SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun SHAMSURI - Ustaz yang berilmu Tetapi Lemah Imannya
Assalamualaikum w h k Betul atau Tidak tindakan yang di ambil oleh Ustaz Shamsuri, kita perlu lihat akan perjuangan yang dilaluinya. Memang benar beliau mengajar tentang kebaikan dan mengajak manusia kepada kebenaran agama Islam. Namun kita teliti pula arah perjuangannya dalam masa beliau sibuk kesana sini berceramah tentang hal-hal agama. Kalau sudah mula berceramah di pentas UMNO bermakna beliau menyokong penuh prinsip-prinsip pemerintahan parti UMNO. Kita semua sudah sah mengetahui benar corak pemerintahan UMNO, ia itu pemerintahan SEKULAR di mana agama di pisahkan dari politik. UMNO memerintah dengan tidak berasas kepada hukum Islam. Adakah ini yang disokong oleh Ustaz Shamsuri?. Kalau beliau pandai menyatakan tentang dosa pahala, neraka akhirat, haram halal dan lain-lain lagi yang pasti akan berlaku dalam sepanjang hidup seseorang mahu pun dalam perjalanan pemerintahan satu-satu negara, beliau harus peka tentang apa yang sedang berlaku dalam negara kita pada hari ini. Contoh yang paling baik diketengahkan ialah perbuatan rasuah yang sedang galak berlaku dengan terang benderang dikalangan pemimpin UMNO, yang disokong oleh Ustaz Shamsuri. Adakah beliau menyokong perbuatan rasuah dikalangan orang-orang UMNO? Kalau tidak sokong kerja rasuah, beliau perlu menegur mereka dan setidak-tidaknya, beliau jangan menyokong parti puaka itu. Inilah yang dikatakan beliau hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu melaksanakan apa yang dicakapnya. Kalau ia bijak menyatakan rasuah itu haram, beliau juga harus bijak dan berani membuat teguran kepada orang yang melakukan rasuah itu. Ini tidak, sebaliknya beliau menyokong pula perjuangan perasuah-perasuah itu. Di-manakah kewibaan beliau sebagai seorang penceramah atau pendakwah? Kalau setakat menyatakan mencuri itu adalah berdosa tetapi tidak mengambil tindakan terhadap pencuri tersebut, anak-anak sekolah TADIKA pun boleh bercakap.!!! Saya tidak mengambil kira kalau pun benar AXL Rose ini adalah penulis upahan UMNO. Apa yang perlu dinyatakan disini ialah kebenaran. Ustaz Shamsuri perlu bertanggungjawab diatas ajaran-ajaran yang disampaikannya. Contohnya: Kalau beliau mengajar manusia tentang berdosanya Zina, beliau juga harus mengajar manusia tentang hukum hakam yang perlu dijatuhkan kepada penzina iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah dengan hukum hudud ALLAH. Mengapa beliau tidak menyatakan sokongan kepada usaha yang sedang dibuat oleh PAS tentang hukum HUDUD ? Kononya beliau tidak tolak hudud tetapi pada masa yang sama beliau menyokong UMNO yang tolak hudud. Apa yang benar-benar berlaku sekarang ramai diantara kami (Pak Cik dan Mak Cik dalam lingkungan umur 50 tahun ke atas) tidak lagi berminat dengan ceramah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuri ini dengan penyebab utamanya pada kami beliau adalah bermata duitan dan tidak ikhlas di atas kerja dakwahnya - menjurus kepada kelemahan imannya. Saya rumuskan : Ustaz Shamsuri BERILMU tetapi IMANnya lemah.
Suara BA
Diterbitkan oleh : |