Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Ustaz Shamsuri: Jawapan Kepada AXL ROSE

Oleh : TFTA

Ana berkesempatan membaca tulisan penuh Emosi Saudara Rock AXL Rose. Nampaknya En rock ini belum merasa puas untuk menghantam Ustaz Shamsuri. Ana pun tak tahulah apa sebenarnya yang En Rock ini mahu. Tetapi ana buat sedikit analisa punca dan penyebab kemarahan En Rock AXL ROSE ini.

1- Berkaitan dengan Nasi Kandar.- Mungkin AXL ROSE bengang sebab bisnes nasi kandarnya kurang maju sebab orang lebih suka pergi Kedai yang mana Ustaz Shamsuri jadi penasihat.

2- Berkaitan dengan Rumah Ustaz Shamsuri.- Mungkin AXL ROSE rasa kenapalah Seorang Ustaz mampu membuat rumah yang lebih besar dari rumahnya.

3- Sebab TV rumah Ustaz Shamsuri lebih besar dari kat rumah dia.

4- Sebab dia tak nampak Ustaz Shamsuri sembahyang jemaah di Masjid Tasek Gelugor. Akibatnya kuranglah jemaah kat Masjid Tasek Gelugor kebetulan pulak Masjid tu mungkin dekat dengan Kedai Nasi Kandar Axl Rose. Bila tak ramai orang jemaah kat Masjid Tasek Gelugor maka tak ramailah yang singgah kedai Nasi Kandarnya.

5- Dia tak nampak Ustaz Shamsuri kat Masjid Tasek Gelugor sebab mungkin dia sendiri tak pergi Masjid.

6- Mungkin cemburu sebab Pembantu Rumah Indonesia kat Rumah Ustaz Shamsuri cantik. Soal pembantu rumah itu tutup aurat atau tidak maka tidaklah boleh disalahkan Ustaz Shamsuri semata. Mungkin dia sudah nasihatkan.

7- Mungkin tak puas hati Ustaz tak pergi walimatu urus kat rumah dia, sedangkan Ustaz pergi kat rumah jiran2 lain. Kebetulan agaknya Ustaz ada hal lain.

8- Apakah berdosa bercakap benda yang HAK di atas pentas UMNO/BN? Ana fikir T.G Nik Aziz pun akan bercakap di pentas BN jika dijemput. Mungkin sebab AXL ROSE rasa dia yang dah lama dalam UMNO pun tak ada peluang naik pentas.

9- Soal jadual Kuliah tu, bukan masalah besar. Mungkin sebab jadual Clash. Ini juga mungkin berkaitan dengan nasi kandar. Bila Ustaz tak mengajar maka murid kurang jadi Masjid tak order lagi nasi kandar AXL Rose.

10- Soal berhenti atau diberhentikan memberi kuliah tidak hairan. Ustaz Ismail Kamus pun diberhentikan dari memberi ceramah di masjid seluruh Selangor.

11- Memilih untuk berceramah??. Inilah kebijaksanaa orang berilmu yang tidak ada pada orang beremosi. Ustaz tahu memilih yang mana lebih perlu didahulukan.

12- Nampak gaya hebat sungguh kemarahan AXL ROSE pada Ustaz. Sampai dia tahu bila orang telefon Ustaz dan dia tahu Isteri Ustaz yang jawab. Ini dah kira jaga tepi kain ini. Kata Dulang Paku Serpih.

13- Betui ka Ustaz Shamsuri takutkan Polis lebih dari takutkan Allah??? Ada ker dia cakap begitu. Kalau betui takkan Ustaz berani kata siapa menentang Hudud adalah Kafir.

Ana bukan nak berkonfrantasi dengan AXL Rose Ana cuma nak jawab bahagian ana. Dan ana cuma buat analisa. Betui atau tidak tu terserahlah kepada AXL ROSE. Apa yang dapat ana simpulkan ialah apabila kita nak menegur seseorang kita pastinya lebih baik dan lebih berilmu serta berakhlak dari orang yang kita tegur. Tetapi sebaliknya ana lihat cara kemarahan AXL ROSE ini macam orang yang tidak beriman dan berilmu. Seperti tulisan yang lalu, ana kata kalau AXL ROSE betul2 tak puas hati dengan USTAZ SHAMSURI adalah lebih baik Pergi berjumpa terus dengan dia. Adalah lebih baik pergi masa dia sedang mengajar agar ramai orang jadi saksi. Serta buat rakaman. Kalau AXL ROSE betul maka betullah dan kenalah terima, tetapi kalau sebaliknya AXL ROSE kena minta maaf dengan Ustaz serta memohon maaf kepada pelajar2 Ustaz. Kan cara itulah yang lebih kena. Bukannya dengan beremosi tak tentu hala. Ana yakin Ustaz Shamsuri takkan melatah di laman Maya ini. Lebih2 lagi tak diketahui jenis perangai orang yang menghantamnya. Ana bukan nak mencabar AXL ROSE, tetapi ana fikir itulah jalan penyelesaian yang paling aula. Bukanlah satu cara BERAKHLAK memaki seorang Ustaz yang tidak pernah mengajak kemungkaran dan tidak pernah terbukti menghina hukum Allah. Jumpalah Ustaz Shamsuri secara bersemuka. Luahkanlah apa yang terbukti didada. Ana berdu'a agar anta dan ustaz akan bertemu jalan penyelesaiannya.






______________________
Terbitan : 11 Sept 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com