Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Input positif untuk pimpinan PAS

Oleh : mm

Asalamualaikum,

Mengenai perkara diatas, saya percaya kenyataan-kenyataan TG Hj Hadi banyak memerangkap pihak BN.

Sudah tentu fakta ekonomi negara yang diperolehinya adalah secara yang sah kesemuanya sepertimana yang diumumkan oleh Gabenor Bank Negara dan juga dari pelbagai jabatan-jabatan kerajaan yang lain sebagai penunjuk ekonomi negara kita sekarang.

Saya juga percaya bahawa para pensyarah serta professor telah mendapat sumber fakta mereka secara yang sah dan bukannya melalui dari "rahsia kerajaan".

Oleh kerana para pegawai-pegawai ini dan para ahli ekademik yang sangat perihatin di-atas keadaan negara, maka dengan itu mereka telah mengemukakan pandangan mereka kepada para pemimpin BA.

Sepertimana yang di ketahui TG Hj Hadi yang mempunyai banyak pengalaman berpolotik dan mempunyai rakan-rakan serta penasihat-penasihat yang pelbagai kemahiran akan banyak memberi nasihat serta pandangan.

Kesimpulannya pada pendapat saya kenyataan Hj Hadi itu adalah untuk meresahkan kedudukan pemimpin BN untuk sentiasa berfikiran bahawa kebanyakkan pegawai kerajaan menyokong BA (memang benar pun cuma mereka tidak melanggari etika profesionalisme mereka).

Oleh itu marilah kesemua penyokong BA mengkaji serta selidik lebih kehadapan akan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin kita.

Sekian Terimakasih






______________________
Terbitan : 27 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com