SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun 55 peserta dapat surat hak milik tanah Tamat kemarau penantian 40 tahunOleh Khairul Azlam Mohamad DUNGUN: Ketelusan pemerintahan kerajaan Terengganu dalam pengagihan tanah-tanah kepada rakyat terbukti tidak ‘memilih bulu’. Kerajaan negeri telah membahagikan tanah-tanah rakyat tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama kepada rakyat di Terengganu. Tinjauan WARTA, di satu Majlis Penyerahan Keterangan Hak Milik Tanah bagi Rancangan Tanah Berkelompok Darat Cheniah, Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi, di Dewan Sivik Kampung Kuala Jengai, Dungun, semalam mendapati hanya lima orang daripada 55 peserta terbabit adalah penyokong PAS. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Haji Mustaffa Ali berkata menjadi agenda kerajaan supaya semua rakyat mendapat tanah. “Jadi agenda kita supaya rakyat dapat tanah penempatan dan pertanian mengikut keperluan masing-masing,” ujarnya ktika berucap di majlis tersebut. Katanya, rakyat Terengganu tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa akan mendapat tanah kediaman masing-masing. Menurutnya, kajian dibuat selama tempoh dua tahun lalu proses kelulusan tanah memakan masa yang lama kerana masalah juru ukur tanah. “Kita mengambil keputusan untuk menswastakan bahagian juru ukur tanah dan rakyat perlu bersedia dengan wang,” jelasnya. Menurut sumber dari Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) kampung Kuala Jengai mendapati hanya lima penyokong PAS dari 55 peserta terbabit. Selebih itu katanya, dari 50 orang peserta yang memperolehi surat hak milik tanah itu terdiri dari kalangan ahli Umno dan tidak berparti. Menurutnya, majoriti rakyat di negeri Terengganu akan terlibat dengan dua buah parti politik antara PAS dan Umno.
Diterbitkan oleh : |