SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Hanya bila "kestabilan tergugat", harapan pembangkang terbuka luasOleh AHMAD LUTFI OTHMAN Sekali lagi, webmaster terpaksa mengingatkan saya tentang perlunya saya kemaskinikan kolum dalam laman ini. Inilah peritnya bila kita mempunyai ruangan tetap, tetapi komitmen sering terhalang, tentunya bosan jika pembaca asyik menatap bahan-bahan usang, sedangkan perkembangan semasa begitu cepat berubah. Sememangnya suasana inilah yang saya harap dan impikan. Biar iklim politik tanahair lebih panas, lebih aktif dan terus bergolak. Ini kerana, jika suasana politik nampak muram dan mendatar saja, maka yang untungnya adalah pemerintah. BN memang harapkan suasana "aman, stabil" ini berterusan sehingga Parlimen dibubar kecuali di kelantan dan terengganu. Di dua negeri PAS itu, BN mengharapkan akan berlaku pergolakan bagi membolehkan mereka berpeluang memasang angan-angan menawannya kembali. Politik harus lebih dinamik, digegarkan dengan insiden-insiden dan idea-idea baru. Sebab itu, meskipun secara mata kasar, nampak media cuba menyerang pembangkang secara lebih agresif, khususnya RTM, dengan membangkitkan isu-isu seperti "'Tuhan samseng', PM tengok video lucah, PAS guna pengundi hantu, SPR dakwa negeri-negeri kuat PAS saksikan begitu ramai pengundi import", namun natijah akhirnya ia menyebabkan senario politik negara menjadi lebih panas. Selalunya jika kita menghadapi pilihan raya dalam suasana muram dan lesu, sepertimana pilihan raya 1995, maka keputusannya agak mudah dijangka, yakni ia akan memihak pemerintah atau penyandang jawatan, iaitu BN. Tetapi jika suasana pilihan raya dimulakan dengan rentak yang begitu aktif, sepertimana 1990 dan 1999, maka pemerintah tidak akan diberikan laluan mudah untuk menang. Lalu, apakah kita akan membiarkan pilihan raya 2003/4 akan berlangusng dalam keadaan sejuk lesi? Apabila kita sudah boleh meneka bahawa dalam suasana sejuk lesi itu memihak kepada BN, apakah kita akan hanya terus menunggu dan menanti satu keajaiban akan berlaku. Tentunya tidak! Maka, kalau dicucuk sedikitpun maka kita harus melonjak setinggi boleh! Oleh itu, saya rasa apa yang dilakukan oleh sang propagandis Umno yang disifatkan oleh seorang teman sebagai 'bodoh-sombong' (Zam) adalah baik untuk menghidupkan suasana politik tanahair yang nampak lesu sekarang. Memang kita akui, selepas ceramah diharamkan dan aktivis reformasi dikurung ISA, maka iklim politik jadi mandom. DAP pula buat hal dengan keluar daripada pakatan Barisan Alternatif. Masyarakat Cina pula dikatakan akan terus beri sokongan total kepada BN, kununnya. Pendek kata pembangkang tidak mudah menghadapi pilihan raya akan datang. Tanpa ceramah umum, tanpa Harakah yang dulunya terbit dua kali seminggu, tanpa bantuan pelajar universiti, tanpa dokongan pegawai kerajaan yang diikat akujanji dan ugutan, tanpa sokongan dana yang mantap, tanpa satu parti Cina (apatah lagi parti yang berakar di Sabah dan Sarawak), maka seperti sudah boleh diramalkan bagaimana keputusan pilihan raya akan datang. Ia lebih diburukkan lagi dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang jelas menguntungkan BN kerana sememangnya ia dirancang oleh BN sendiri. Sebab itu bila ada teman-teman meminta saya turut aktif menjayakan kempen pembangkang menawan Selangor (kerana amalan rasuah menteri besarnya), saya mengingatkan bahawa tugas ini bukan saja tidak mudah, tetapi menjadi terlalu amat sukar. Mungkin PM boleh merelakan Kedah, negeri kelahirannya dikuasai PAS, tetapi untuk membiarkan Selangor jatuh ke tangan pembangkang, Mahathir sudah pasti akan menggunakan apa saja untuk menghalangnya. Apa pun saya akan ulas isu menawan Selangor ini dalam tulisan akan datang. Yang pasti, bagi saya, untuk menghidupkan kembali rangsangan bagi pembangkang mencipta sejarah dalam pilihan raya akan datang ialah mewujudkan senario politik yang "tidak stabil", yang "tidak tentu", yang "pergolakannya membimbangkan". Justeru, dalam keadaan uzur ini pun, saya bertekad untuk sedikit sebanyak cuba "menganggu-gugat kestabilan politik" yang ada!
Diterbitkan oleh : |