SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Lagi-lagi isu Ust ShamsuriIsu ini sepatutnya tamat selepas perdebatan panjang dalam laman ini selepas pilihan raya kecil di Indera Kayanngan, dimana Ust Shamsuri telah berceramah di atas pentas UMNO. Apa pun alasan yang diberikan tidak mengambarkan apa yang disebut dalam kuliah dan ceramah beliau sendiri. Ini adalah ujian Allah s.w.t kepada pendakwah. Pendakwah bukan hanya bercakap dan mengajar, tetapi pendakwah ialah mereka yang bersama-sama turun dalam medan. Memang mudah mencari beribadat dan berqiyamullail di masjid tetapi agak sukar untuk bersama-sama dalam perjuangan, tiada punca reziki, makan ala kadar, sentiasa diburu dengan 'anjing-anjing' suruhan dll. Rasulullah s.a.w telah menunjukkan jalan dakwah. Perjalanan hidup yang dibawa Rasulullah s.a.w sepatutnya diambil pengajaran bukannya bersadar kebenaran kepada huraian sesuatu kitab. Inilah yang berlaku dalam UMNO dan tok guru-guru UMNO di kampung, dia rasa solatnya, qiamulailnya dan ibadat sudah cukup mendampingkan diri kepada Allah s.w.t. Ust Shamsuri telah berubah setelah dia di tahan ISA. Saya masih ingat lagi laman ini sendiri telah menyiarkan poster bebaskan ust Shamsuri. Setelah itu beliau nampak berubah dan mudah mengikut arus. Ini jelas diberitahu mengenai ceramahnya dipentas UMNO kerana tak tahu, dia diambil oleh orang tertentu. Ini semua adalah alasan lemah dalam perjuangan. Memang kita tak patut marah dengan perkara ini, ia boleh terjadi kepada sesiapan pun. Tetapi kita tak boleh terima alasan yang diberikan. Memang tidak salah jika itu adalah paksaan yang terpaksa kita gunakan 'ruskh' tapi bukannya bagi seorang yang dipandang tinggi oleh orang ramai, terutama mempunyai ramai anak murid. Jika nak berhujah dengan ilmu yang tinggi. Saya suka mengambil contoh bahawa Ustaz Nakhie pun tinggi ilmunya. Ucapan dasar muktamar Pas seperti 'Pembebasan Ummah', 'Bangkit Menentang Kezaliman', 'Tajdid Hadari' adalah teks yang dibuat oleh beliau. Beliau pernah dicerita kepada saya oleh seorang anak muridnya yang sekarang ini menjadi seorang penulis terkenal, bukunya pernah disebut oleh Dr Mahathir, memberitahu saya, pernah suatu ketika Ust Nakahie mengambil mesin taip dan bertanyakan kepadanya apa rukun negara dan beliau terus menaip satu kertas kerja. Kertas kerja ini dibahaskan disetiap pelusuk oleh ahli-ahli pas dalam munaqasahnya. Bayangkan tanpa sebarang rujukan dihadapan, sekadar bertanya rukun negara, penulisannya cukup menarik. Saya sendiripun cukup tertarik dengan satu penulisan bukunya berkaitan dengan dunia Islam, dan beliau ada member pandangan Pakistan akan menjadi suatu kuasa besar, jika kebangkitan Islam boleh disuburkan di sana. Apakah saya akan berhujah mempertahankan Ust Nakhaie apabila dia membuat kesilapan ? ini adalah hujah yang dangkal. Seperti yang disebut oleh Sdr. Axl kehidpuan mewah. Memang Islam tidak melarang hidup mewah, tetapi apakah tidak terfikir kita bahawa cukup mudahkah perjuangan ini. Saya banyak kali terfikir mengenai perjuangan ini dengan membuat perbandingan ust-ust dalam PAS dan pertubuhan-pertubuhan lain. Saya lihat Ust-ust dalam PAS tiada kemewahan hidup, tiada pekerjaan tetap, nak berdakwah pun susah kena halang itu ini, tetapi ada dikalangan ust-ust lain mudah berdakwah, tiada halangan, boleh buat apa sahaja. Maka terfikirlah dalam hati saya, mudahnya dakwah Ust-ust yang mengambil jalan atau uslud untuk tidak bertentangan arus. Tetapi timbul pula dalam fikiran saya apakah ini perjuangan yang benar-benar haq? Hanya hati yang berfikir aje boleh menjawab. Sebelum saya nak mengakhir tulisan ini, saya nak ingat satu kisah seorang Ustaz yang begitu masyhur tak berapa lama dahulu, kasetnya cukup laris. Pengajarannya cukup baik. Tapi akhirnya rashianya terbukar bahawa beliau berkuliah bukanya dipentas tetapi dalam bilik sekadar membuat rakaman seolah-olah dipentas kuliah kepada orang ramai. Akhirnya nama beliau hilang. Jadilah kita orang yang berilmu dan beriman, ilmu dan iman kita bukannya bersadar kepada mana-mana Ust atau Tok Guru tetapi bersandarkan kepada hidayah Allah s.w.t. Hanya mereka yang meminta kepadaNya sahaja mendapat pertunjuk. Jadi jangan nak bertelingkah di laman ini, balik mengadulah kepada Allah semoga Allah memberi pentujuk kepada kita. Dialah sebenarnya tempat memberi kebenaran dan pertunjuk mana yang benar. Apakah perkara kecil seperti ini, tak boleh ke nak bersolat dan minta Allah berikan pertunjuk? Mencelah
Diterbitkan oleh : |