SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Ulasan mengenai Isu Ustaz ShamsuriOleh : Razali Assalamualaikum, Ana rasa terpanggil untuk memberi sedikit ulasan mengenai Isu Ustaz Shamsuri ini. Ana rasa tidak berapa seronok dengan tulisan AXLROSE. Ana bukanlah anak murid Ustaz Shamsuri tetapi ana memang selalu membeli kaset2 ceramah beliau hingga ke hari ini termasuklah sewaktu ISU Ustaz Shamsuri Di Indera Kayangan. Sepanjang pengetahuan ana dalam mengikuti kuliah Ustaz Shamsuri ana tidak pernah mendengar Ustaz mengajak kepada kemungkaran. Tidak pernah pula mendengar ustaz menolak Hudud malah Ustaz mengkritik orang yang menolak Hudud. Ana pun hairanlah bagaimana AXLROSE boleh cop Ustaz Shamsuri sebagai UMNO sedangkan banyak dalam kuliah-kuliah beliau merujuk kepada Prof Harun Din. Apakah kerana Ustaz tidak pernah menyebut soal PAS dalam kuliah maka kita cop dia sebagai UMNO? Soal Kemewahan cara hidup beliau. Bagi ana itu bukanlah satu kesalahan. Apakah ada nas menyebut umat Islam tidak boleh bermewah? Saudara AXLROSE mesti ingat ramai kalangan sahabat Rasulullah S.A.W adalah orang-orang kaya bertaraf jutawan. Janganlah jadi jumud dalam penafsiran kemewahan. Jangan pula kita kufur nikmat. Sebelum kita nak buat tohmahan atau dakwaan kepada orang lain lebih2 lagi orang2 yang berilmu kita mesti cermin diri sendiri dahulu. Ana lihat tulisan AXLROSE bukan mencerminkan seorang ilmuan. Malah minta maaf ana cakap, tulisan AXLROSE sungguh biadap dan tidak ada akhlak ISLAM. Sedang satu jari menunjukkan kesalahan orang empat jari lagi menghala diri sendiri. Dari cara penulisan ana lihat AXLROSE lebih mempunyai ciri2 UMNO. Ana tidak pernah mendengar Ustaz Shamsuri mencaci orang lain tetapi itulah yang AXLROSE buat. Ana harap Saudara AXLROSE kalau tidak puashati dengan Ustaz Shamsuri adalah lebih baik pergi jumpa dia terus. Lagipun anta tinggal berhampiran dengan beliau. Dan ana minta WEBMASTER LAMAN2 PRO REFORMASI agar behati2 menyiarkan artikel2 jangan kita pula menjadi penyambung kepada Lidah Syaitan. Kepada AXLROSE dan rakan2 sekutu ana nasihatkan siasat dahulu tuduhan anta, kalau benar anta bersama perjuangan ISLAM jangan cemarkan PERJUANGAN. Jaga Akhlak. Ana minta maaf kalau tulisan ana menyinggung perasaan anta.
Diterbitkan oleh : |