SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Malaysia Negara Islam - Kristian diberi kebebasan Islam dihinaPada 6 , 7 dan 8 September ini (Jumaat hingga Sabtu mulanya cuti sekolah) akan diadakan satu perhimpunan besar-besaran di Stadium Putra , Bukit Jalil bertajuk : "Jesus Calls - Good News Festival 2002" Promosi nya ialah jika Kecewa, Keseorangan, Sakit, Tertekan, Risau , Menghadapi Masalah , Tiada Ketenangan Jiwa , Berputus Asa ? Silalah datang untuk menyaksikan keajaiban GOOD NEWS RALLY bersama Dr DGS Dhinakaran dan Dr Paul Dhinakaran. Bermula jam 7 malam dan masuk adalah percuma. Dr Paul Dhinakaran adalah merupakan mubaligh Kristian berasal daripada India bukannya warganegara Malaysia. Islam mengakui kebebasan agama malah kita disaran agar tidak mencemuh yang dikatakan tuhan mereka semborono. Apa yang menyedihkan ialah sikap media kita yang diterajui oleh orang yang mempunyai nama Islam menghina dan mengutuk Islam tetapi suara yang sama tidak pernah sedikit pun menghina dan mengutuk agama lain malah mereka menaik tarafkan agama lain. Mereka kata semua agama di Malaysia ini sama , mana samanya Islam adalah agama kebenaran , agama yang lain adalah sesat. Farish Noor yang menghina dan memfitnah Nabi saw diberi kebebasan untuk berucap dan mengendalikan program di RTM dan menulis di New Straits Times. Tidak pernah media mengutuk Farish Noor seperti mana mereka melakukan pada Tok Guru sekarang ini. Agaknya berapa ramai FRU yang akan berkawal di Stadium Bukit Jalil. Ada tak mereka mohon permit polis untuk mengadakan ceramah ? Baru-baru ini Ustaz Ali Kutty yang ada tauliah untuk mengajar daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan telah mengadakan ceramah di satu kawasan Felda di Negeri Sembilan telah di kawal oleh sepasukan FRU. Agaknya jika Tn Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang hendak menyampaikan ceramah bertajuk Isra Mi'raj di Stadium Bukit Jalil adakah pihak Stadium akan membenarkannya dan adakah polis akan memberi permit ? Kalau Hamid Othman nak berceramah di Stadium Bukit Jalil berapa kerat yang akan datang dengan sukarela. Kalau tak percaya saksikan sendiri 6-8 Sept ini ratusan ribu kemungkinan mencapai angka berjuta akan melawat Stadium Bukit Jalil, dan tidak mustahil muda mudi Melayu sendiri akan pergi kerana mereka sudah biasa dengan Stadium Bukit Jalil. Dan programnya bukan mula 7 malam sahaja bahkan dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari ada program khusus untuk ahli keluarga.
Diterbitkan oleh : |