SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun PDRM membawa konsert maksiat tanpa kelulusanPDRM Terengganu mengadakan satu konsert yang berunsurkan maksiat, tanpa kelulusan di Terengganu di dua tempat, 6 Jumaat 2002 8.00 malam di padang Batalion kesembelan Pasukan Gerakan Am (PGA), Kubak Badak dan 7 September 2002 di Padang UiTM Dungun, Terengganu. Sepatutnya PDRM mengikut undang-undang tapi malangnya, PDRM Terengganu telah membawa unsur menentang undang-undang. Sebelum ini PDRM telah mengeluarkan kenyataan tidak menyokong Eknemen Undang Syariah di Terengganu dan sekarang PDRM dengan terang-terang menetang pelaksaan syariah dan syiar Islam di Terengganu. Konsert berunsurkan Jahiliyyah ini sebenarnya bertentangan dengan Enekmen Hiburan dan Panggung Wayang di Negeri Terengganu sendiri. Saya difahamkan bahawa pihak Majlis sendiri telah membuat bantahan, tapi malangnya tiada maklum balas daripada pihak PDRM sendiri. Eknemen Hiburan dan Panggung Wayang di Terengganu tidak membenarkan sama sekali konsert hiburan yang bertentangan walaupun dibuat di dalam permis sendiri. Saya cukup hairan kenapa pihak polis begitu beriya-iya nak membuat konsert sedangkan dia sendiri tahu perkara ini bertentangan dengan undang-undang negeri Terengganu. Bila timbul soal ceramah pihak polis meminta orang ramai mengikuti undang-undang tapi malang dia sendiri tak mahu patuh kepada undang-undang. Sebenarnya mengikut rakan-rakan rapat saya yang pernah berkhidmat, usaha ini adalah usaha untuk mengganggu gugat kestabilan kerajaan Pas Terengganu. Saya juga dimaklumkan bahawa Ketua Polis Terengganu dahulu telah ditukarkan ke Sarawak pada awal tahun ini adalah semata-mata kerana beliau begitu lembut dan tidak banyak mengikut telunjuk Dr Mahathir. Oleh itu Dr Mahathir telah mengarahkan untuk menghantar Othman Talib, Senior Asisten Komisioner I, sebagai Ketua baru yang akan membawa misi dan arahan Dr Mahathir agak berkeras dan akan merancang untuk membuat propanganda di Negeri Terengganu. Dengan wujudnya suasana yang tak tenteram dan tegang, mudahlah kerajaan pusat akan mengambil tindakan.
Polis Pencen
Diterbitkan oleh : |