Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Hentikan pertikaian Ustaz Shamsuri

Assalamualaikum kepada semua pembaca web pro demokrasi.

Saya sebenarnya bukanlah orang yang pandai menulis tetapi apabila melihat pertikaian tentang ustaz shamsuri diri ini terasa terpanggil untuk menulis sedikit luahan perasaan terhadap isu tersebut.

Untuk pengetahuan pembaca memang benar Ustaz Shamsuri adalah tenaga penceramah UMNO di dalam pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan.Walau pun beliau cuba menafikan dalam kuliah kuliah beliau namun kenyataannya sememangnya beliau telah berbuat demikian.Saya sendiri pada mulanya tidak mempercayai cerita itu tetapi setelah di siasat sememangnya Ustaz Shamsuri menjadi ejen penceramah UMNO di sana.

Soalnya sekarang isu ini cuba di bangkit kembali oleh penulis yang bernama AXLROSE dalam setiap tulisannya akhir akhir ini.Kalau tak silap saya penulis ini pernah menghentam ustaz Shamsuri dalam tulisanya semasa pilihanraya di Indera Kayangan dalam ruangan Marhaen dan Tranung Kite.Bila di selidiki dari artikel yang lalu AxlRose adalah salah seorang penulis tetap dalam kedua laman web ini cumanya menggunakan nama yang berlainan.Apa yang saya perhatikan dari tulisannya dia bukanlah seperti yang di tuduh penulis yang bernama Chon Kuan itu.Pada pendapat saya AxlRose adalah seorang pertugas parti yang sedikit agerasif.Apa pun biarlah pembaca yang menilainya. Berbalik kepada cerita Ustaz Shamsuri sebenarnya cerita ini tak perlu di perbesarkan kerana bagi saya walau Tok Guru Nik Aziz sekali pun yang masuk UMNO ianya tak mungkin akan menghalang janji Allah untuk memenangkan Islam inikan pula ustaz Shamsuri yang hanya terkenal di sebelah utara sahaja .Kalau kita lihat dari keset keset beliau sememangnya banyak kepada pro UMNO tapi bagi saya ianya tak kan menjejaskan undi orang islam kepada PAS.Contohnya di kampung kampung sebelah kedah banyak yang menjadi tenaga pengajar di masjid dan surau adalah ustaz ustaz UMNO namun dari segi undi masyarakat lebih kepada isu .Saya cadangkan di sini agar saudara AxlRose agar berhenti dari terus menghentam Ustaz Shamsuri kerana ianya tidak membawa apa apa untung kepada perjuangan saudara.Seperti yang saudara katakan bahawa pengikut ustaz Shamsuri tak akan percaya kepada kenyataan yang Ustaz Shamsuri adalah penceramah UMNO.Oleh kerana saudara sudah tahu hakikat itu apakah lebih baiknya saudara hentikan sahaja isu ini.Begitu juga kepada pengikut Ustaz Shamsuri apa guna kamu semua memaki hamun saudara AxlRose jika saudara sekalian merasakan sudah mendapat ilmu yang sempurna dari Ustaz Shamsuri.Apakah Ustaz Shamsuri mengajar anak muridnya memaki hamun orang?

Terima Kasih

Mak Lampir
s_sembara@hotmail.com






______________________
Terbitan : 6 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com