Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Hikmah disebalik pemenjaraan DSAI

sebelum dsai difitnah saya adalah penyokong setia kerajaan dan dr m adalah idola saya.

namun pendidikkan agama yang saya terima di sekolah berasrama kerajaan banyak membuka minda saya betapa wujudnya sesuatu yang tidak kena pada pemerintahan.dr m .namun semuanya itu beransur lenyap kerana kurang mendapat pendedahan mengenai parti pas khususnya.sebelah jiwa saya menyokong perjuangan parti tersebut namun bahagian yang lain tetap setia pada kerajaan kerana kelicikkan propagandanya.

ramai pelajar meminati dsai dan berharap beliau bakal menjadi pm malaysia suatu hari nanti kerana yakin beliau adalah pilihan dan anak didik dr m yang terbaik. kerana kewujudan anwar dalam umno rata-rata 'puak pas ' di sekolah gagal menyengat apatah lagi pelbagai nilai-nilai keislaman yang beliau terapkan sepanjang berada dalam kerajaan bn.

namun sedekad selepas itu berlaku peristiwa yang tak terduga.rata-rata masyarakat sekitar tempat saya mencari rezki tertanya-tanya kisah ngeri yang berlaku pada anwar tersebut. golongan kebanyakkan tidak menyalahi dr m dan juga anwar yang difitnah tersebut. anwar dan dr m masih dalam suasana 'bersih' tika sela masa sebelum penangkapan walaupun difitnah kerana kelihatan perpecahan dalam kerajaan masih belum ketara maklumat mengenainya dan nyalaan fitnah baru hendak menjadi.

selepas penangkapan anwar diikuti dengan kes lebam biji mata dan barulah sokongan antara kedua belah pihak mula jelas kelihatan.diawal babak anwar kalah teruk kerana kekuatan jentera propaganda kerajaan yang begitu licik namun keberanian golongan politikus dan intelektual yang berpihak pada anwar menyampaikan maklumat dengan lantang dan berani barulah keadaan mula seimbang.

syukur keberanian anwar berjaya mengheret dr m melakukan kezaliman ke atas beliau sebelum pilihanraya 1999 dan membolehkan sebuah parti baru ditubuhkan bagi mengekang sebahagian kezaliman regim dr m serta berjaya mendapat sedikit kerusi dalam dun dan parlimen bagi langkah pertama meneruskan perjuangan yang harus diselesaikan.

saya tetap menyokong dr m biarpun anwar sebenarnya difitnah .sesungguhnya allah maha kuasa sehinggalah pada suatu masa saya berkecimpung dalam mutimedia bermula dengan kursus asas aplikasi sijil komputer dan pengetahuan teori membaikpulih komputer pada penghujung 1998 dan pertengahan 1999 berjaya memiliki sebuah set komputer sederhana dengan penuh susah payah.

penghujung 1999 berjaya membiasakan diri sepenuhnya dengan aplikasi komputer ,internet dan pengetahuan teori dan sedikit praktikal kecil mengenai pemasangan dan sistem dalamannya.

selepas 2001 pengetahuan mengenai parti alternatif dan hala tujunya serta bukti perjuangan yang dipaparkan tanpa putar belit membuka minda saya dan kes dsai menjadi titik mula saya mengakui kewujudan sebuah kerajaan yang zalim tanpa saya sedari saya tertipu sedari kecil dengan seribu macam khayalan dan kepalsuan yang dipaparkan kepada rakyat jelata.

melayari laman perjuangan ummah serata dunia dan laman penerangan islam menambahkan pengetahuan mengenai erti jihad,perjuangan dan makna kezaliman yang tersembunyi.semuanya menambahkan kredit serta keyakinan pada jiwa saya betapa perlunya sebuah perubahan minda yang terbuka tanpa perlu dikongkong oleh sesuatu pihak bagi mendapatkan maklumat atau pandangan kedua sebagi perbandingan dalam meniti perjalan hidup di sebuah negara yang kononnya islam dan demokrasi.

kesusahan dalam hidup memberi saya kemudahan berfikir bagaimana keadilan dapat dirasi bersama berbanding si kaya yang mungkin tak mengerti apa-apa melainkan hidup untuk kesenangan dunia semata.

keadilan yang sebenar apabila sesuatu itu diletakkan pada tempatnya.

meletakkan buku-buku ilmiah di tong sampah adalah tidak adil berbanding meletakkannya di perpustakaan,

meletakkan hukum alquran dalam kitab sebagai bacaan semata adalah tidak adil sedangkan perlembagaan ciptaan penjajah dikaji mesra dalam perundangan negara.

mengagihkan kek ekonomi negara pada kroni sahaja dan cuma meninggalkan bau pada rakyat jelata juga tidak kena pada tempatnya,

menebang hutan untuk balak dan menjelmakan padang golf yang luas bagi golongan elit adalah tidak adil sedangkan bangsa sendiri yang berjuang ratusan tahun untuk mendapatkan hak kediaman dan tapak ekonomi sara diri sebagai asas kehidupan tinggal di rumah setinggan yang sering dirobohkan.

dari contoh di atas kaum yang lemah lebih mengerti erti keadilan kerana keadilan hanya dirasai apabila wujudnya suasana sama rata sama rasa.

menamakan perjuangan dato bahaman,dato maharaja lela dan lain-lain pejuang dengan pengertian nasionalisme semata adalah tidak adil kalau tidak diserikan dengan semangat ingin menubuhkan sebuah negara islam yang berdaulat bebas dari kongkongan penjajah yahudi dan nasrani serta menjunjung tinggi alquran sebagai rujukan tertinggi perundangan negara.

mengenakan cukai pada tanah dan tempat kediaman adalah sangat tidak adil bagi sebuah negara yang kononnya merdeka.

mengenepikan hak orang miskin dan anak yatim adalah sangat zalim sedangkan hak si kaya dipenuhi semahunya.

menuduh bangsa sendiri lemah, malas dan bodoh adalah zalim sedangkan mereka semuanya bekerja keras bagi meneruskan kehidupan yang ruangnya sengaja disempitkan olek regim yang zalim bagi memberi laluan pada si tamak dan barua kesayangannya menyauk segala yang terhidang dan membazirkannya untuk di tampung semula kerugiannya oleh rakyat terpinggir yang dituduh lemah , malas dan bodoh.

kalau fitnah ke atas anwar tidak berlaku mungkin dr m akan lebih gah dipersadanya namun sang diktator sudah mula mencium bahaya kerana anwar sudah terlalu lama dan menjadi harapan rakyat jelata. kerana tamak haloba serta hasutan barua yang sangat irihati perancangan rapi direncana dan anwar adalah mangsa terbarunya dalam suatu fitnah yang paling dahsyat,paling tidak masuk akal dan paling menyayat hati dalam sejarah politik bangsa melayu, dalam sejarah politik umat islam tanah melayu dan dalam sejarah politik moden bangsa melayu.

kerana fitnah ini berlaku di waktu negara dan tanah melayu ini kononnya merdeka dan tekanan dari ethniknya sendiri kaum munafik yang hina sekaligus menelanjangkan kezaliman yang tersembunyi selama ini sepanjang regim dr m berkuasa.

betapa sukar untuk menafikan sebuah boneka kuasa barat ala kamal attarturk sebenarnya telah lama digilap oleh yahudi dan nasrani dalam diam sejak lebih dua dekad dahulu.

terima kasih dr m kerana fitnah kubra mu ke atas dato seri anwar ibrahim wira sebenar negara.

fitnahmu akhirnya menyedarkan daku siapa dirimu dr m.

kini aku mengerti antara tuah dan jebat keduanya wira .tuah membela kedaulatan raja ,tanpa raja tiada negara dan empayar melayu yang penat dibina akan pecah berantakan.

jebat juga seorang wira tanpa semangat membela kebenaran tanpa rasa gentar dan takut mustahil sultan akan insaf dibalik istana yang gah dan penuh keseronokkan.

antar jebat dan tuah ,patih karma wijayalah penderhaka yang sebenarnya penyibar fitnah,pemecah belah ummah dan munafik terlaknat dizaman dahulukala.

tetapi dsai adalah tuah dan dsai adalah jebat .

bercerminkan watak tuah dsai sanggup masuk ke dalam umno yang berlumuran dengan shit dengan harapan menyucikannya dengan haruman keislaman dan warna-warna indah perjuangan umat islam, beliau sanggup dihina dan diragui keikhlasannya kerana bersama dengan sebuah regim munafikkin. namun demi kedaulatan sebuah negara beliau sanggup bersabar menerima cemuhan dan tentangan luar demi mengelakkan perpecahan negara dan mendaki tingkat demi tingkat hingga hampir ke puncak harapan bagi menukar perundangan dan hala tuju negara kearah yang lebih islamik ,adil dan progressif. diakhirnya beliau difitnah.

bercerminkan watak jebat beliau bangun tanpa gentar berhadapan mentornya selama ini tetapi atas prinsip menegakkan kebenaran dan membasmi kebatilan beliau berenang menongkah arus dan hanyut dalam kezaliman yang bertali arus menimpa maruah peribadi , keluarga dan menghancurkan karier politiknya.akhirnya beliau terpenjara bersama perjuangan yang terus bergema dari sebalik jeriji besi lokap,penjara dan kem tahanan.

jelas dsai adalah tuah dan dsai adalah jebat.

dalam cerita ngeri politik tanah air siapakah pula patih karma wijaya???

tepuk dada ,buka minda ,bulatkan tekad ,tarik nafas perlahan-lahan bayangkan watak musibat yang serasi dengan peranan patih karma wijaya itu.jika anda telah yakin maka di malam hari lakukan solat hajat berjemaah atau bersendirian bermohon agar kebajingan musibat tersebut ditalkinkan dalam senario poltik tanah air agar terbuka kembali pintu perjuangan dsai menyelamatkan umat islam tanah melayu dari belenggu penjajahan bentuk baru atau new world orde versi dr. m.

kesudahan yang baik itu bagi mereka yang bertakwa.






______________________
Terbitan : 29 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com