SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Menteri Pendidikan gagal menjawab soalan tambahan Dato' Dr Hasan AliMenteri Pendidikan, Senator Tan Sri Musa Mohamad gagal menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali ketika sesi soal jawab pada 17/9/2002 yang lalu. Di dalam soalannya, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, meminta penjelasan dari Tan Sri Musa Mohamad, seperti berikut: Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali [Parit Buntar]: Terima kasih [Tepuk]. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri yang datang menjawab [Ketawa]. Soalan saya adalah soalan yang sangat mudah. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat. Tunjukkan saya satu contoh dalam dunia di mana ada sebuah negara atau beberapa negara yang boleh meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan meminta pelajar-pelajar sekolah sampai universiti mengikuti mata pelajaran tersebut Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Nombor dua, sikit saja Tuan Yang di-Pertua, saya hendak merujuk kepada laporan Newsweek kepada 2 Disember 1996 mengenai kajian yang dibuat berhubung dengan pencapaian Sains dan Matematik di kebanyakan negara didapati Amerika Syarikat duduk di tempat 28, menggunakan bahasa Inggeris, orang Inggeris, UK duduk di tempat ke 16…..sementara Jepun dan Korea menduduki tempat yang ke-2 dan ke-3 tidak menggunakan bahasa Inggeris. Saya hendak Yang Berhormat Menteri bagi tahu jangan quote hanya Profesor Chiam sahaja! [Tepuk]. Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, nampaknya ahli Yang Berhormat begitu emosi sekali. [Dewan riuh] [Ketawa]. Oleh kerana soalan Yang Berhormat minta saya menunjukkan satu negara yang menggunakan Sains dan Matematik untuk tujuan penguasaan bahasa Inggeris, saya tidak dapat memberikan jawapan itu [Dewan riuh] [Disampuk] nanti dulu, nanti dulu, saya belum habis lagi jawapan saya, ya, belum habis lagi, secara spesifik tetapi saya janji akan memberikannya kerana memang banyak contoh-contoh yang boleh diterima, tetapi yang penting sekali, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, tujuan kita untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik sebab utamanya bukan untuk tujuan menguasai bahasa Inggeris. Ini yang menjadi kekeliruan di kalangan kita. Tujuan utamanya adalah untuk membolehkan anak-anak kita menguasai ilmu sains dan matematik yang berkembang begitu pesat. Itu tujuan utamanya. Selepas Musa Mohamad gagal menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Dato’ Dr Hasan Ali, dan disorak oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang kelihatan dengan jelas mukanya merah padam. Dan tidak lama kemudian Musa Mohamad meninggalkan Dewan. Dalam jawapan Musa Mohamad juga menyatakan bahawa “tujuan kita untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik sebab utamanya bukan untuk tujuan menguasai bahasa Inggeris. Ini yang menjadi kekeliruan di kalangan kita. Tujuan utamanya adalah untuk membolehkan anak-anak kita menguasai ilmu sains dan matematik yang berkembang begitu pesat”. Saya tidak pasti samada yang keliru dalam isu ini adalah orang ramai atau Menteri Pendidikan sendiri yang keliru. Kerana semua orang tahu bahawa tujuan utama subjeb matematik dan sains diajar di dalam bahawa Inggeris adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai bahasa Inggeris. Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, sendiri yang memulakan isu mengenai “kononnya” kegagalan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan mahasiswa menyebabkan mereka tidak dapat pekerjaan. Dan ia telah disambut oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Dato’ Aziz Shamsudin (pendek), yang telah menyarankan supaya mata pelajaran Bahasa Inggeris di ajar dalam subjek Matematik dan Sains. Dan lebih teruk lagi dari itu ada cadangan supaya diwujudkan semula sekolah aliran Inggeris. Aziz juga pernah mencadangkan supaya pelajar-pelajar sekolah rendah menggunakan warlkman untuk belajar Bahasa Inggeris di sekolah. Itu semua atas cadangan Timbalan Menteri Pendidikan, Aziz Shamsudin, tapi yang menjadi kambing hitamnya ialah Musa Mohamad. Perdana V6
Diterbitkan oleh : |