SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Sambutan Merdeka : Noh Omar Peralat Murid SekolahSetelah menyekat, menghalang dan menutup pintu jabatan-jabatan kerajaan, sekolah serta masjid kepada YB Dato’ Dr Hassan Ali ADUN Sg Burung, Noh Omar meneruskan sikap samsing dan hapraknya dengan memperkuda dan memperalatkan sekolah dan murid-murid yang masih mentah dan hingusan. Kalau pembangkang sentiasa ditohmah dan difitnah dengan segala macam mehnah. Tapi Allah itu maha kuasa. Pihak yang sebenarnya bersikap seperti yang ditohmahkan kepada PAS dan BA itulah yang mengamalkan politik busuk, kotor dan mahahaprak. Sambutan detik 12 malam 31 Ogos 2002 yang lalu telah membuka dan menyelakkan habis pekung amat busuk lagi ‘shit’ umno dan Noh Omar di Tg Karang. Kalau di KL mahahaprak Madey Koyakutty ‘mencandukan’ remaja dengan pesta dan hiburan dan pergaulan bebas tanpa batas, di Tg Karang, Noh Omar mengerahkan dan memperalatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah untuk kepentingan diri dan politik hapraknya. Bayangkan sambutan di Dewan Dato’ Hormat yang kononnya di anjurkan oleh belia 4b, sebenarnya diramaikan oleh murid-murid SK Jalan Bomba. Bebudak darjah 5 dan 6 itu dipaksa menyanyi dan membuat persembahan koir tepat jam 12 malam. Ini kerja apa ni ? Tak cukup dengan itu, remaja-remaja tingkatan 2, 3 dan 4 telah ‘digula-gulakan’ dengan sedikit upah supaya berkonvoi sekitar pekan Tg Karang dengan membawa bendera jalur yang tak segemilang mana itu. Budak-budak sekolah menengah itu yang tak cukup umur, lesen pun tak ada, diperalatkan oleh Noh Omar dan balaci-balaci, barua haprak umno Tg Karang. Orang ramai di Tg Karang belum lupa lagi dengan peristiwa remaja tingkatan 3 yang mati semasa sambutan Belia 4b yang dianjurkan oleh Noh Omar beberapa bulan yang lalu. Bayangkan budak remaja yang terpengaruh kerana nakkan sehelai kemeja T dan duit RM10.00 dan nasi bungkus telah tergadai nyawa kerana kerakusan Noh Omar nak tunjuk hebat depan Pak Lah. Sebulan lepas itu, umno Tg Karang buat sambutan hari keluarga di Teluk Batik. Apa yang terjadi, kerana keasyikan dan keseronokan balaci-balaci umno noh omar itu, beberapa orang kanak-kanak darjah 1 – 4 telah mati lemas di sana. Kalau tak percaya tanyalah Jalal hospital Tg Karang. Jadi Noh Omar dan balaci barua hapraknya memang terkenal dengan penganjur majlis cari bala. Pada malam sambutan 31 ogos itu, diberitakan beberapa orang remaja bermotor yang membawa bendera itu telah terbabas dan kemalangan di Bt 7 dan bt 9, Tg Karang. Polis barua madey tak pula buat sekatan untuk malam itu. Maklumlah polis-polis semua ‘dah kenyang’ sakan. Nak buat apa lagi. Yang penting perut dan ‘benda dibawah perut’. Jadi sebenarnya siapa yang memperalatkan pelajar dan murid-murid sekolah ? Siapa yang memperlalatkan dan merasuah remaja ? Siapa yang menyalahgunakan masjid dengan berkempen secara terbuka tiap ada majlis sama ada sambutan merdeka ke, harijadi agung ke, hari raya ke, kursus haji ke… semuanya disapu bersih untuk sesi politik shit umno. Tahniah Noh Omar dan Khir Toyo. Gelagat engkau orang membuatkan orang melayu Tg Karang tambah meluat. Di Kg Tok Adam seramai 30 orang dah keluar umno dan masuk PAS. Khabarnya, seramai hampir 50 orang lagi di kampung itu dah isi borang PAS. Kepada Dato’ Dr Hassan Ali teruskan jentera ‘gerak saraf’ YB itu. Mudah-mudahan pilihan raya umum 2003 nanti kita sapu bersih 4 parlimen di Kuala Selangor, Tg Karang, Sekinchan dan Sabak Bernam. Kemaskan dan aktifkan gerak kerja parti PAS. Kakitangan kerajaan dan guru-guru Kumpulan A di sini akan berkerja belakang tabir bila sampai masanya nanti. Kita mahu PAS Tawan Selangor dan memerintah negeri Selangor ini. Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…………………………………………. Keris Bogel
Diterbitkan oleh : |