SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun WAJIB MENYOKONG GOLONGAN MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH
WAJIB MENYOKONG GOLONGAN MENEGAKKAN SYARIAT ALLAH Kangar, Perlis, 16 September 2002. Yang Di Pertua Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dengan nada tegas dan keras menyatakan adalah wajib setiap orang Islam di negara ini menyokong golongan atau parti yang hendak menegakkan syariat Allah di atas muka bumi ini. "Untuk menegakkan syariat ini memerlukan pemerintahan atau negara. Manakala untuk jadi pemerintah perlu menyertai pilihanraya. Justeru itu adalah wajib menyokong golongan yang hendak menegakkan syariat Allah melalui pilihanraya tersebut." Tegasnya lagi. Bagaimana pun, beliau menyatakan menyertai atau menjadi ahli parti tersebut tidaklah wajib, tetapi wajib menyokongnnya. Berhubung hal tersebut, Ustaz Abdul Ghani menempelak golongan yang mengaku Islam tetapi menentang perlaksanaan syariat Allah seperti Hudud dan Qisas yang hendak dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu. Beliau juga menegur golongan yang berpeluk tubuh dan berdiam diri yang membiarkan kemungkaran berlaku akibat tidak terlaksananya peraturan Allah , kerana mereka juga bertanggung-jawab di hadapan Allah s.w.t. Beliau berkata demikian ketika memberikan kuliah maghrib di surau Taman Jali dekan sini malam tadi sebelum meneruskan ceramahnya di Markas Tarbiah Islamiah (MADI), Jejawi Dalam atas jemputan Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis sempena pra-ijtimak PAS Perlis pada tahun ini. Sebelum itu beliau telah berceramah di negeri Kedah dan program ini bolehlah disifatkan sebagai PUM Tour bagi menangkis tohmahan-tohmahan pihak tertentu terhadap PUM berkaitan berbagai isu yang berlaku mutakhir ini. Beliau menjelaskan lagi bahawa membuat peraturan dan undang-undang kehidupan manusia adalah hak Allah s.w.t. manakala manusia tidak berhak mempertikaikannya. Beliau kesal dengan golongan yang menentang hukum Allah sedangkan mereka tidak mempunyai hujah dan ilmu berhubung perkara tersebut. Beliau menyeru supaya setiap individu atau kumpulan kembali kepada sumber Islam yang sebenar dan tidak terpengaruh dengan propaganda Yahudi dan Amerika yang sentiasa memusuhi umat Islam. Mereka terutamanya dari kalangan yang dikatakan ulamak hendaklah berhati-hati mengeluarkan sesuatu kenyataan yang menyentuh Islam agar mereka benar-benar dikatakan ulamak dan bukannya 'ulanyak' , katanya dengan sindiran. Katanya, Islam melihat kehidupan manusia dalam spectrum dan dimensi yang lebih luas, bukan saja di dunia ini malah melibatkan alam barzakh dan alam akhirat. Justeru itu, kejayaan atau al-falah di dalam Islam ialah kejayaan di dunia, kejayaan di alam kubur dan seterusnya kejayaan di akhirat. Manusia yang beruntung adalah manusia yang terlepas azab siksa kubur dan memperolehi syurga di akhirat kelak. Untuk mendapat Al-Falah di dunia, umat Islam hendaklah menguasai ekonomi dan mengamalkan sistem ekonomi yang halal iaitu adil, tanpa riba dan rasuah. Begitu juga dengan sistem kewangan hendaklah adil. Justeru itu PUM menyokong langkah kerajaan memperkenalkan mata wang dinar sebagai alternatif pertukaran asing. Ekonomi global yang dikuasai barat merupakan satu tipu daya yang telah memiskinkan Asia dan Afrika, jelas Ustaz Ghani lagi. Ustaz Abdul Ghani menambah lagi bahawa umat Islam sedang menghadapi ujian yang semakin getir di akhir zaman ini kerana wujudnya penyambung lidah-lidah dajjal yang memainkan peranan merosakkan aqidah umat Islam. Kemerdekaan yang sebenar, tambahnya, ialah apabila keadilan terlaksana. Tiada erti kemerdekaan jika tidak wujud keadilan. Penangkapan individu-individu di bawah ISA tanpa bukti mereka menjejaskan keselamatan awam adalah satu ketikakadilan. Begitu juga penahanan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang gagal dibuktikan mengikut kehendak Islam adalah satu ketidakadilan. Justeru itu, jika kita menghayati kemerdekaan, individu-individu ini perlu dibebaskan segera, desak beliau lagi. Berhubung isu Tuhan 'samseng' , Ustaz Abdul Ghani menegaskan orang awam dan pemimpin-pemimpin hendaklah berhati-hati memberi komen, jangan sampai menghina ulamak kerana ulamak dan fuqahak adalah pewaris Nabi. Tuan Guru Haji Nik Aziz adalah seorang ulamak yang disegani dan amat besar jasanya mendidik umat Islam di negara ini khususnya di Kelantan, malah ramai anak muridnya juga telah menjadi ulamak. Menghurai ringkas tentang isu tersebut, katanya Allah s.w.t. bukan sahaja mempunyai sifat pengasih dan penyayang yang boleh ditafsir sebagai lemah lembut, malah Allah mempunyai segala sifat kesempurnaan termasuklah Al-Jabbar dan Al-Mutakabbir yang boleh mencabar manusia-manusia yang sombong, engkar dan samseng. Manusia yang hanya kenal Allah sebagai pengasih dan penyayang itulah yang berani melanggar hukum Tuhan dengan melakukan berbagai kerosakan dan kemungkaran, kerana ia sudah tidak takut lagi dengan Allah s.w.t., katanya lagi dengan sindiran. Mengulas gesaan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim agar beliau keluar dari memimpin Persatuan Ulamak dan terus masuk bidang politik, katanya Shahidan Kassim tak perlu mendesaknya, kerana ia tahu bila ia harus berbuat demikian. Katanya, PUM adalah bebas dari pengaruh mana-mana parti politik, namum sebagai ulamak wajib PUM menegur dan memberikan pandangan sesuatu isu yang menyentuh Islam dan umatnya. Dalam ceramahnya di MADI, Jejawi Dalam dekat sini, Ustaz Abdul Ghani telah membacakan dan mengulas semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh PUM sebagai menjawab segala tohmahan terhadap PUM serta penjelasan terhadap isu-isu semasa yang berlaku. Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin yang merupakan bekas penysarah kanan Universiti Malaya, memberitahu bahawa Timbalan Menteri Pendidikan , Aziz Shamssuddin melalui telefon telah mengarahkan pentadbiran Universiti Malaya supaya memastikan agar Ustaz Abdul Ghani tidak disambungkan perkhidmatannya setelah sampai masa pencen wajib baru-baru ini. Beliau bagaimana pun bersyukur kerana memang hajatnya untuk pencen dan kini ia rasa lebih bebas memberikan pandangan. ############ TAMAT @@@@@@@@
Diterbitkan oleh : |