SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Siri pendedahan kekalutan puteri umno 5dari laman Agendadaily.com .......... Saya ada pita perbualan dengan Azalina sebagai bukti dakwaan - Elly KUALA LUMPUR,Isnin 16 Sept – Elly Zalilah Yusof yang mendakwa pernah menjadi “mata dan telinga” untuk mengintip maklumat mengenai sokongan dikalangan ahli Puteri untuk Azalina Othman Said berkata beliau mempunyai pita rakaman perbualannya dengan Ketua Penaja Puteri itu untuk mengesahkan pendedahannya mengenai hal itu adalah benar. Katanya pita rakaman berkenaan mengandongi perbualan mereka berdua dimana antara lain Azalina mengarahkannya mendapat mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendakinya. Selain dari pita rakaman berkenaan,beliau juga mendakwa ada menyimpan satu rakaman perbualan pakatan melibatkan beberapa orang ahli Puteri mengenai cara untuk menyingkir bekas Exco Puteri,Erma Fatima atas dasar rasa cemburu padanya. Elly memberitahu demikian kepada Agendadaily ketika ditanya apakah bukti yang beliau ada untuk mengesahkan dakwaannya pernah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi untuk Azalina. Ini berikutan timbul dakwaan mengatakan Elly sengaja buat cerita rekaan mengenai hal berkenaan untuk mencemarkan nama baik Azalina menjelang pemilihan jawatan pergerakan itu pada 1 November ini. Kalangan penyokong Azalina juga kedengaran mempertikai kenyataan Elly beliau pernah mempunyai kaitan dengan Ketua Penaja Puteri Umno itu. “Saya tidak mungkin berani membuat pendedahan yang serius ini kalau saya tidak berpegang kepada sebarang bukti yang kukuh,”tegas Elly. Ditanya pula kenapa beliau mendedahkan secara terbuka semua pekara ini sekarang dan tidak sebelum ini,beliau mengakui inilah masa yang terbaik untuk bertindak. “Saya mahu ahli-ahli Puteri tahu siapa Azalina sebenar agar mereka dapat membuat penilaian yang betul dalam memilih siapa yang hendak memimpin Puteri.Kalau mereka tetap mahu memilihnya juga kelak , itu terserah kepada mereka.Tanggongjawab saya menyuarakan pekara sebenarnya sudah saya laksanakan,”tegasnya. Menjawab satu soalan lain,Elly menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Azalina sebagai rekasi kepada sidang akhbarnya dan laporan polis yang dibuatnya terhadap Ketua Penaja Puteri itu sebagai tindakan yang bukan bersifat seorang pemimpin yang bertanggongjawab. “Apa yang nak meminta ahli-ahli Puteri bertenang.Sepatutnya Azalina yang kena bertenang.Kenapa Azalina takut sangat nak buat penjelasan terbuka tentang dakwaan saya.Susah sangatkah nak terangkan secara terperinci mengapa empat buah van Puteri Umno didaftarkan atas nama orang yang tidak ada kaitan dengan Puteri dan pendedahan lain yang saya buat tentangnya. “Kalau Azalina berani beliau sepatutnya jawab dalam satu sidang akhbar terbuka dimana semua para wartawan boleh bersoal jawab dengannya .Ini baru namanya seorang pemimpin.Kalau rasa tidak bersalah jelaskan secara terbuka dan bukan bersembunyi disebalik kenyataan yang umum begitu,”katanya.
Diterbitkan oleh : |