Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

FRU tak profesional

Semasa perhimpunan Aman membantah konsert jahiliyyah PDRM di Dungun baru-baru ini, para peserta perhimpunan berhadapan dengan FRU Trengganu sekitar 40 orang.

FRU telah bersedia semenjak waktu petang lagi, tapi malangnya, cara FRU bertindak langsung tidak menunjukkan mereka ini terlatih. Pihak yang bertanggung jawab sepatutnya mesti membuat post mortem bagaimana FRU yang telah bersedia dengan lebih awal semenjak petang lagi, boleh datang kemudian daripada para perhimpun aman, sedangkan semua orang tahu perhimpunan akan dibuat pada pada pukul 8.00 malam.

Kami juga hairan bagaimana dengan persiapan yang telah dilakukan. Sedang pelbagai taklimat telah diberikan sehari sebelum berlakunya perhimpunan ini. Mereka juga tak boleh menjangka di mana perhimpunan itu akan bermula, samada pintu utama atau belakang. Dalam kata lain, macam tak ada plan A atau plan B.

Lagi menghairankan mereka ini, dahlah datang lewat, tak berkawat terus aje masuk ke kawasan perhimpunan secara tak terurus, sehingga mereka menjadi penghalang kepada lalu-lintas.

Saya cukup respect kepada para perserta perhimpunan aman, mereka ini boleh bertindak dengan begitu baik, berhimpunan secara terurus, tidak langsung menghalang lalu lintas walaupun mereka datang dengan kenderaan yang banyak.

Saya juga bangga dengan para perhimpunan, walaupun mereka mampu menghalang pintu masuk belakang UiTM dengan kehadiran mereka, tetapi mereka tak buat.

Polis Pencen
1996





______________________
Terbitan : 18 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com