SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Ustaz Shamsuri ( Adilkah Kita )Saya menulis artikel ini adalah semat-mata untuk renungan kita bersama. Sebelum ini adanya artikel yang menghentam Ustaz Shamsuri dengan begitu teruk sekali.Kita tidak tahu apakah sebenarnya motif penulis tersebut. Apalah sangat dengkinya penulis tersebut terhadap Ustaz Shamsuri. Penulis tersebut mendakwa bahawa beliau lebih lama mengenali Ustaz Shamsuri dari orang lain kenal, penulis itu juga berkata bahwa beliau mengaji dengan Ustaz Shamsuri lebih lama dari orang lain mengaji malah belaiu rapat dengan Ustaz Shamsuri lebih rapat dari orang lain rapat dan juga merupakan orang kampung Ustaz Shamsuri. Kita boleh jawab….Abu Jahal tu Bapak Saudara Nabi..,Dia lebih kenal Nabi dari orang lain kenal Nabi,lebih rapat dengan Nabi dari orang lain rapat dengan Nabi.Semasa Nabi lahir dialah orang yang paling gembira. Sehinggakan sanggup mengorbankan sebahagian besar unta untuk disembelih.Tetapi apa dia buat pada Nabi selepas pada itu ? Kita sendiri tau kan….disana ada sebabnya….Itu contoh zaman Nabi. Begitu juga dengan Mahathir dengan saudara Anwar Ibrahim betapa rapatnya mereka berdua .Apa terjadi selepas itu? Ceritanya apa…..Ceritanya disana ada masaalah. Jadi disini penulis ada masaalah dengan Ustaz Shamsuri. Artikel beliau bukan sahaja memfitnah Ustaz Shamsuri ,bahkan menghasut orang lain supaya turut membenci Ustaz Shamsuri tanpa sebab. Apakah beliau tiada kerja yang boleh dibuat yang mendatangkan manafaat? Selain mencari salah dan keburukan orang lain secara melampau. Adakah ini yang diajar oleh Ugama Islam ? Sehinggakan orang hendak pergi mengaji dengan Ustaz Shamsuri pun dilarang. Malah orang orang Pas yang mengaji dengan Ustaz Shamsuri ni disuruh ambil borang Umno..lebih baik masuk Umno. Apa…..ni..? Sampai macam tu.. sekali! Apa punya spesis pendengki ni.? Ooo kalau macam tu belajar Bahasa Cina disekolah cina pi.. masuk cina la..Kalau kita belajar bahasa India pi masuk Hindu la..Begitu….? Janganlah cetek sangat pemikiran tu. Bila dah habis kutuk Ustaz Shamsuri,tulis pulak sebarang kritikan tidak dilayan. Setahu saya ini spesis perangai Umno tulen.Dia boleh hentam orang lain tetapi bila orang nak jawab balik tidak boleh. Maka kita boleh kenal dia ni siapa.. Saya bukanlah fanatik dengan Ustaz Shamsuri. Saya belajar secara berdepan dengan Ustaz Shamsuri Cuma dua kali sahaja. Selebihnya saya mengikuti kuliah beliau melalui kaset kaset sahaja. Semua kaset keset dan VCD Ustaz Shamsuri telah saya dengar. Bagi saya huraian agama yang disampaikan beliau cukup terang dan jelas dan tegas. Semua huraian beliau mengikut permasalaahan semasa.Rujukan hujjah beliau bernas dan tepat. AlQuran dan Hadis serta pendapat-pendapat Ulama yang muktabar menjadi rujukan hujjah beliau. Beliau menyampaikan kuliah dengan tidak bertujuan untuk menghentam sesiapa. Apa yang Agama suruh itu yang beliau sampaikan.Huraian beliau tentang Hudud cukup jelas… mudah faham. Kalau kita dengar kaset kaset beliau, kita akan dapati jawapan- jawapan yang menjadi persoalan sekarang ini.Beliau tidak menjawab fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada beliau secara melulu dan mengikut nafsu.Tetapi kita temui semua jawapan dengan penuh hikmah dan qiasan kita fikirkan sendiri(Bagi yang mendengar kaset kaset beliau). Apakah dengan hadirnya Ustaz Shamsuri dipentas forum anjuran Umno dengan berlatar -belakangkan dacing yang sudah rosak itu, sudah cukup alasan untuk kita cop beliau sebagai (Ustaz Umno). Memang kita akui, sedikit sebanyak kehadiran Ustaz Shamsuri dipentas forum tersebut telah menjejaskan sedikit undian PAS pada pilihanrayadi Indera Kayangan. Itu mungkin kelemahan diri beliau sendiri.Tetapi adakah kita mendengar apa yang beliau sampaikan diforum BN tersebut.? Atau adakah kita dengar beliau berucap menyebut secara terang-terabf supaya kita memberi sokongan kepada BN. Malahan hujjah-hujjah beliau diforum BN tersebut lebih memanaskan telinga penyokong penyokong BN yang sememangnya menolok Islam. Kata lagi Ustaz Shamsuri cakap tak serupa bikin…,hidup mewah ,hidup di Taman Sepadu (kira tak duduk dikampung ),tak sembahyang berjemaah di Taman Sepadu.(Cakap macam Pak Pandir pun ada penulis tersebut). Ustaz Shamsuri kalau pun hidupnya mewah, adakah salah disisi ugama hidup mewah…? Kita hidup ikut kemampuan, kalau kita mampu hidup mewah ,kita boleh hidup mewah.. tetapi kalau kita berilmu kita tahu batas- batas Islam. Bagi orang orang yang berilmu dan beriman hidup mewah atau susah itu mudah kerana kita akan tahu batas- batas sempadan dalam Islam. Dalam bab sembahyang berjemaah dimana- mana sahaja kita boleh bersembahyang berjemaah. Dimasjid ,disurau ditempat kerja, dipadang atau dirumah.Tidak semestinya disatu satu tempat sahaja. Kata lagi Ustaz Shamsuri ada pembantu rumah Indonesia .Apa salahnya ada pembantu rumah dirumah. Asalkan kita tahu batas batas Islam tentang aurat yang muhrim dan bukan muhrim. Ceritanya apa…..?. Ceritanya apa apa halpun kita hidup wajib ada Ilmu, Ada Ilmu hidup kita mudah ,tak ada Ilmu hidup kita celaru.., bila celaru mulalah tengok orang lain tak betul . Ini tak betul itu tak betul. Kalau kita tidak ada iIlmu carilah iIlmu walau dimana mana jua. Kalau kita kata Ustaz Shamsuri cakap tak serupa bikin, itu hak dia ..dia nak hidup mewah ka… nak duduk rumah banglo besar ka..dia nak sembahyang dimana mana ka..Itu hak peribadi dia.Itu urusan peribadi beliau dengan Allah. Masaalah niat kita tak boleh masuk campur. Itu hak Allah. Biar Allah yang menentukan. Kita yang ada ni… ambillah manafaat iIlmu yang beliau sampaikan.Kalau niat kita belajar kerana Allah kita dapat pahala. Sangka baik itu lebih baik daripada kita membenci seseorang tak tentu pasal yang munasabah. Kita jauhilah diri kita daripada fitnah apatah lagi membuat fitnah dan hasutan yang buruk. Banyak lagi kerja- kerja yang manafaat yang boleh kita lakukan daripada hidup semata- mata nak cari kesalahan dan keaiban orang lain. Bak kata pepatah banjar moden " Jadikanlah diri kita seperti cermin muka, jangan jadi kita sebagi cermin mata" kerana cermin muka sentiasa melihat diri kita sendiri, dimana buruk dan salahnya diri sendiri tetapi cermin mata hanya melihat orang lain, dimana buruk dan dimana salahnya orang lain." Sekian sahaja. Wassalamualaikum. Mat Banjar
Diterbitkan oleh : |