Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Berhati-hatilah sikit Axl Rose

Ucapan terakhir Almarhum Mujahid Ust. Fadhil Noor masih segar dalam ingatan . Raut wajahnya yg agak serius ketika menggulung perbahasan sesekali diselangi dengan nada gurau (Kiiyai Suhaimi) lantaran disambut oleh gelak ketawa oleh para perwakilan yang hadir .

Nilai demokratik yang tidak wujud dalam mana-mana Parti politik ditanahair ialah apabila Almarhum telah dikritik oleh perwakilan ekoran dari Perhimpunan Palestine di Dewan Bahasa& Pustaka yang dihadiri beliau dengan menggunakan kuasa veto nya atas sebab-sebab kesuntukan masa untuk menerima pelawaan itu.

Saya amat-amat tersentuh dengan hujah yang bernas telah disampaikan oleh Almarhum terutamanya 'stand" beliaumengenai pendekatan toleransi dengan musuh dalam keadaan tertentu untuk mencapai matlamat dakwah. Seluruh ahli Pas patut mengambil pendekatan ini sebagai satu nilai yang amat tinggi dan guidelines dalam membantu melonjakkan kekuatan .Sambil mengambil contoh dari sirah Rassulullah s.a.w , tentang bagaimana Rasullulah s.a.w menghadapi musuh iaiitu seorang Yahudi yang memaki hamun kepadanya , namun Rasullulah tidak bergenjak dari mendengar cacian Yahudi laknatullah itu , dan cuma berbicara apabila Yahudi itu telah selesai.

Satu contoh yang simbolik dan perlu diambil iktibar oleh sesetengah ahli Pas yang secara rasmi menutup pintu dakwah dengan memulaukan golongan UMNO dalam hidup bermasyarakat.

Jika benar wujudnya senario ini......adalah tidak salah jika saya katakan mereka ini JUMUD.... Jangan jadi JUMUD......bukalah ruang kepada mereka untuk bersama kita menikmati nikmat Islam.

Prinsip yang perlu dipegang oleh setiap pejuang agama adalah menjadi seorang pendakwah dalam apa cara sekalipun.Matlamat utama ialah untuk menjunjung Syariat Allah , membantu agama Allah dengan menarik seberapa ramai makhlukNya untuk menerima hakikatnya sebagai makhluk yang dicipta Allah dan Allah sebagai tuhan yang wajib disembah .Setelah melakukkan amal makruf .....usaha nahi mungkar jangan ditinggalkan Selagi mana iktikad ini tertanam sebagai iktikad seorang Mujahid insyaalah kita tidak mudah ditipu oleh Iblis.

Ingat ....kerja kita bukannya sekadar mencari kesalahan orang lain, tanya lah diri anda sejauh mana anda membantu orang yang melakukkan kesilapan agar tidak mereka ulangi .

Sebenarnya saya amat terkilan dengan seorang penulis (Axl Rose) yang mengkritik Ust Shamsuri & Usth Mashitah secara "overkilling" . Saudara cubalah saudara cerminkan diri sendiri....apakah sumbangan saudara kepada Agama Islam ?????? Berapa ramaikah orang yang sebelum ini dalam "kegelapan" telah kamu terangi dengan usaha berdakwah????? Saya ingin mencabar saudara .....bolehkah saudara bawakan saya sepuluh ahli UMNO untuk mengisi borang Pas.

Kalaupun Ust Shamsuri seorang UMNO .....tetapi saya tetap hormati nya kerana hukum HUDUD sering diperjuangkannya dalam siri ceramahnya. Niat dan hati manusia bukannya kerja kamu wahai AXL ROSE......sejauh mana keikhlasan Ust Sha, itu biarlah dia sendiri yang hadapi apabila dia bertemu dengan Khaliq,nya.

Jika tindakkan kamu untuk memulaukan majlis ilmunya dan berkempen untuk menghalang orang dari menghadirnya ,sebenarnya anda telah tertipu dengan tipu daya syaithan.Sekadar tuduhan yang tak berasas tentang UMNOnya Ust.Sha.membuatkan kita menjauhkan diri dari majlis ilmunya adalah sesuatu yang merugikan.Setahu saya Ust. Shamsuri tidak mengajar sesuatu yang bertentangan dengan akidah .....beliau juga tidak pernah menyampaikan hadis palsu ataupun ajaran sesat.Beliau juga tidak berkompromi dengan prinsip iaitu HUDUD ITU WAJIB , jadi siapakah kita yang berhingus ini untuk menjengkal kebolehannya menarik ramai anak muda untuk mendekati agama.Apa pula kebolehan saudara ?????

Soal kehidupanya yang mewah dan berada di IK ketika pilihanraya kecil biar Allah yang tentukan hukumanNya Kita tidak layak menghukum seseorang dengan hanya bersandarkan perasaan dan naluri.

Jika hidup mewah itu satu dosa dalam beragama ....itu adalah bidang kuasa pencipta dan hambaNya bukannya kita .

Teguran saya ini adalah sekadar peringatan kepada saudara-saudara yang saya kasihi.Lemparkanlah segala fitnah yang menghalang perjalanan kita untuk mencari keredhaanNya dari menjadi penghalang.Jika ada dikalangan kita yang rebah dalam meniti perjalanan dan tewas bantulah mereka kerana kerja untuk agama bukannya kerja yang mudah.Berdoalah kepada saudara kita yang tewas dalam perjuangan dan dekatilah dengan biasan akhlak Rasullulah s.a.w. Adakalanya ujian yang datang tidak pernah terlintas difikiran dan ramai yang tewas.

Janganlah terlalu memikirkan soal yang remeh yang akan terus melemahkan kita dan jangan menjangkau batas bidangkuasa makhluk dan Khaliq dalam memutuskan hukuman.

Adakalanya manusia dikurniakan ilmu dan kebolehan menyampaikanya kepada orang ramai ........tetapi tidak dikurniakan kekuatan semangat untuk bertempur dengan musuh secara terang-terangan....itulah kelemahan manusia.

Ya Allah kurniakanlah kami keberanian dan kekuatan untuk menghadapi musuh-musuhMU

Catatan-Adakalanya Allah ciptakan manusia-manusia yang unik untuk menjadi pejuang agamanya. Tidak semestinya dia seorang yang berilmu dan mempunyai ribuan anak murid.......

Ezam......kau adalah diantara manusia unik yang dikurniakan keberanian untuk menjadi pejuang agama... walaupun terbatas ilmu agama tetapi ianya bukan penghalang.Adakalanya kau lebih ku kagumi daripada segolongan ustaz-ustaz yang memiliki ijazah dari timur tengah tetapi bersembunyi dan takut apabila menghadapi musuh. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada saudara2 ku DSAI , Ezam dan rakan -rakan dalam menghadapi ujian MU ......Amin

Mujahid Penang






______________________
Terbitan : 6 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com