Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Hilang Bahasa Hilang bangsa

Hilang Bahasa Hilang bangsa.
Salam dari Patani

Asalam mualaikum ,

Merujuk kepada tajuk di atas saya ingin menekankan mengenai kewajipan masyarakat Melayu Patani untuk mempertahankan warisan Bahasa Melayu dikalangan generasi muda. Memang diakui bahawa menguasai lebih daripada satu bahasa adalah sumber kekuatan ummah ,namun kita jangan sesekali lupa pada akar kita iaitu bahasa yang menjadi tunjang perjuangan.Hilang bahasa maka hilanglah bangsa....

Lihat pada masyarakat China dan India seberang laut...

Selepas beberapa kurun berada diluar sempadan China dan India apa kah mereka lupa pada bahasa mereka..? Tentu sekali jawapannya tidak...sebaliknya mereka semakin kuat berpegang kepada Bahasa dan adat resam. Ini adalah satu contoh klasik mengenai bagaimana satu kumpulan kaum menjaga dan meletakkan Bahasa dan adat resam mereka ditempat tertinggi selepas Ugama.

Sewaktu saya berkunjung ke Selatan Thailand apa yang saya dapati orang orang Melayu sendiri bertutur bahasa Siam, .......pada pendapat saya jika golongan muda Melayu berhubung sesama mereka melalui pengantar bahasa Siam maka dapatlah diramalkan dalam tempoh kurang daripada 20 tahun dari sekarang tiada sesiapa dikalangan mereka yang mampu berbahasa Melayu. Senario yang sama berlaku di Kemboja , dalam tinjauan , kami mendapati mereka berbangga mengaku sebagai orang Melayu tetapi inti patinya seperti Bahasa telah lama terhakis dari mereka...

Dapatkah dipercayai oleh rakan sebangsa ..jika anda mengakui sebagai orang Melayu sedangkan anda tidak boleh berbahasa Melayu sedikit pun..??

Sekali lagi saya ingin menekankan perlunya jati diri dalam diri orang melayu itu sendiri untuk memperjuang dan mempertahankan Bahasa Melayu. Malah saya berpendapat adalah lebih baik untuk PULO menumpukan kepada perjuangan bahasa terlebih dahulu daripada mengangkat senjata menentang pihak berkuasa.

Bahasa menjadikan kita teguh dan bersatu padu.

Sekian - Wasalam.
Salam perjuangan Dari.
Brother In Islam.
IBN HAJI ABDUL RAHIM






______________________
Terbitan : 6 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com