SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Undang-undang syariah telah diberi liputan luar negaraKUALA TERENGGANU: Betapa usaha kerajaan Terengganu dan Kelantan hendak melaksanakan undang-undang syariah telah diberi liputan oleh majalah berita Far Eastern Economic Review terbitan Hong Kong dalam keluarannya pada 22 Ogos lalu. Ia melaporkan tentang langkah Dewan Undangan Negeri Terengganu meluluskan enakmen jenayah syariah – hudud dan qisas- Terengganu pada dalam bulan Jun lalu dan menyebut betapa empat wakil rakyat Barisan Nasional yang menentang pembentangan itu tidak pula mengundi menentangnya. Alasan yang diberikan oleh salah seorang ADUN BN itu, menurut laporan itu ialah supaya PAS tidak dapat mempolitikkan tindakan mereka. Bagi majalah itu undang-undang yang diluluskan di Terengganu itu bagi menggantikan undang-undang jenayah sekular di negeri itu. Secara umumnya undang-undang yang dipakai di Malaysia ialah undang-undang sekular yang ditinggalkan oleh penjajah British dulu. Tetapi yang menyangkut soal keluarga Islam seperti perceraian dan perkara akhlak adalah mewarisi undang-undang syariah, katanya. Mengikutnya undang-udang syariah boleh menghukum dari tidak sembahayang, orang yang ditangkap yang boleh disabitkan dengan kalwat dan lain-lain. Tetapi hukumnya dikira rengan dan kadang-kadang dikira memalukan. Tetapi undang-undang hudud yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu, mengikut tulisan itu boleh menggubah semua hukum. Bagaimana pun pihak Kuala Lumpur dikatakannya telah memerentahkan polis supaya tidak memberi kerjasama dalam pelaksanaan hudud itu. Apakah ia memadai bergantung kepada perkembangannya. Ia menyebut Kelantan yang meluluskannya 11 tahun lalu belum melaksanakannya, tetapi Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersungguh untuk melaksanakannya kerana ia boleh menghapuskan segala jenayah. Dalam rencana lain dalam majalah yang sama memuatkan lebih panjang tentang tuntutan rakyat Indonesia mahu syariah dilaksanakan di negara itu bagi menggantikan kegagalan undang-undang awam yang berjalan sekarang. Ia menyebut tentang percubaan setengah anggota Majlis Permesyuarat Rakyat Indonesia cuba memaksa sidangnya baru-baru ini menggubal undang-undang syaiah bagi menggantikan undang-undang sekarang. Tetapi ia tidak berjaya. Majalah itu cuba menarik pembaca tentang perkembangan di Indonesia memandangkan bilangan umat Islam yang begitu ramai dan peratusnya pula adalah tinggi, menakala tuntutan dari rakyat adalah kuat. Ia juga menyiarkan gambar mahkamah syariah yang berlangsung di Aceh. Walau pun daeerah itu berkocak disebabkan adanya usaha memisahkan Aceh dari Indonesia, tetapi mahkamah syariah berjalan. Sementara itu rakyat di Brunei Daressalam rata-rata dari rakyat hingga kepada pengeran adalah bercakap tentang usaha negara itu mahu menjadikan Brunei sebagai pusat perkembangan Islam di rantau ASEAN. Dulunya Brunai hanya ada mahkamah kadi, tetapi sekarang ia mempunyai sistem mahkamah syariah yang lengkap dari daerah kadi hingga ke mahkamah tinggi dan ulang bicara.
Diterbitkan oleh : |