SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Ulama' Kerajaan berfatwa di bumi AnbiyaAs'salamualaikum sahabat-sahabat semua, Ini ada salinan dari sahabat kita yg berada nun jauh dibumi anbiya, Jordan. Diberikan disini utk tatapan bersama sahabat yg berada di tanah air. Pertemuan beberapa pemimpin kerajaan bersama para pelajar Malaysia seluruh Jordan bertukar menjadi medan perdebatan apabila fatwa2 yg dikeluarkan oleh delegasi Malaysia itu dibidas para pelajar Jordan, antara pemimpin yang hadir adalah Tan Sri Dato' Paduka Abd Hamid Othman (Penasihat Agama Perdana Menteri Malaysia) , Dato' Zainal Abidin Abd Kadir (Pengarah JAKIM), Dato' Mustafa Taib (Bekas Pengarah YADIM) serta Astora Jabat. Pertemuan tersebut diadakan di Malaysian Student Department (MSD) Amman, Jordan jam 9.00 malam. Pertemuan yang pada mulanya dimulakan agak dingin dgn ucapan Dato' Dr Abd Hamid Othman, beliau yg menerangkan dasar dan sikap kerajaan Malaysia yang menumpukan pembangunan 'tamadun hadhari' serta mengganggap 'tamadun 'aqidi' sebagai kurang diutamakan. Ia bermaksud bhw kerajaan bersikap prihatin terhdp soal ekonomi, kewangan dan menjaga agar tiada rakyat yg meminta2 sedekah sebgmn yg terdpt di negara2 Timur Tengah. Jelas dari kenyataan nya bhw kepimpinan Malaysia termasuk para ulama kerajaan tidak begitu mengambil berat akan soal2 Islam yg berkisar tentang penjagaan aqidah serta pembangunan Islam. Pertemuan menjadi hangat apabila sesi soal jawab dibuka, apabila berlaku berbalas2 hujah di antara pelajar dan pemimpin kerajaan tersebut. Kehangatan dimulakan dgn pengerusi dialog yg juga seorg pelajar. Kemudiannya seorg bekas pelajar Kuliah Lughah Universiti Zarqa' Hasyimiah, bangun bertanya tentang perkembangan akta Murtad yg dicanagkan oleh kerajaan akan digubal sejak tahun 1998 yang lalu. Penyoal juga menyebut jumlah individu murtad yang mencecah 519 menurut statistik JAKIM tahun 1998. Penyoal seterusnya pula merupakan bekas pelajar Syariah Universiti Yarmouk, bangun bertanyakan berkenaan penglibatan kerajaan di dalam inudstri judi dan arak, beliau menyatakan secara ringkas jumlah saham yg dilaburkan oleh kerajaan atas nama KWSP dan Kementerian Kewangan dalam sykt seperti Genting Berhad dll. Dato' Zainal Abidin Abd Kadir kemudiannya telah menjawab dgn jwp yg amat cetek, yang mana beliau mengatakan bhw soal murtad, judi dan arak ini adalah soal remeh dan tidak perlu diperbesarkan. Sejurus selepas itu beliau menuduh pelajar yg bertanya sblm ini adalah dari parti PAS dan sengaja ingin menghentam kerajaan dgn soalan2 mereka. Selain itu, beliau juga menyatakan Saidina Umar sendiri pernah membatalkan nas dgn hujjah maslahat, iaitu dlm persoalan Harta Ghanimah di Khaibar, tidak memotong tangan pencuri ketika tahuan kelaparan dll. Justeru, kerajaan dgn maslahat membenarkan judi arak dll wp bertentangn dgn nas. Dato' Abd Hamid Othman pula dalam jwpannya telah menyatakan bhw Saidina Umar r. a sendiri telah mengambil hasil arak semasa pemerintahannya. Kenyataan ini jelas menyeleweng dari landasan sebenar. Para Pelajar telah melakukan rujukan terhdp beberapa org Profesor Syariah di Jordan, mrk semua menyanggah tuduhan ini dan menyatakan ia berbeza dgn konteks tindakan Umar yg sebenarnya. Benar, sgt berbeza, Saidina Umar tidak pernah menggalakkan industri arak sehingga memberi bantuan kewangan tehdp industri ini, sbgmn yg dilakukan oleh UMNO yg melabur berjuta2 sebg pemegang saham syrkt judi & arak. Setengah prof menganggap kenyataan itu tidak benar sama sekali. Dalam pertemuan ini juga Sdr Astora Jabat, dilontarkan soalan berkenaan aurat wanita. Beliau di permulaan jawapannya cuba berbahasa Arab bagi menarik keyakinan pelajar terhdpnya, malangnya percubaan beliau meleset. Beliau berhujjah bhw terdpt pendapat fuqaha' antaranya Maliki yang menyatakan bhw menutup 'aurat tidak wajib iaitu aurat mukhaffah (aurat ringan), kononnya aurat mukhhaffah boleh didedah, begitu juga spt wanita tua (demikian yg dapat difahami oleh pendengar) , Beliau seolah2 mahu menghalalkan bukaan aurat bg semua perempuan sbg 'qias' atau mengambil asas aurat wanita tua yg dibenarkan terbuka. Jwp beliau membuatkan hadirin bising tanda protes, ini membuatkan beliau naik berang lalu mengarahkan pelajar membuat rujukan dlm kitab2 muktabar , beliau menyebutkan kitab 'Al-Um' dan 'al-Mustasfa' utk dirujuki pelajar sbg contoh. Astora juga diwaktu itu, membuat fatwa baru yg jelas melencong dr kebenaran iaitu, pelaksanaan hukuman Bunuh bagi pelaku Murtad kiranya dilaksanakan , ia langsung tiada hikmah!. Dalam suasana yg semakin larut, seorg pelajar Sarjana (MA) bangun meminta laluan drpd Dato' Abd Hamid utk mengutarakan soalan terakhir, Dato' Hamid ketika itu sedang memberikan ucapan penggulungan. Dgn izin Dato' Hamid, pelajar MA dlm bidang Fiqh dan Usul Fiqh tersebut menghangatkan lagi suasana apabila beliau pertama membidas hujjah Dato' Zainal yg menggangap perkara murtad, judi dan arak remeh. Beliau membawakan hujah 'Keperluan Asas Yang Lima' yg menjadi asas 'ilmu maqasid' di dalam Islam. Yang mana Islam mewajibkan penjagaan sepenuhnya oleh pemerintah menurut turutan kepentingan Agama, Nyawa, Aqal, Keturunan dan Harta. Beliau membawa hujjah Imam As-Syatibi dlm kitabnya al-Muwafaqat dan Al-Ghazali dlm kitabnya 'al-Mustasfa' yang menyatakan perkara ini telah samapi ke tahap mutawatir maknawi menurut istiqra' (kajian) terhdp kuliyyat , juz'iyyat nas dlm semua bab dalam syari'at Islam, serta tiada seorg pun ahli ijtihad mengingkarinya. Beliau juga, menyindir Astora yg silap dlm menyebut nama kitab rujukan mazhab Maliki, iaitu al-Umm, padahal al-Umm adlh kitab Syafie dan juga al-Mustasfa bukanlah kitab Fiqh, bahkan ia adalah kitab Usul Fiqh Syafie dan bukan Maliki. Astora kelihatan marah dgn sindiran pelajar tersebut. Beliau turut membidas kata2 Astora yg kononnya pelaksanaan hukuman bunuh tiada hikmah. Pelajar tersebut berhujjah bahawa telah sepakat 8 mazhab utama Islam terhdp hukuman bunuh ini, tanpa khilaf. Bgmn mungkin Astora boleh menuduh pelaksanaannya tiada hikmah. Beliau kemudian menyindir dgn katanya mungkin ada mazhab Astora agaknya. Suasana dewan menjadi bising dgn sorakan hadirin. Beliau juga menerangkan kiranya dlm suasana dharurat, hukuman boleh ditangguhkan dgn memenjarakan dahulu si murtad, dan bukan terus tidak dihukum, kerana itulah Islam meletakkan syarat mesti si Murtad di datangi oleh penasihat dr kalangan Ulama utk berbincang dgnnya tentang segala masalah si murtad bg mengembalikannya ! ke Islam. Serta Murtad juga mempunyai syarat2nya dan bukan boleh terus dilaksanakan dgn mudah tanpa syara yg sempurna. Ini bermakna, tiada hikmah hanya bagi mereka yg jahil dgn hakikat hukuman ini.! Selain itu, beliau juga membidas jawapan maslahat yg diutarakan oleh Dato Zainal. Wbgmpun beliau tidak sempat berhujah panjang krn cuba dipotong oleh Dato Hamid. Apapun, hujjah maslahat Saidina Umar yg kononnya membatalkan nas Quran dan Hadith, sbgmn yg didakwa adalah tidak benar sama sekali, perkara ini dinyatakan oleh Prof. Dr Said Ramadhan al-Buti dalam tesis Phd nya Dhawabid al-Maslahat, Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi dalam As-Siyasah as-Syar'iyyah, Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam 'Al-Mustasfa', As-Syeikh Muhd Al-Ghazali dlm 'Dustur al-wahdah al-Thaqafiah' , Prof. Dr Ramadhan Abd Wadud dalam 'At-Ta'lil bil Maslahat' dan ramai lagi. Mrk yg menuduh demikian terpengaruh dgn tulisan oreintalis seperti Prof. Ahmad Amin, Prof. Ali Hasbullah dan beberapa yg lain. Pelajar ini juga sempat bertanyakan soalan terakhirnya, iaitu mengapa kerajaan Persekutuan tidak membenarkan Kerajaan Negeri Terengganu melaksanakan Enakmen Hudud yg digubal menurut al-Quran dan as-Sunnah? beliau juga menyatakan bhw beliau telah melakukan kajian bersama As-Syeikh Prof. Dr Muhd 'Uqlah al-Ibrahim (Prof. Fiqh Perbandingan dan Ulama' Fiqh terkenal di Jordan) dan mendapati bhw kandungan enakmen tersebut bertepatan dgn pandangan jumhur (majority) Ulama' mazhab dan lainnya. Beliau juga menambah, sekiranya enakmen tersebut silap, serta menzalimi rakyat Terengganu, biarlah rakyat Terengganu yg menghukum kerajaan Negeri dgn tidak mengundinya lagi dlm Pilihanraya akan dtg, bukankah ini baik utk kerajaan Persekutuan?. Soalan ini mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin dan hadirat. Dato' Abd Hamid Othman kemudiannya menjwp. Beliau selepas itu terpaksa mengakui kepentingan menjaga agama setelah dibidas oleh pelajar tadi, (beliau kelihatan ketika itu seperti menyalahkan hujjah Dato' Zainal tadi yg jelas silap), bgmpun beliau masih lagi (kononnya) berpegang dgn kata2 Imam al-Mawardi iaitu tugas kerajaan yang terpenting ialah Iqamah ad-Deen wa siyasah ad-Dunya ( Mendirikan agama dan mentadbir dunia) beliau menyatakan bhw mentadbir dunia juga amat penting demi menjaga agama. Malangnya sebenarnya Dato' Hamid tersilap lagi, apabila beliau mengambil nas Imam al-Mawardi dgn memotongnya tanpa lengkap, iaitu sepatutnya (mendirikan agama dan mentadbiri dunia dgn agama) iaitu Iqamah ad-Deen wa siyasat ad-Dunya bihi Dato' Hamid telah membuang kalimah 'bihi' iaitu memerintah dunia 'dgn agama'. Dato' Hamid, mengeluarkan lagi fatwanya apabila menjwb sebab beliau tidak bersetuju hudud dilaksanakan walaupun di Terengganu shj, dan Kerajaan menghalang krn, Kerajaan Persekutuan ibarat bapa dgn anak dgn kerajaan Terengganu. (Bgmn bapa boleh merampas harta anaknya & membiarkan anaknya terkapai2 kesusahan?) Menurut beliau, ia bimbang akan berlaku boikot ekonomi oleh penduduk bukan Islam dlm negara kiranya hukuman ini dilaksanakan. Hujjah ini jelas tidak tepat dan merupakan maslahat 'mulgha' di dlm Islam iaitu maslahat yg ditolak. Ini disebutkan oleh Imam as-Syatibi di dlm 'Al-Muwafaqat' dan juga Prof. Dr Ali Ahmad Salus, dan seluruh ulama yg disebutkan namanya di atas. Akhir sekali, Dato' Mustafa Taib meminta izin terakhir utk menjwb bidasan pelajar tadi. Beliau dgn fatwa 'Kemampuan utk melaksanakan hudud' hanya boleh diukur oleh kerajaan shj. Pelajar tadi membidas serta merta (di tempat duduk masing2) dgn mengatakan rakyat dan kerajaan berkait menentukan kemampuan kerajaan dlm bertindak. Ini jelas dlm hal Nabi SAW meminta pandangan para sahabat sebelum mengistiharkan perang badar al-Kubra. Ini juga jelas dr tindakan Saidina Abu Bakar dan Umar ra. Yg meminta rakyat menegur dan memberikan pandangan dlm hal pemerintahan kerajaan. Dato' Mustafa terpinga2 apabila pelajar secara spontan mampu menjwb hujjahnya. Perdebatan akhirnya ditamatkan apabila masa sudah terlalu lewat, bgmpun Dato' Mustafa memanggil pelajar tadi dan beberapa yg lain lalu terus berdebat di meja makan, demikian juga Astora Jabat. Secara ringkasnya, fatwa pelik dan menyeleweng yg dikeluarkan di dalam majlis itu adalah : 1. Dato' Hamid mentafsir surah Quraisy dan al-Ma'un dgn pemikiran sendiri (iaitu dalm surah Qurasiyh mafhum : mrk yg memberi makan org kelaparan dan memberikan keamanan dari ketakutan (Ayat 4, Surah al-Ma'un) Beliau mendakwa inilah keraja utama kerajaan memberi makan rakyat Malaysia dan menghilangkan mrk dari ketakutan. Dgn itu Malaysia berjaya. Bgmn mungkin Malaysia aman dgn gejala rogol, sumbang mahram dan lain2 jenayah bertambah2. Bgmn mungkin juga boleh mendakwa kejayaan sdgkan masih ramai rakyat M'sia yg miskin. Tafsir kedua adalah pd ayat 2 surah al-Ma'un, iaitu mafhumnya adakah kamu tidak melihat mrk yg mendustakan hari pembalasan, iaitu mrk yang menzalimi anak yatim - beliau mentakwilkan bhw yatim itu bukan anak yatim yg kematian ibu dan bapa ketika kecil tetapi ia adalah anak2 muda negara, justeru dakwanya, krn itulah kerajaan memberi peluang kerja kpd anak muda. Tafsiran ini jelas menyeleweng krn Dato' Hamid tidak mempunyai sbrg dalil kecuali aqalnya, sedang takwil mestilah dgn dalil, rujuk seluruh kitab usul fiqh spt Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, oleh al-Amidi, Nihayat as-Sull oleh Asnawi, Al-Mankhul oleh Al-Ghazali dan banyak kitab2 lain. 2. Saidina Umar mengambil hasil arak semasa pemerintahannya. Kalaupun benar, maka ia hanyalah cukai hasil perniagaan org bukan Islam di dalam negara, yg mana hasilnya terhad dan tidak dicampurkan dgn hasil halal, ini adlh kerana Arak dihalalkan di dlm sesetengah agama lain. 3. Laksana hudud di Terengganu akan membawa boikot ekonomi dari kumpulan bukan Islam. 4. Malaysia lebih layak digelar 'Baldah tayyibah' oleh Allah sepatutnya kerana mempunyai empangan yg lebih besar drpd empangan bersejarah Saddu al-Ma'rab di Iraq. Padahal Imam Muhd Ibn Jarir at-Tabari menyebut dlm tafsirnya ia adalah merujuk kpd negara yg diberi nikmat oleh Allah SWT setelah diperintah ta'at dan dilarang ingkar, lalu mrk patuh. Bukannya krn empangan lebih besar lalu lebih layak. Fatwa oleh Dato' Mustafa Taib 1. Hukum haram yang dikenakan atas peribadi, tidak menjadi haram atas sebuah negara (Hal ini disebutkan di meja makan). Hujjah ini jelas menyelweng, jika demikian mengapa Allah menyebut : Mereka yg kami berikan kekuasan di atas muka bumi, mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kebajikan , melarang kemungkaran dan penghujung urusan diserah kdp Allah Juga kaedah Fiqhiyyah yg disebut oleh Imam al-Ghazali di dalam 'al-Mustasfa' dan 'al-Qias' iaitu 'Hukmi fil wahid hukmi fil Jama'ah' Mafhum Hukuman aku (Nabi) kpd seorang, juga merupakan hukum bagi jemaah. Kaedah ini diambil dari sebuah hadith tentang bai'ah. Demikian menurut Imam As-Syawkani dlm 'Fawaid al-Majmu'ah' Juga hasil tindakan Saidina Umar yang tidak membenarkan pasar dimasuki oleh sahabat, kecuali setelah dipastikan mengathui hukum Fiqh Mu'amalat, agar tidak jatuh ke dalam riba, Kata Saidina Umar Mafhumnya : "Aku rela meninggalkan 9/10 keuntungan dunia (perniagaan) daripada bersalah jatuh ke dalam riba yg diharamkan Jika demikian, pendirian Umar ra, adakah logik Umar mengambil hasil arak dgn senang serta menggalakkan industri arak berkembang semasa pemerintahannya? Adakah logic, kerajaan tidak dipertanggungjwbkan sama spt individu dgn menggunakan hujjah maslahat? Tidak sama sekali. 2. Letak kalimah Islam di dalam Perlembagaan adalah cara Barat. 3. 'Kemampuan' hanya boleh diukur oleh kerajaan dan rakyat tiada peranan langsung dlm hal ini. Dato' Zainal Ab Kadir Masalah murtad, arak dan judi semua perkara remeh. Tidak perlu diperbesarkan. Mesti mengambil berat soal kewangan dll shj. Sdr. Astora Jabat 1. Pelaksanaan hukum bunuh bg pelaku murtad, tiada hikmah padanya. 2. Menutup aurat bg semua perempuan boleh jadi tak wajib. Kerana aurat wanita tua tidak wajib ditutup. Demikianlah, pertemuan bersejarah pimpinan kerajaan dengan para pelajar Jordan pada 3 Ogos 2002 yang lalu. Asalnya majlis ucapan pimpinan dan dialog ringkas, akhirnya bertukar menjadi medan debat yg hangat. Jelasnya, para pelajar yg menuntut ilmu di bumi anbiya' ini tidak boleh dipengaruhi dgn hujjah2 ranting tanpa asas ilmu yg kuat drpd pimpinan kerajaan. Walaupun yg datang adalah dikira ulama' terbesar kerajaan Persekutuan iaitu Penasihat YAB Perdana Menteri. Sekian,
Bekas Ahli Kelab UMNO Jordan Bumi Anbiya, Jordan
Diterbitkan oleh : |