mereka adalah struktur yang kukuh." (V. 61:4)

Maka tentera Islam diwajibkan memberi Bai'ah (sumpah setia) mereka untuk; mendengar dan taat, dalam masa susah dan senang, samada suka (i. e. mendengar dan patuh ketika kuat dan bersemangat) atau tidak suka (i. e. mendengar dan patuh ketika letih dan lemah). Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya, sesiapa yang memberi Bai'ah (sumpah setia) kepada kamu (Wahai Muhammad SAW), mereka (sebenarnya) memberi Bai'ah (sumpah setia) kepada Allah." (V. 48: 10).

Dan Allah SWT memuji mereka yang tepat dengan janji dan memenuhi janji mereka, dalam firman-Nya:

"Di antara orang yang beriman ada beberapa orang yang menepati janjinya dengan Allah, [i. e. mereka telah keluar untuk Jihad, dan tidak menunjukkan belakang mereka kepada orang kafir (lari dari medan perang)], maka di antara mereka ada yang telah memenuhi tanggungjawab mereka, (i. e. mati shaheed) dan ada yang masih menunggu (masih hidup), tetapi mereka tidak sekali-kali berubah [i. e. memungkiri janji yang mereka buat dengan Allah] sedikit pun." (V. 33:23).

Dan Dia memerintahkan orang beriman untuk meneguhkan diri terhadap musuh-musuh apabila kamu (orang beriman) bertemu pasukan kafir, dan mengingati Allah banyak-banyak pada ketika kekacauan itu, dalam firman-Nya:

"Wahai orang yang beriman! Apabila kamu menjumpai (musuh) teguhkanlah diri kamu dan ingatlah Nama Allah banyak-banyak (dengan lidah dan hati), supaya kamu berjaya." (V. 8:45).

Dan Dia (Allah SWT) menggalakkan para Mujahidin di Jalan-Nya untuk meneguhkan diri tanpa rasa takut dan menonjolkan keberanian yang sebenar (terhadap musuh) daripada mula sehinggalah tamat perang- firman-Nya:

"Maka apabila kamu jumpa (di medan Jihad di Jalan Allah) orang yang kafir (engkar) itu, pancunglah leher mereka sehingga kamu membunuh dan mencederakan ramai di kalangan mereka, kemudian ikatlah mereka (tawanlah mereka). Selepas itu adalah masa untuk kemurahan (i. e. lepaskan mereka tanpa tebusan) atau dengan tebusan (mengikut kepentingan Islam), sehinggalah perang tamat..." (V. 47:4)

"Dan janganlah lemah hati dalam mengejar musuh; sekiranya kamu mengalami kesakitan, sudah pastilah mereka pun mengalami kesakitan (juga), tetapi kamu mempunyai harapan dari Allah (Syurga) yang mereka tidak boleh harap mendapatnya. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (V. 4:104).

"Dan berapa banyak Nabi yang berperang (di Jalan Allah) bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak pernah lemah semangat kerana bencana yang menimpa mereka di Jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menghina diri sendiri (menyerah kalah kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar." (V. 3:146).

Dia memerintahkan (para Mujahidin) keyakinan, meneguhkan iman dan menghalau (dari hati) sangkaan buruk, kelemahan dan kesedihan- dalam firman-Nya:

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah yang paling tinggi (darjatnya), jika benar-benar kamu orang yang beriman." (V. 3:139).

Dan Allah SWT memberitahu yang Dia telah memberi jaminan kemenangan kepada sesiapa yang mempertahankan agama Allah (Islam tulin). Dan tidak perlu mengambil kira bilangan tentera atau kelengkapan senjata tetapi (yang terpenting) adalah keimanan (kepercayaan) yang benar-benar terhadap Allah SWT dan kemenangan itu sentiasa datang dari Allah SWT, dalam firman-Nya:

"Sekiranya Allah menolong kamu, maka tiada siapa dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang muk'min bertawakal (meletakkan kepercayaannya)." (V. 3:160).

"... dan orang-orang yang benar-benar menyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata: "Berapa banyak terjadi golongan sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah bersama orang-orang yang bersabar." (V. 2:249).

"Wahai orang yang beriman! Sekiranya kamu menolong (agama) Allah, Dia akan menoplong kamu dan akan meneguhkan kedudukan kamu." (V. 47:7)

"Dan sesungguhnya telah tetap janji Kami sejak dahulu lagi kepada hamba-hamba Kami yang menjadi Rasul, iaitu sesungguhnya benar-benar mereka akan diberikan pertolongan. Dan sesungguhnya tentera Kami itulah yang pasti menang." (V. 37:171?173).

"... dan untuk orang yang beriman adalah wajib bagi Kami untuk menolong (mereka)." (V. 30:47).

Al-Qur'an turut menyatakan fakta yang diketahui ramai bahawa kemenangan perang itu berganti-ganti, (satu) hari (kemenangan) untuk kamu-(lain) hari (kemenangan) untuk orang lain-dalam firman-Nya:

"Maka janganlah menjadi lemah hati (terhadap musuhmu), atau sedih dan kamu akan menang jika kamu benar-benar orang yang beriman. Sekiranya kecederaan (dan pembunuhan) menimpa kamu, pastilah kecederaan yang serupa (dan pembunuhan) telah menimpa yang lain (orang kafir). Dan begitulah peredaran hari (baik dan tidak baik). Kami berikan kepada manusia mengikut giliran..." (V. 3:139)

Dan Dia (Allah SWT) menjadikan "permesyuaratan bersama" sebagai satu asas supaya mendapat keputusan yang tepat, terutama dalam hal penting seperti Jihad dan cara menangani musuh, etc. dan Dia memuji orang yang beriman- hamba-Nya yang memiliki ciri ini dalam firman-Nya:

"... dan mereka yang memutuskan urusan mereka dengan mesyuarat..." (V. 42:38).

Walaupun dengan kesempurnaan kebijaksanaan Rasullullah SAW dan ditolong pula oleh wahyu yang diturunkan dari langit tetap Allah memerintahkan baginda SAW (firman-Nya):

"... dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan mereka..." (V. 3:159)

Supaya pengikutnya dapat mengikuti contoh teladannya selepas kematian Rasullullah SAW.

Dan al-Qur'an memberi amaran (kepada orang beriman) dari melakukan dosa (secara terang atau sembunyi) kecil atau dosa besar... dan Dia memberitahu mereka bahawa Pertolongan Allah tidak meliputi pendosa yang engkar:

"Sesungguhnya orang yang berpaling di antaramu pada hari bertemu kedua pasukan itu (perang Uhud), bahawa syaitan menggelincirkan mereka (lari dari medan perang), disebabkan sebagai kesalahan yang mereka perbuat (di masa lalu) dan sesungguhnya Allah telah memberi maaf kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun." V. 3:155).

Allah melarang dengan keras sebarang pertikaian dalam sebarang perkara merujuk kepada perang dan sentiasa berada dalam persetujuan yang padu, dan pertikaian adalah alasan kegagalan dan kehilangan kekuatan dan kerajaan:

"... dan janganlah berselisih (antara satu sama lain) kalau tidak kamu hilang keberanian dan kekuatan, dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama mereka yang bersabar." (V. 8:46).

Dan berhati-hatilah dari lari dari medan perang, dan ia adalah salah satu dosa besar dan pelakunya (yang kalah) akan diancam dengan azab yang pedih:

"Wahai orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang yang kafir di medan perang, janganlah sekali-kali membelakangi mereka (lari atau mundur)." (V. 8:15).

"Dan sesiapa yang membelakangi mereka (lari) di waktu itu, kecuali strategi perang atau bergabung dengan pasukan yang lain-maka sesungguhnya dia telah menyebabkan kemurkaan Allah. Dan tempatnya adalah neraka, amat buruk sekali tempat kembalinya!" (V. 8:16).

Allah SWT melarang Al? Ghulul (mencuri harta rampasan perang sebelum dibahagikan) i. e. mengambil harta rampasan perang dengan cara mencuri, dan memberi amaran kepada orang Muslim dengan amaran yang keras.

"Dan sesiapa yang mengambilnya, akan membawanya (pada Hari Kebangkitan) dan memikulnya dengan belakang dan lehernya, tersiksa dengan beban yang berat, ketakutan dengan suaranya, diumumkan ketidak amanahnya di hadapan semua saksi (manusia dan yang menghadiri)."

"Tidak mungkin seorang Nabi mengkhianat dalam urusan harta rampasan perang (ghulul), dan sesiapa yang berkhianat dalam urusan rampasan perang (ghulul) itu, maka pada hari kiamat kelak dia akan membawa apa yang dikhianatkannya itu; Maka tiap-tiap orang akan diberi pembalasan tentang apa yang dikerjakan dengan (pembalasan) setimpal, sedang mereka tidak akan dianiaya." (V. 3:161)

Seseorang juga perlu berjaga-jaga, untuk tidak berperang (dengan niat) menunjukkan diri, atau reputasi atau kehormatan, atau riak dan takbur, atau untuk bunyi-bunyi assabiyah (nasionalisma) dan slogan-slogan palsu (ideologi buatan manusia i. e. demokrasi, komunisma, kapitalis, sosialis dll.). Apabila Rasullullah SAW melantik seorang ketua untuk sebuah unit tentera, baginda menasihatinya supaya takut dan patuh kepada Allah, dan berbuat baik kepada Muslim yang berada di bawah arahannya. Baginda sering berkata (kepada ketua tentera):

"Menyeranglah dengan Nama Allah SWT dan untuk Agama Allah SWT dan bunuhlah mereka yang kafir terhadap Allah SWT.

"Seranglah dan janganlah kamu menekan sampai melampaui batas, dan janganlah mengkhianat, jangan bunuh kanak-kanak..."

Dan baginda (Rasullullah SAW) bersabda kepad sahabat-sahabatnya apabila mereka mahu menyerang:

"Majulah ke hadapan dengan Nama Allah SWT kerana Allah SWT dan Agama Rasul-Nya. Jangan membunuh orang tua atau kanak-kanak atau wanita dan jangan menekan sehingga melampaui batas. Kumpulkan harta rampasan perang, berbaik-baiklah, serta berbuatlah amal kebajikan kerana Allah menyukai pembuat kebajikan."

Untuk itu Rasullullah SAW dan mereka yang beriman kepadanya telah diuji dengan ujian yang disukai (shaheed atau kemenangan) untuk memenangkan agama ini (Islam) dan mengajak yang lain kepadanya (Islam). Jadi Allah menolong mereka dengan kemenangan, menurunkan ketenangan hati dan menolong mereka dengan malaikat dan menyatukan hati-hati mereka serta mencampakkan ketakutan ke dalam hati musuh -musuh mereka.

Jadi mereka berperang pada Jalan Allah untuk Kalimat-ul-Allah (Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah) dan ikhlas (kerana Allah) dan untuk memenangkan Agama Allah sehingga lebih tinggi dari agama dan ideologi lain, dan manusia dibawa keluar daripada --
(1) kegelapan kepada cahaya
(2) dari menyembah makhluk (mencipta tuhan dan ideologi palsu) kepada menyembah Allah yang Maha Esa (Tuhan yang sebenarnya)
(3) daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan
(4) daripada kezaliman agama/ideologi lain kepada keadilan Islam.

Mereka (para sahabat) mengetahui dengan yakin bahawa Allah menjamin mereka kemenangan dan mereka akan dijadikan penakluk. Mereka yakin dengan Pertolongan Allah, dan janji Rasul-Nya dan memandang mudah bilangan tentera yang sedikit atau banyak dan memandang remeh ketakutan dan bahaya. Mereka mengingati firman Allah:

"Sekiranya Allah menolong kamu, tiada siapa yang boleh mengalahkan kamu... (V. 3:160)

Dan merekalah Tentera Allah SWT, dan mereka berperang pada Jalan Allah, dan sudah pasti Allah SWT akan menolong dan akan menyokong seta akan mengalahkan musuh mereka, kerana musuh mereka berperang kerana syaitan.

Ini adalah contoh Umar bin Al? Khattab RA apabila beliau dinasihati oleh sahabatnya mengenai penghantaran tentera ke 'Iraq (untuk Perang Nahawand). 'Ali bin Abi Talib RA berkata kepadanya ('Umar): "Wahai Ketua Orang-orang yang Beriman (Ya Ameer-ul-Mukmineen)! Perkara ini tidak boleh dikatakan "kalah atau menang" disebabkan bilangan yang banyak, atau sedikit tetapi kerana Agama-Nya yang Dia (Allah SWT) telah tinggikan dan Tentera-Nya yang Dia (Allah SWT) telah muliakan dam menyokong (mereka) dengan malaikat sehinggalah ia sampai (jauh) sehingga tempat sekarang. Kita telah dijanjikan (kemenangan) oleh Allah, dan Allah memenuhi Janji-Nya dan menyokong tentera-Nya."

Dan ini contoh dari Khalid bin Walid RA apabila beliau datang dari 'Iraq, seorang lelaki daripada Arab Kristian berkata kepada Khalid: "Sungguh banyak bilangan tentera Rom dan begitu sedikit bilangan orang Islam?" Khalid menjawab: "Semoga kamu binasa! Adakah kamu mahu menakutkan aku dengan mereka (tentera Rom)?... Tetapi kegemilangan sesebuah angkatan tentera adalah dengan kemenangan dan kehinaan sesebuah angkatan tentera adalah dengan kekalahan, bukan dengan bilangan tentera. Demi Allah! Aku berharap agar yang "merah" (i. e. unta dan kuda) sudah sembuh dari kecederaan mereka semasa perjalanan, jika tidak aku akan tetap menyerang mereka (tentera Rom) walaupun bilangan mereka berganda. (Kuku kudanya haus dan tercedera semasa perjalanan pulang ke AL-Madinah dari 'Iraq)."

Mereka telah membahayakan nyawa mereka, membuat perkara-perkara yang mengagumkan dan menakjubkan dan yakin dengan Pertolongan Allah, bergantung kepada Janji-Nya seperti yang berlaku kepada tentera Islam pimpinan Sa'ad bin Abi Waqqas RA. Beliau berdiri berhadapan dengan bandar Al? Midian dan tidak menjumpai kapal atau perahu (mustahil baginya menjumpai apa-apa) dan arus air Tigris telah meningkat dan melimpah ke tebing (menjadi keruh) dan menghasilkan buih yang banyak. Sa'ad menyampaikan taklimatnya kepada orang (tentera) di atas tebingnya (berkata) "Aku memutuskan untuk menyeberang laut ini (sungai besar) untuk menyerang mereka (tentera Parsi)." Mereka menjawab: "Semoga Allah pemberi petunjuk kepada kami dan kamu di jalan yang lurus. Silalah lakukannya." Kemudian dia (Sa'ad) menyerbu ke dalam Tigris (sungai) dengan kudanya dan semua orang (tenteranya) turut menyerbu ke dalamnya (Tigris) dan tidak seorang pun tertinggal di belakang dia; maka mereka maju kehadapan seolah-olah berjalan atas bumi, sehingga mereka memenuhi (ruang) antara dua tebingnya dan tidak ternampak permukaan air kerana dipijak oleh tentera berkuda dan tentera berjalan kaki. Mereka bercakap di atas air seperti mereka bercakap di atas bumi. Apabila orang Parsi (tentera) ternampak mereka berkata: Diwana... Diwana, i. e. orang yang gila... orang yang gila). Demi Allah! Kami bukan memerangi manusia, tetapi Jin." Setelah mendengar Sa'ad RA berkata: "Allah sudah Mencukupi buat kami dan Dia adalah Maha Pelaksana (tentang urusan kami); Demi Allah! Sudah pasti Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada penolong-Nya; Sungguh benar-benar Allah akan meninggikan (memenangkan) Agama-Nya; Dan sungguh benar-benar Allah akan mengalahkan musuh-Nya, selagi tiada penzina atau pelaku dosa yang serupa dalam tentera (Sa'ad), maka amal kebaikan akan mengatasi kejahatan."

Ya! Mereka (orang Islam) dahulu amat takut kepada: (1) dosa-dosa mereka dan (2) keengkaran terhadap Allah SWT, melebihi ketakutan mereka kepada musuh atau bilangan mereka yang banyak serta senjata canggih, seperti yang dikatakan 'Umar bin Al? Khattab RA: (Di dalam surat kepada Sa'ad bin Abi Waqqas RA, ketika beliau menghantarnya untuk menakluki Empayar Parsi):

"... Selepas itu, aku memerintahkan kamu dan semua tentera yang mengikuti kamu untuk patuh kepada Allah dalam semua keadaan kerana ini (patuh kepada Allah) adalah lebih baik daripada senjata untuk melawan musuh dan strategi yang kuat dalam perang. Aku memerintahkan kamu dan askarmu yang di sisimu untuk lebih berhati-hati dan takut kepada dosa dan kesalahan (dan jangan lakukannya) lebih dari musuh kamu, kerana kesalahan dan dosa tenteramu adalah lebih merbahaya daripada musuh. Orang Islam sentiasa menang hanyalah kerana musuh mereka engkar/kafir kepada Allah, dan kalau bukan begitu, kita tidak mampu mengatasi mereka, kerana bilangan kita tidak sama dengan mereka, mahupun senjata kita canggih seperti mereka. Sekiranya kita melakukan dosa dan kesalahan seperti mereka, pastilah mereka (musuh kita) akan mengatasi kekuatan kita. Dan sekiranya kita tidak mendapat kemenangan melalui kelebihan amal baik kita, kita tidak dapat mengatasi mereka dengan kekuatan kita. Dan kamu tahu bahawa dalam operasi kamu ini (di Jalan Allah) terdapat pengawal (malaikat) dari Allah SWT (untuk mengawasi kamu), dan mereka tahu semua yang kamu buat. Jadi berasa malulah dengan mereka dan jangan melakukan keengkaran (dosa dan jenayah) ketika kamu maju dalam Jalan Allah dan jangan sekali-kali berkata: "Musuh kami lagi teruk dari kami, jadi mereka tidak akan dapat mengatasi kami." Mungkin sebahagian orang yang lebih teruk mengatasi sebahagian yang lain seperti golongan Majusi (orang Parsi penyembah api) mengatasi kaum Bani Israil ketika mereka melibatkan diri dalam keengkaran terhadap Allah (dosa dan kesalahan). Maka mereka (orang kafir, Majusi) telah memasuki bahagian yang terdalam dari rumah mereka dan ia adalah janji yang (lengkap) dipenuhi. Mohonlah kepada Allah SWT pertolongan terhadap diri sendiri (dilindungi dari dosa), sama seperti kamu memohon kemenangan ke atas musuh kamu... Aku memohon Allah SWT untuk itu, bagi kamu dan kita."

Jadi pahlawan Islam (Al? Mujahidin) tetap berpegang kepada kata-kata Khalifat-ur-Rashidin ('Umar) itu seperti di atas: Dan mereka (Mujahidin) digambarkan oleh seorang askar Rom kepada Ketuanya; (Dia berkata): "Saya baru datang kepada kamu dari mereka (tentera Islam), sungguh mulia kelakuan mereka; mereka menunggang kuda lumba yang pantas, pada waktu malam mereka menyembah (Allah) secara sembunyi, pada waktu siang mereka pahlawan yang berani; sekiranya kamu berkata sesuatu kepada kawan kamu, nescaya kawan kamu tidak dapat mendengarnya kerana bunyi suara-suara yang ramai membaca Al-Qur'an dan berzikir kepada Allah." Jadi dia (Ketua Tentera Rom) memandang sahabatnya dan berkata: "Telah datang kepada kamu dari mereka (tentera Islam) dan kamu langsung tiada kuasa mengatasi mereka."

Ini cerita 'Uqbah bin Nafi': Dia ('Uqbah) bermaksud menjadikan sebuah tempat di Afrika, supaya ada pangkalan untuk tentera Islam berehat dan melindungi keluarga mereka daripada pemberontakan penduduk asal negara itu. Jadi dia berhenti di suatu tempat bernama Al? Qirwan, dan tempat itu berlumpur, penuh dengan pelbagai jenis binatang buas (singa, harimau, harimau bintang, etc.) dan ular berbisa dan lain-lain, etc. Maka dia ('Uqbah) memohon kepada Allah SWT dan Allah memakbulkan doanya, kemudian dia berkata: "Wahai ular dan binatang buas! Kami adalah sahabat-sahabat Rasullullah (Muhammad SAW), pergilah dari kami kerana kami mahu berhenti di sini, dan sekiranya selepas ini kami jumpai kamu (binatang buas dan ular), kami akan membunuh kamu." Maka pada hari itu orang ramai nampak, binatang buas dan ular membawa anak-anak mereka, berpindah dari tempat itu... Dan sebilangan besar penduduk asal (Al? Bar? Bar) yang nampak (semua) kejadian itu telah memeluk Islam.

Dan apabila tempoh (masa) telah dipanjangkan untuk orang Islam dan hati mereka telah menjadi keras dan mereka terlupa akan agama mereka, dan jahil (bodoh) akan fakta dan tujuan Allah SWT memilih mereka (telah beriman), tidak seperti sebilangan besar manusia dan negara di bumi ini yang kafir. Allah SWT berfirman:

"Kamu [orang yang benar-benar beriman kepada Tauhid, dan pengikut sebenar Nabi Muhammad SAW dan Sunnahnya (perbuatannya, etc.)] adalah sebaik-baik orang yang dinaikkan untuk umat manusia, kamu mengajak Al-Ma'ruf (i. e. Tauhid Islam dan semua yang diwajibkan Islam) dan mencegah Al? Munkar (menyekutukan Allah, kafir dan yang dilarang Islam), dan kamu beriman kepada Allah." (V. 3:110)

Maka (hari ini) mereka (Muslim) sedang menuju kehidupan yang tidak mengetahui sebarang Nabi, mahupun beriman kepada Wahyu Suci, mahupun menjangka sebarang perhitungan dosa-dosa mahupun takut kepada Hari Akhirat. Mereka (Muslim) menyerupai keadaan dunia sebelum kedatangan Islam, terhadap mana mereka perangi di masa lalu. Mereka telah berpatah balik sebagai pemurtad dari Islam, mereka meniru orang jahil dalam peradaban mereka, dalam urusan sosial, dalam perwatakan mereka dan keseronokan dalam hidup mereka. Muslim meniru mereka (orang kafir) dalam pelbagai perkara dan ini menyebabkan Allah SWT membenci dan mengabaikan mereka. Dia (Allah SWT) meletakkan muslim di bawah pengaruh (1) tamadun Barat (2) dan propaganda Komunis Timur. Maka tanah mereka menjadi "tempat rebutan kekayaan" tanpa pelindung, kerajaan mereka menjadi mangsa kepada semua binatang buas dan menjadi makanan untuk mereka, dan kenyataan Nabi (Muhammad SAW) menjadi kenyataan:

"Adalah dijangkakan bahawa negara-negara luar akan saling memanggil untuk berkongsi negara kamu (Muslim) seperti orang sedang makan memanggil yang lain untuk makan makanan di atas pinggan kayu yang besar." Seseorang bertanya Rasullullah SAW adakah ia berlaku kerana bilangan kita yang sedikit? Rasullullah SAW bersabda: "Tidak! Bilangan kamu ramai tetapi kamu seperti buih pada air banjir. Dan Allah akan membuang rasa takut kepada kamu dari hati-hati musuh kamu dan memasukkan WAHN ke dalam hati kamu dan baginda telah ditanya, wahai Rasulullah, apakah WAHN? Baginda SAW menjawab, cintakan kehidupan dunia ini dan bencikan kematian; dan telah diriwayatkan juga, cintakan kehidupan dunia ini dan bencikan Jihad.

Rasullullah SAW juga bersabda:

"Sekiranya kamu: (1) mengamalkan Bai'a Al? 'Aina (i. e. menjual barang kepada orang dengan sekian harga dan membelinya balik daripadanya dengan harga yang lebih rendah), (2) dan mengikut ekor lembu (i. e. terlibat dalam pertanian dan berpuas hati dengannya) (3) dan meninggalkan Jihad di Jalan Allah, Allah akan menimpakan kamu kehinaan dan tidak akan diangkat sehinggalah kamu kembali kepada agama kamu. (Abu Daud).

Dan sekarang mereka (Muslim) telah meninggalkan Jihad dan meminta tolong daripada musuh dan perlindungan daripada orang kafir, merayu kepada mereka; berpaling kepada mereka, mengharapkan yang baik datang dari mereka. Jadi mereka (Muslim) telah menjadi jahat, dibenci dihadapan Allah SWT walaupun mereka mempunyai nama Islam dan kehadiran orang yang benar-benar beriman di antara mereka dan walaupun terdapat sedikit hukum Islam di negara mereka, tanda-tanda dan upacara yang dijalankan di negara mereka.

Salah seorang orientalis berkata: "Apabila Muslim berpaling dari ajaran agamanya dan jahil (bodoh) terhadap kebijaksanaan hukumnya, dan terpesong kepada hukum manusia yang saling bercanggah, akan tersebarlah pada mereka kebejatan sosial, kepalsuan atau pembohongan, kemunafikan, kedengkian dan kebencian sesama sendiri akan meningkat. Perpaduan mereka terurai dan mereka jahil (bodoh) terhadap keadaan mereka sekarang mahupun pada masa lalu dan tidak menyedari apa yang akan memberi manfaat atau bahaya kepada diri mereka sendiri. Mereka akan berpuas hati dengan kehidupan di mana mereka makan, minum, tidur dan tidak bersaing dengan orang lain, untuk mencapai ketinggian." Semua ini adalah fakta jelas, yang turut dirasai orang yang benar-benar beriman, dan setiap orang yang bersemangat (tentang agamanya) berceramah di dalam setiap komuniti (negara) yang telah meninggalkan Al-Jihad dan menenggelamkan dirinya sendiri; (1) dalam kehidupan yang mewah (2) penyembahan terhadap kekayaan dan (3) kecintaan kepada dunia.

Sejarah telah memberi pengajaran: Apakah yang paling menghinakan (Al? Moghool dan At? Tatar) lakukan terhadap Muslim?

Yang akan menyedihkan hati dan seperti di atas api dan menyebabkan mata ingin menangis...

Ibn Al? Athir berkata: "Aku berdiam diri selama beberapa tahun, mengelakkan untuk menyebut peristiwa ini kerana kesannya yang sangat besar, benci untuk bercerita mengenainya, dan aku melangkah ke depan dan ke belakang dan berfikir panjang, siapakah yang dapat menulis tentang teriakan dan tangisan Muslim dan siapakah yang ada untuk aku ceritakan... aku berharap ibuku tidak melahirkanku ... dan sudah mati sebelum ini, dilupakan dan diabaikan ... Tugas ini termasuk peristiwa besar dan bencana dahsyat yang menyebabkan siang dan malam sangat keras dan pahit dan tiada bencana akan terjadi lagi yang telah menimpa manusia dan khususnya Muslim." Ibn Al? Athlr kemudian menyebut kelemahan orang Islam dan kehinaan mereka berbanding musuh mereka... dia berkata: "Seorang perempuan (Tatar) memasuki sebuah rumah dan membunuh sebahagian penghuninya dan mereka menyangkanya seorang lelaki... salah seorang mereka (Tatar) memasuki sebuah jalan dan menjumpai seratus orang lelaki, dan dia membunuh mereka seorang demi seorang, sehinggalah dia membunuh mereka semuanya, dan tiada seorang lelaki pun (daripada seratus orang itu) mengangkat tangannya menentang (orang Tatar) untuk membunuhnya dan kehinaan telah ditimpakan kepada mereka sehingga mereka tidak mempertahankan diri sendiri sedikit mahupun banyak. Kami berlindung dengan Allah SWT daripada ditewaskan (oleh musuh)." Ibn Al? Athir meneruskan lagi: "Seorang Tatar menangkap seorang lelaki dan dia (Tatar) tidak menjumpai sebarang alat (senjata) untuk membunuhnya, jadi dia menyuruhnya: "Letakkan kepala kamu di atas batu ini dan jangan bergerak (tetap di atasnya)"... dan lelaki itu meletakkan kepalanya di atas batu dan kekal begitu sehingga orang Tatar yang sama datang dengan pedang dan membunuhnya... dan banyak lagi kejadian yang serupa berlaku"...

Maka adalah penting dan wajib kepada kerajaan Islam, terutamanya Ulama' agama Islam dan pemerintahnya patuh kepada Allah SWT dan mematuhi suruhan-Nya dan menyelesaikan urusan perselisihan di antara mereka dan menyebarkan "Bahawa ajakan untuk agama ini (Islam) kepada orang lain terutamanya anak-anak, menyiarkan aspek kebaikan, dan menyuruh (mengajar) penganut (Islam) hukum dan hikmahnya seperti yang dilakukan oleh golongan Muslim terdahulu." Mereka (golongan Muslim terdahulu) berjihad di Jalan Allah dan disertai dengan keikhlasan mereka berusaha sedaya upaya supaya Kalimah Allah menjadi tinggi... Mereka berdiri teguh... mengajak manusia kepada agama Allah (Islam), menerangkan kepada mereka kebaikan dan kecemerlangan Islam dan inilah sebab kerajaan mereka dilanjutkan usianya dan negara mereka semakin berkembang, dan meletakkan orang lain di bawah ajaran dan pemerintahan Islam. Tidak beberapa kemudian keturunan mereka berpaling dari Jalan yang Benar, memecahkan diri sendiri selepas mereka bersatu, mereka meragui Kebenaran, maka, haluan mereka terpisah dan mereka menjadi kumpulan yang berbeza pendapat dan pegangan yang bertentangan tujuan dan cita-cita antara satu sama lain... Jadi bagaimanakah mereka boleh menjadi mulia?... Bagaimana mungkin ada kemajuan atau keutamaan untuk mereka padahal mereka mengikut negara kafir, menyeret diri sendiri di belakang negara kafir, mengejar cara dan langkah mereka dan meniru tindakan mereka, kecil mahupun besar.

Mereka menghukum rakyat mereka dengan hukum manusia yang saling bercanggah yang berkonflik dan bertembung dengan hukum Islam, yang merupakan asal-usul kemuliaan dan kehormatan mereka dan di mana terletaknya keamanan dan keteguhan hati dan iman. Allah SWT berfirman:

"Maka hukum Jahiliyah manakah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang dengan iman yang yakin?" (V. 5:50).

Kami memohon kepada Allah supaya memenangkan agama-Nya (Islam) dan meninggikan Kalimah-Nya dan menunjukkan semua Muslim di mana patut dicari Keredaan-Nya -- Amin.

-------TAMAT-------

---------------------------------------------------------

"Sekiranya Allah menolong kamu, maka tiada siapa dapat mengalahkan kamu; jika Allah mengabaikan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang muk'min bertawakal (meletakkan kepercayaannya)." (V. 3:160).

---------------------------------------------------------






______________________
Terbitan : 9 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com