Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PEMBETULAN BERITA DAN MAKNA RABBANI

KENYATAAN AKHBAR

(PEMBETULAN BERITA DAN MAKNA RABBANI)

2 SEPTEMBER 2002 / 24 REJAB 1423

Merujuk kepada laporan berita Utusan Malaysia keluaran 2 September 2002, hal. 5 yang bertajuk “ PUM mahu pihak berkuasa agama bincang isu Allah ‘samseng’“, PUM ingin membetulkan kenyataan tersebut yang membawa makna tersirat bahawa PUM mahu menyeret Dato’ Nik Aziz ke muka pengadilan. PUM menegaskan lagi tindakan membicarakan dan menyeret Dato’ Nik Aziz akan lebih bersifat penghakiman media dan di dorong oleh muslihat parti lawan PAS. PUM menegaskan isu tersebut hendaklah dihentikan dari menjadi isu yang disensasikan oleh akhbar perdana dan dari menjadi isu politik parti tertentu terhadap parti lawan mereka.

Dalam wawancara terdahulu dengan wartawan UM di PUTIK (Kelantan) pada 1 September 2002, Yang Dipertua PUM hanya mempersoalkan tindakan MT UMNO yang mendahului kelompok ilmuan agama yang ikhlas dan pihak berkuasa agama dalam mengeluarkan seruan kata dua serta tuntutan bertaubat dan sebagainya. PUM yakin isu ini akan dapat diselesaikan seandainya media massa menamatkan usaha mereka mensensasi dan memanipulasi kenyataan Tuan Guru Dato’ Nik Aziz.

PUM juga ingin menegaskan penggunaan perkataan “Rabbani” untuk menjadi sifat kepada orang alim tertentu tidak bercanggah dengan akidah dan syariat Islam. Dalam surah al-Imran ayat 79, Allah berfirman : ãóÇ ßóÇäó áöÈóÔóÑò Ãóäú íõÄúÊöíóåõ Çááøóåõ ÇáúßöÊóÇÈó æóÇáúÍõßúãó æóÇáäøõÈõæøóÉó Ëõãøó íóÞõæáó áöáäøóÇÓö ßõæäõæÇ ÚöÈóÇÏðÇ áöí ãöäú Ïõæäö Çááøóåö æóáóßöäú ßõæäõæÇ ÑóÈøóÇäöíøöíäó ÈöãóÇ ßõäúÊõãú ÊõÚóáøöãõæäó ÇáúßöÊóÇÈó æóÈöãóÇ ßõäÊõãú ÊóÏúÑõÓõæäó(79) “Tidaklah wajar bagi mana-mana orang yang Allah berikan kepadanya al-Kitab (al-Quran) dan kekuasaan serta pangkat kenabian, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Kamu hendaklah menjadi hamba daku dan bukan hamba Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Kamu hendaklah menjadi insan Rabbani, kerana kamu kerap mengajarkan (isi) Kitab Allah itu, dan kerana kamu sentiasa mempelajarinya.”

Dalam hubungan ini ternyata Allah sendiri memerintahkan umat manusia dan umat Islam khasnya agar menjadi insan rabbani yang selalu prihatin dan mematuhi Allah. Perkataan rabbani telah ditafsirkan dalam tafsir al-Qurtubi membawa lebih dari 10 makna. Antaranya adalah insan yang dinisbahkan kepada tuhan (bukan insan yang menjadi tuhan atau ketuhanan). Insan yang mengetahui agama tuhan dan beramal dengan ilmu agama tersebut. Insan yang berilmu dan bistari, insan yang berilmu dan bertaqwa. Ulama’ yang bijaksana, ulama’ yang memimpin dan mentadbir masyarakat. Ilmuan atau ulama’ yang dapat menghimpunkan ilmu dengan kecelikan atau kesedaran politik. Ulama’ yang mengetahui sejarah umat silam dan sebagainya. (Sila rujuk tafsir berkenaan)

Tidak ada dalil syarak yang mengharamkan penggunaan perkataan itu untuk menyifatkan mana-mana alim ulama’ Islam. Bahkan ungkapan itu lumrah digunakan oleh para penulis Arab sendiri dalam menyanjung ulama’ tersohor dan para leluhur. Ungkapan tersebut telah pun popular digunakan dalam bahasa Melayu sehingga ada yang menjadi nama kepada kumpulan nasyid dan ada pula yang menjadi nama kepada individu tertentu tanpa dipersoalkan oleh sesiapa.

Perbuatan mengharamkan penggunaan perkataan rabbani atau menganggapnya sebagai bertentangan dengan akidah adalah pendapat yang tidak berdasarkan kepada ilmu dan dalil syarak kecuali kepada terjemahan perkataan tersebut sebagai bermakna ketuhanan yang dibuat secara sembrono tanpa merujuk kepada penghuraian alim ulama’ dan ahli tafsir yang muktabar. Oleh itu PUM menyeru Datuk Dasuki Hj. Ahmad agar membetulkan kesilapan tersebut dalam penulisan beliau. (UM - 25 Ogos 2002)

PUM menegaskan bahawa pandangan yang mengharamkan penggunaan perkataan yang harus dan sah di sisi syara’ untuk menyifatkan seorang alim yang baik adalah tindakan menyempitkan agama dan kebebasan umat dan bercanggah dengan tuntutan syara’. Allah berfirman dalam Surah al-Hujurat ayat 1: íóÇÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ áóÇ ÊõÞóÏøöãõæÇ Èóíúäó íóÏóíú Çááøóåö æóÑóÓõæáöåö æóÇÊøóÞõæÇ Çááøóåó Åöäøó Çááøóåó ÓóãöíÚñ Úóáöíãñ(1) “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

Hj. Abdul Ghani Samsudin
Yang Dipertua
Persatuan Ulama’ Malysia

2 September 2002 / 24 Rejab 1423






______________________
Terbitan : 6 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com