SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Luaskan kajian undang-undang kempen pilihan raya perluKUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersetuju dengan cadangan mengkaji semula undang-undang kempen pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Katanya, undang-undang tersebut perlu dilaksanakan dengan cara yang lebih berkesan termasuk penyalahgunaan jentera dan media-media milik Kerajaan Pusat. "Kita dapati akhbar-akhbar menyebelahi satu pihak dengan menyiarkan berita-berita provokasi terhadap pihak pembangkang termasuk pengerahan Polis secara beramai-ramai," katanya dalam satu sidang media, di pejabatnya, baru-baru ini. Menurutnya, undang-undang tersebut termasuk penglibatan pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Polis Udara yang menyuluh ceramah parti pembangkang sahaja. Katanya, ceramah-ceramah parti pembangkang di Anak Bukit dan Pendang telah disuluh oleh unit polis udara dan FRU tetapi tidak pada ceramah Umno. Dato’ Seri Tuan Guru turut melahirkan rasa dukacita dengan tindakan berbentuk provokasi serta boleh menakut-nakutkan rakyat dalam pilihan raya kecil itu. "Kita mahu proses pilihan raya di negara ini berlaku secara adil dan mengikut amalan demokrasi yang tepat," tegasnya. Ketika menjawab pertanyaan wartawan beliau berpendapat SPR wajar memanggil wakil-wakil parti politik bagi membincangkan undang-undang tersebut sebelum dibentangkan di Parlimen. Sebagai contoh katanya, kerajaan negeri Terengganu pernah mengemukakan draf undang-undang hudud untuk dibahaskan oleh semua pihak sebelum dibentang dan diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan lalu. "Saya yakin SPR mampu menjalankan tugas secara adil tetapi berlaku campur tangan Kerajaan Pusat dalam kerja-kerja SPR. "Wakil-wakil pembangkang tidak dibenarkan menjadi pemerhati dalam proses pengundian pilihan raya di kawasan tentera," ujarnya.
Diterbitkan oleh : |