Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kerana Peruget, UMNO binasa

Mengapakah Mahathir dan Zainudeen Maideen menghina Kelantan ? Apakah hina sangat kami orang Kelantan? Apakah negeri kami teruk sangat? Apakah rakyat kami miskin sangat? Apakah akhlak kami rendah sangat?

Sampai sanggup kamu barua2 tak berotak menyalahgunakan jentera kerajaan bernama TV1 untuk terus menerus menghina jatidiri negeri dan rakyat Kelantan! Setiap malam di siarkan "Kelantan Dalam Gerhana". Bodoh!

Mahathir dan Zainuddin Maidin celaka! (saya tidak pernah menulis sekeras ini. Kali ini saya terlalu marah! Maafkan saya).

APakah si bodoh Zainuddin Maidin ingat dengan menunjukkan orang ini miskin, orang itu miskin di Kelantan boleh mengembalikan sokongan rakyat Kelantan kepada UMNO? Bodoh! Lupakan sahaja. Bodoh sangatkah Zainuddin Maidin ini? Tidak retikah dia? Majoriti pengundi (50%?) adalah pengundi atas pagar? Yang tidak taksub kepada UMNO mahupun PAS? Apa, Zainuddin Maidin ingat dengan menghina negeri Kelantan, pengundi atas pagar Kelantan ini akan kesian kepada muka busuk Zainudin Maidin dan mengundi UMNO pada pilihanraya tahun depan? "Yey..yey.. thank you Din sebab kamu caci cerca negeri kamu. Inilah undi kami untuk kamu."

Tak sekolahkah manusia bernama Zainuddin Maidin ini? Bila negeri aku dihina, aku akan membenci dan melaknat orang yang menghina negeri aku! Bahalul!

Lagipun, jika nak amb cukai yang dibayar rakyat. Rakyat dari BA juga membayar cukai, kamu fahamkah Zainuddin? Jangan sekali-kali salahguna wang yang rakyat bayar untuk kepentingan parti UMNO! Aku dan ribuan pembayar cukai BA lain tak halal sampai ke akhirat!

HENTIKAN KERJA BODOH DAN TAK GUNA ITU!

Nota: Saya mohon maaf. Tulisan saya kali ini keras dan menyinga. Selaku anak Kelantan, saya tidak tahan lagi melihat cara UMNO menghina negeri kami. Maafkan saya.

Mat PAS DUSP, Dulu UMNO barua, kini PAS.






______________________
Terbitan : 7 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com