Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Syabas rakyat Malysia, BOIKOT Anda berjaya...MERDEKA!!!!

Syabas!!! syabas!!! syabas!!! rakyat Malaysia. Kemerdekaan rakyat sebenarnya masih jauh, harus diperdapatkan walau apa cara sekalipun, antaranya, melalui kesatuan jiwa sebagai pengguna. Dan terbukti kesannya amat berjaya. Bolih berjaya secara total......tapi...dengan syarat? perlu kesungguhan dan beristiqamah.

Setelah berlalunya detik 31hb Ogos, hari kemerdekaan. UMNO/BN menyambutnya dengan penuh perasaan "syok sendiri", bermuslihat, walhal, secara paksa dan ugut sahaja yang mereka berjaya mengkerahkan puluhan ribu peserta untuk berarak bagi hadir menyembah kepada sang "Mahadewata" berpaksikan YDPT Agung, sirobot Negara. Terpaksa dijadikan mereka mereka peserta, sebagai batu batu anika warna warni bagi membina monument munafiknya, menunjukkan kununnya siMahadewata dan kambing kambing lembu gurunnya masih disokong penuh olih rakyat jelata. Piraaaah!!! nak termuntah lagi, adalah.

SiMadey dan kambing kambing lembu gurun serta sitenggiling tenggilingnya ternyata begitu kecewa dan nampak bahawa telah begitu teramat jauh "hati-hati" rakyat terhadap mereka, sebagai pemimpin. Ternyata, bilangan penonton amat jauh lebih kecil bilangannya dari peserta peserta. Kedapatan ruang ruang lompong sana sini disekitar tempat berjalannya majlis. Suasana begini, adalah amat jauh berbeza dari keadaan suasana disambutan sambutan sebelum tahun 1997 dahulu. Mereka semua tu tahu dan olih kerana memang telah mempunyai muka tak malu yang teramat tebal, maka mereka dok pakat buat muka bodoh, tersengih sengih atas pentas macam Sadeq sigaraga dan tuan penasihat kena lelong dalam filem madu 3.

Setelah dihenyak dengan mesej kegagalan yang memalukan dalam mengajak rakyat untuk menyahut seruan mereka bagi mengibar JJ sepanjang bulan Ogos yang lalu, kelukaan serta derita mereka lagi bertambah parah dan bernanah kerana hasil kemeriahan sambutan majlis pada hari itu, hanya bisa berlaku setelah ada unsur ugutan, kerahan dan paksaan. Kalau tidak, mungkin medan acara akan tinggal kosong, keadaan yang menggerun dan memalukan bagi puak puaka ini.

Syabas dan terima kasih rakyat Malaysia, anda telah turut serta menyumbang kearah memberi mesej "BESAR" bahawa mereka memang sudah tidak diperlukan lagi untuk memimpin negara ini. Boikot anda sebagai rakyat, telah berjaya, kami bangga terhadap kalian semua!!!, terus teruskan pula dalam acara dan masa yang lain juga.

Bagi yang telah dipaksa, saja terpaksa, diugut dan dikerah laksana lembu kambing, kami faham semuanya itu, masih ada waktu yang mendatang untuk kalian sama sama menyumbang peranan "boikot" ini kearah memberi lebih tekanan pada puak puak puaka tersebut, carilah alasan dan sebab yang munasabah bagi mengelakkannya pada masa akan datang. Pastikan pada masa akan datang, biar mereka sesama mereka sahaja yang akan memenuhi apa jua dataran majlisnya. Biar malu muka tak malu sipuaka puaka berkenaan.

"Jadilah pengguna yang bermaruah dan bijak"

P'kayu






______________________
Terbitan : 2 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com