SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Bajet 2003: Menteri Kewangan tak tahu buat kerja!Profesion saya bukanlah pakar ekonomi. Tetapi tergolong melayu elit profesional yang ada pengetahuan intelektual berkaitan dengan ekonomi. Setelah perbentangan belanjawan 2003, komen yang di siarkan dalam semua mass media pro kerajaan 100% memuji kononnya belajawan amat baik dan betapa pandainya Mahathir nyanyok tu menguruskan duit rakyat( bukan duit kerajaan atau duit BN). Dalam artikel ini saya tak mahu bandingkan belajawan Mahathir itu dengan belanjawan BA. Semua mereka yang memuji 'kebagusan' dan 'kemanisan' belajawan Mahathir adalah golongan yang ada kepala tetapi di dalamnya macam tin kosong! Yang pertama saya ingin membawa para pembaca kepada perkara asas dalam kehidupan kita. Keperluan asas ialah: a) Rumah &nbsnbsp; d) Kesihatan Samada kita semua sedar ataupun tidak, kita tidak boleh lari daripada 4 keperluan asas di atas. Rumah untuk berteduh, duit untuk perbelanjaan harian, pekerjaan untuk menanggung sarahidup dan kesihatan keluarga. Jika asyik sakit samada akut ataupun kronik macam mana nak bekerja malah keharmonian keluarga pun turut merundung. Adakah belanjawan 2003 Mahathir merangkumi atau lebih prihatin kepada keperluan asas di atas? Tepuk dada tanda selera...........jawapannya TIDAK! Berapakah peruntukan kewangan untuk membasmi kemiskinan terutamanya di Kelantan dan Pulau Pinang? Tak guna bercakap pasal bonus kerana setahun sekali terima duit dan yang terima hanya sektor kerajaan saja. Tak ada yang nak di banggakan kerana sektor swasta pun buat begitu juga. Bagaimana dengan mereka yang miskin yang bekerja kais pagi makan pagi? Siapalaaa nak bagi bonus pada golongan ini? Kesian kat dia orang. Dulu sibuk dengan PPRT dan kerajaan tentu ada senarai keluarga termiskin ini..........tetapi golongan ini di abaikan kerana tak ada peruntukan dalam belanjawan 2003 tetapi setakat duit kongsi beramai-ramai adalah itu pun separuh aje kerana yang separuh lagi untuk komisen si anu! Perihal penurunan cukai korporat.............makin senang lenanglah golongan kaya ni terutama kroni-kroni yang banyak bantu kewangan parti BN dan UMNO ...lu tolong gua, gua tolong sama lu! Buat apa cikgu-cikgu nak di bekalkan notebook dan projektor? Bukankah belanjanya mahal, tak ada kaedah lain ke? wah! makin bergayalah cikgu-cikgu sekelian! Cuba teka siapakah pembekalnya nanti. Tentulah syarikat kroni yang pernah bekal komputer skim KWSP dulu( sekarang skim ini telah di batalkan dan tentulah syarikat ini sedang senak perut). Lu tolong gua, gua tolong sama lu la! Itulah niat Mahathir yang sebenar-benarnya. Pensyarah IPT tak beri seorang satu ke? Saya pun nak satu........jenis i-Mac lagi bagus! Kembali semula kepada tajuk di atas, keadaan ekonomi negara masih tidak menentu malah rata-rata perniagaan mengeluh panjang. Jika tak percaya cubalah buat survey. Restoran dan warung-warung...........hilang pendapatan hampir 30% hingga 50% sehari. Begitu juga perniagaan yang lebih besar. Stok lama bertimbun-timbun kerana kurang pembeli. Kenapa suasana muram ini terjadi? Adakah kerana penjajahan 'alien' luar negara? adakah kerana spekulasi matawang? adakah kerana Menteri Kewangan kita boros dan tak tahu menguruskan duit? Malah nak harapkan duit poket dari BSKL pun dah tak boleh di harap lagi? Yang paling menakutkan ialah hutang negara makin bertambah..........silap percaturan boleh bangkrap. Hutang yang bertambah-tambah ni, duit hutang tu dah buat ape? Tolong orang miskin ke? Bantu 'bailout' hutang rakyat yang meminjam bank untuk beli amanah kerajaan ke? Tengok apa nak jadi dengan ASJ bernilai 16sen/unit. Roti canai lebih berharga daripada saham tu! Dulu bukan main be Masalah berikutnya ialah kesihatan. Bila doktor swasta caj mahal rakyat melenting. Terutamanya pemuda UMNO yang tak tahu hujung pangkal. Dia orang ingat ubat tu free ke? Sedarkah kelian kos pengurusan dan kos ubat-ubatan meningkat purata 15% setiap tahun. Jika nak kurangkan kos tersebut suruhlah kerajaan jangan cukaikan ubat-ubatan yang berkaitan dengan kesihatan. Jangan ingat doktor swasta tak nak buat 'kebajikan'. Kerajaan sedar kos perubatan memangnya tinggi dan mahal, sebab itulah kerajaan tak nak kurangkan cukai kerana untungnya fulamak! Kerajaan sedar manusia ini mesti ada sakit jika tak ibubapa maka anak boleh sakit. Jika tak mampu boleh pergi hospital kerajaan, tetapi pandai dan ramai pula mengatakan rawatan hospital kerajaan kurang bermutu dengan klinik atau hospital swasta. Senang aje jawapannya, klinik dan hospital kerajaan ibarat hospital subsidi atau budjet maka ubat-ubatannya pun jenis budjet kecuali berjumpa dengan pakar tetapi tak semua berpeluan Apa yang kita perhatikan kerajaan sekarang ini lebih pentingkan duit dan berniaga. Sikap kebajikan telah banyak terhakis.................fikirkan ini! Masihkah kita bergantung kepada kerajaan munafik yang ada sekarang? melayureform@yahoo.co.uk
Diterbitkan oleh : |